Thursday, December 30, 2010

bola.perempuan.lelaki banyak cerita.



dah malas nak cakap malaysia menang lawan indonesia. semua dah tau. semua dah kecoh. semua nak sayang KHAIRUL FAHMI CHE MAT. semua nak sayang SAFEE SALI. tapi takda yang nak sayang RAJAGOPAL. takpe, aku lagi tengkiyu kat RAJAGOPAL sebab hasil bimbingan beliau malaysia layak ke final dan seterusnya juara Piala AFF. tak baik hina indon macam dia hina kita. kita akan sama dengan dia kalau macam tu. *motivasi*

ok aku serius siket sebab mood suka aku sebab malaysia menang dah kena spoil dengan sorang mamat-bajet-tau-padahal-kau-loser. sampah betul.

rilek dulu. ssnnnffff. ssssnnnnuuufffff. *tarik hembus nafas*

ok. aku tengok match tuh dekat tv 24 inci tergantung dekat ruang tamu blok aku. kejap terang kejap malap kejap itam kejap puteh kejap kelabu. tapi aku menten tak berganjak. sampai terkepit kepit tahan kucil sanggup tunggu abes first half. pengakuan, aku belum mandi lagi dari pagi masa tu. pengakuan lagi, aku pakai baju merah puteh kajai masa tu. tanda "KITA KAWAN KAN??" dekat indonesia. semangat membara nak tengok khairul fahmi malaysia ni. 

kalau dah tengok kat blog eh salah blok aku tu kompemla tengok ngan pempuan kan? aku siket upset sebab ehem ehem ain peah  tiba tiba tak jadik pulak nak bawak kitorang keluar tengok bola kat mapley sebab tayar kereta tak cukup satu. tak munasabah sebab aku sengaja tambah. aku lagi suka tengok bola kat mapley sebab lagi feel dengan asap asap rokok semua tu dan kau tengok dengan orang orang yang tahu. sebenarnya kat stadium lagi feel tapi duet tak cukop nak pegi dan aku takot tubuh kecik molek aku kena ganyang dengan mamat mamat bersuka ria sampai berpeluh dekat stadium. walaupon aku suka bau peluh diorang. wt*?? =.='


tengok bola dengan perempuannn??? ini adalah antara situasinya :

"alamak, penalti lah pulakkk..." ok memang ada penalti tadi kan? tapi dialog ni aku dengar masa player indon dapat free kick agak lebih kurang 5 kaki dari bucu kotak penalti. aku repeat, free kick. aku cuma mampu geleng geleng kepala senyum dalam hati. nak kutuk kutuk beliau tu senior plus aku takde kaki pulak nak gelakkan kalau tak berani jugak aku nak gelak kah kah kah dekat situ.


"fuh naseb baek reff baek bagi benti bola tu" ok, kedengaran agak biasa tapi situasi sebenarnya adalah player indon yang bawak bola tu aku tak ingat sape dah off-side. ok, ini adalah satu fakta. kebanyakan perempuan yang tengok bola membuta tuli tak tahu apa tu off-side. aku mengaku masa aku mula mula minat tengok bola tengah gila dengan SYAITAN MERAH aku langsung tak tau apa itu off-side. oleh sebab aku tak nak kelihatan amat jahil tapi nak tunjuk aku tahu semua, aku pegi perpustakaan carik buku pasal bola sepak dan baca pasal off-side. masa tu laptop belum in lagi jadi istilah "menggoogle" belum kedengaran. dari situ aku paham sikit sikit tapi ada jugak yang aku tak paham tapi kau kena tengok banyak matches kalau kau nak lagi paham. ape yang aku paham, off-side tu bila player bernama NASUHA (bukan nama sebenar) membawa bola lebih hampir dengan garisan gol daripada bola itu sendiri dan pemain lawan. ye eh? ni yang aku pahamla *ok aku tipu siket aku translet je dari website*. tak tau nak letak in words tapi kalau tengok aku taulah itu off-side. perempuan, kalau kau nak lagi paham, jangan jadik malas gila babi nak google sendiri kalau tak nak hilang kemaluan. takpe, ni in case kau malas gila macam kucing parsi bajek kau comel la tu hoi pegi mamp lah kau..


"ni strategi je ni.." ni aku menyampah. formasi rajagopal pon kau tak tahu 4-4-2 ke, 1-4-5 ke, kau dah tahu player tu tengah buat strategi. sebenarnya kau saja nak tunjuk kau tahu padahal kau tak tahu kan?? lain kali, kalau tak tahu, kau diam kalau tak nak nampak bodoh alang di situ. haish. perempuan.. =.='

tengok dengan perempuan, ini yang kau dengar : "yeeeeeehhhhh gooollll!!!!!!", "alaaaaa alaaaa aaaaa jangaaaannnnnn!!!!!", "cepattt!! cepaatt gol kannn!!!", "eh jahatlah dia tuuu!!", "seewwwiiitttnyee khairul fahmiii!!!","ala, tak ensem sangat pun muslim ni" etc etc etc etc wtfakahh. beza gila kalau kau tengok dengan lelaki. yang kau dengar : "wooooo gooooollll!!!!", "wehh bodoh punye defender!! buang luar jela tadi!", "haa haa haaaa gol kann gol kann", and, masa tengah kat midfield, rilek je amek sepam dua rokok, teguk teh tarik buat basah tekak sebab memekik tadi, etc etc etc. lelaki memekik, perempuan menjerit. mana kau pilih?? aku pilih lelaki memekik sebab tak sakit telinga sebab suara lelaki high loudness. keluar ilmu fizik aku di situ. honestly, suara perempuan menjeritlah bunyi yang paling aku annoying dalam dunia ni. aku bersyukur gila aku takda ability nak menjerit macam tu. geli doe. rasa nak bagi kaki kalau dengar. 


ha kau tengok apa syiall???

lelaki banyak cerita? hah. ni yang aku dah stat panas. main bola tak reti, nak cerita gebang besar gila kutuk team malaysia cakap main bola kat asia level pon dah cangak. tak ada masa depan nak masuk FIFA World Cup pon. kurang ajar. ok dulu aku pon tak minat sangat tengok local league sebab macam mengarut kot player dulu main macam budak sekolah. tapi situasi sekarang dah lain. player pelapis nampak berwawasan *agaknyelah* and diorang lagi matang atas padang. ah, persetan insiden gaduh pasal laser tu. tapi tak mustahil revolusi arena bola sepak malaysia akan berlaku ye tak?? tapi kau kena support lah. 

budak tuh cakap KHAIRUL FAHMI bukan terbaek sangat pun. aku panas. bukan sebab aku fanatik khairul fahmi, tapi dia memang layak pon untuk dapat pujian. kau tengok dia tangkap bola?? ada macam maen guli ke? kata SAFEE SALI lagi bagus. safee main bagus kat part dia. fahmi main bagus kat part dia. ke kau nak kecoh safee dapat penjaring terbanyak si fahmi tak dapat?? memang sabi ah di situ. kalau ada anugerah untuk penjaga gol menyelamat shot terbanyak, fahmi layak dapat. lawan indon bhaii. yes, gonzalez, bambang pamungkas tu dah tua dah semput dah mengah dah ni aku pon tak nafikan tapi kau tengok skill diaa??? skill fahmi tu kat global arena adalah besar duit lima sen kalau nak banding dengan gonzalez atau bambang yang lebor macam duit seratus tu. kau bayanggg?? aku memang panas peduli apa kau nak tolong kipaskan ke ape yang penting aku panas dengan kau sekarang pegimatilahkaunakcakap aku patriotik gila tu semua. aku bagi facts. kau bagi ape? prejudis, stereotaip je lebih. cuba kau main??? sepak bola ke belakang macambodohlamacamtu. grrr. ^oo^

the man behind all these. cool though.


last words, aku harap bola sepak malaysia tak jadi macam badminton malaysia. rajagopal, kalau lepas ni lu dapat Datuk lu jangan rasa lu dah hebat bebenor pulak. lu kasi asah lagi budak budak tu. boleh pegi jauh bhaiii.


lagi satu, kalau tak tahu baik kau diam. kalau tak orang menyampah. sampah.

walaupun aku nak study oversea, tapi malaysia tetap tanah tumpah darahku.

Tuesday, December 28, 2010

tekatekitekatekuk

saya tak chantek,
hidung saya pesek,
mata saya kecik,
bulu mata saya tak lentik,
saya sangat pendek,
tubuh saya tak menarik,
masa kecik selalu kena ejek,
orang kata saya jalan macam itik,
saya buat salah tak pernah serik,
selalu kena debik,
tapi DIA kurniakan saya otak yang saaaangat cerdik.

siapakah saya ???

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

MamaliaPendek.


p/s : MamaliaPendek taip dalam pink font. sila take note. PINK. 
bermakna??
LOL. 

Sunday, December 26, 2010

hey kau.

KAU tak terima orang sakitkan kau.
TAPI sakitkan orang menjadi kebiasaan kau.

SEDAR ATAU TIDAK?

KAU mahu cakap saja.
TAPI kau tak tahu kau cakap apa.

SEDAR ATAU TIDAK?

KAU mahu orang dengar.
TAPI kepantangan kau adalah untuk mendengar.

SEDAR ATAU TIDAK?

KAU kata orang begitu begini.
TAPI kau pun begitu begini sebenarnya.

SEDAR ATAU TIDAK?

KAU rasa kau cukup terpelihara.
TAPI kau menghampiri kehinaan sebenarnya.

SEDAR ATAU TIDAK?

KAU rasa kau betul saja.
TAPI kau selalu salah kalau aku boleh kata.

SEDAR ATAU TIDAK?

KAU rasa aku buat kau marah.
TAPI kau yang buat aku marah sebenarnya.

SEDAR ATAU TIDAK?



rasakan.

aku sudah mula keji melihat kau akhir akhir ini.

selagi aku tidak banyak bersuara.

sila lah menduga seberapa banyak kesabaran aku.

aku tahu kau memang suka mengumpul salah.

selamat berjaya.



p/s : terima kasih google search.



Saturday, December 25, 2010

cis.


dah lama.
tak senyum macam tu.
dah lama.
tak rasa macam tu.
dah lama.
tak pergi ke situ.
dah lama.

i've been stucked in the suck-hang-up-what-so-ever-relationship/t.

*tiba-tiba sappy.*

cis.

my type of guy

curi dari DAHLIA.
she said she stole it.
so i stole from her.
it was stolen by me.
well you too may steal it.
ah dah la tu.

title : my type of guy. *wiwwitt*

1. Do you need him/her to be good looking?
tak ensem takpe tapi idung musti manchung.

2. Smart?
kachak luar kachak dalam kachak sana sini :)

3. Preferred age?
duda beranak 1 is the priority.

4. Preferred height?
semua lelaki tinggi dari aku. so no worries.

5. How about sense of humor?
janji bukan juara raja lawak musim ke 2.

6. How about piercings?
laki bertindik tak bole jadi wali kan? so no.

7. Accepts you for who you are?
mustila. nak bersama sampai ke sorga bhaii.

8. Pink hair?
dah macam barbie pulak. NO.

9. Mushy or no?
kalau over sangat aku bagi kaki je.

10. Thin or fat?
thin+fat=that tough :)

11. Black, Brown, Yellow or White (skin color)?
kalau yellow dah macam orang DiGi. nak tanned dan bukan jambu.

12. Long hair or short hair?
i prefer baldy. just like vin diesel. love love love.

13. Plastic or metal?
metal lambang kegagahan. plastic lambang ketoleransian. bole gitu?

14. Smells good?
bau peluh selepas bersukan is naisss. say no to bau ketiakk. haremm. 

15. Smoker?
my heart says no my nostril says yes.

16. Drinker?
ish nanti dia get drunk mampuih aku kena bantai. NO.

17. Girl/Boy-next-door type?
tak nak jiran. *bodo*

18. Muscular?
as long as not like sazali samad. eeuuuwwwww. *keji gila*

19. Plays piano?
yes so that he can train our kids. *ehem*

20. Plays bass and/or acoustic guitar?
man with acoustic guitar is sexy :)

21. Plays violin?
negative.

22. Sings very well?
oh yeah!! just like me huh? ;p

23. Vain?
*blurr*

24. With glasses?
 he'll depend on his glasses to find me? i try to be neutral bout this.

25. With braces?
tak payahla. susahla ;p *keji doe kau*

26. Shy type?
shy shy cat is ok.

27. Rebel or good boy/girl?
arguing partner is great :)

28. Active or passive?
 depends on that particular circumstances.

29. Tight or bomb?
apekebendealahnyenih??

30. Singer or dancer?
both but belly dancer lol.

31. Stunner?
should be :D

32. Hip hop? 
cool huh? i like.

33. Earrings?
next please.

34. Mr/Ms. count-my-ex-girlfriends-until-you-drop?
 huh? *_*

35. Dimples?
ouh yes! yes! yes! =D

36. Bookworm?
no biggie but no PLAYBOY is allowed.

37. Mr/Ms. love letter?
please write better than me ;p

38. Religious?
 absolutely for sure my dearest.

39. Speaks 20 languages?
 travelling would be easier ryte? ^_^

40. Good kisser?
priority ;p *geli*

mark : i don't really prefer large-lips dude.


my type of guy. cool huh? awwwww!!!

Friday, December 24, 2010

WHAT CAN I DO.

ok. 
ini adalah tag curi dari PAYUNG PINK,
beliau kata,
"SAYA TAG SEMUA ORANG YANG BACA POST NI."
yes it was caps-locked.
i've read,
then i've been tagged too right?
:)

1.Put your music library on shuffle.
2.For each question, press next button to get your answer.
3.You must write the song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough.
4.Ok,go!
5.The answer to #20 is the Title of your note.

1.If someone says "Is this okay?" you say
>> THE CALL. (oh agaknya nak cakap dalam talipon je kot. malu cakap festufes)

2.How would you describe yourself?
>> PUTIHNYA LUKISAN. (ye saya memang innesen =.=)

3.What do you like in a guy/girl?
>> DANGEROUS AND SWEET. (seksual gila bunyik diaaaa)

4.How do you feel today?
>> HANYUT. (memang selalu oh oh oh)

5.What is your life's purpose?
>> HASBI RABBII. (alhamdulillahhhhh.. tak sangka mak nokkk.)

6.What's your motto?
>> SO LONG. (walaupon aku pendekk saje.)

7.What do your friends think of you?
>> MY BABY YOU. (wah? wah? wah?)

8.What do you think of your parents?
>> DOA PAGI. (mak bapak aku tak jumpa pagi2. tak logik ni.)

9.What do you think about very often?
>> BENCINTA. (yela nak benci tapi dah terjatuh cinta=bencinta la kan?)   

10.What is 2 + 2 ?
>> SANG MANTAN. (aku dah hampir gila dah ni.)

11.What do you think of your best friend(s)?
>> EVERYTHING I DO I DO IT FOR YOU. (kalau dapat komisen aku akan buat macam ni.)

12.What do you think of the person you like?
>> HOW DEEP IS YOUR LOVE?. (wah best gila gaban kalau dapat tau :D )

13.What is your life story?
>> KERNA KAMU. (ye, sebab kau aku jadi macam gini.sila take note.)

14.What do you want to be when you grow up?
>> KENAPA. (kenapa nak tau?)

15.What do you think when you see the person you like?
>> IF YOU COME BACK. (and tell me that you like me too. peliss pelisss.)

16.What will you dance to at your wedding?
>> IN THE END. (terkejot berokk opocott tok kadi.)

17.What will they play at your funeral?
>> KAU AKU. (ha? kenapa pulak?? nak ikot same masok lobangg??)

18.What is your biggest fear?
>> SUARA. (suara malaikat izzrail maa robbukaaa tu memang so much fear!)

19.What is your biggest secret?
>> BATU & GOLEK. (eh mana pernah tergolek tersadung batu?? pitnahh!!)

20.What will you post this as?
>> WHAT CAN I DO. (ape nak buat, dah rule kau macam ni. what can i do???)


*hanya repekan semata mata. tapi ada kena mengena dengan yang hidup sebenarnya*


Wednesday, December 22, 2010

aktiviti selepas bergelar BUJANG trang tang tang

hambekkkk kawww selepas menyepikan diri sebab bertapa kat negeri esfahan eceh berangan aku kembali dengan semangat beserta azam baru untuk rajin eksesais jari. tapi sebelum tu kita kasi kedebush kebabomm berambus lah kaww spider besaww punye dari blog mamaliapundekpendek.

adeh siap ada haunted skull di situ. kelihatan agak creepy walauponnn...

walaupun takde yang akan tanya, "EH, KENAPA MAMALIA PENDEK DAH LAMA TAK HAPDET BELOG BELIAWW??" atau "haish gapo la si mamaliopedek nih sonyap yo. den dah lamo bonar tak dengor kabor deme nih." kedengaran sangat 1malaysia di situ aku akan tetap cakap kenapa aku dah lamaaaaaaaaaaaaaaa gilaaaaaaaaaaaaaaa tak hapdet belog. 

sebonar eh den sodang kuchiwa chenta den ditolak orang nun. oh oh oh. sobab tu la den bekelano bawak hati den yang duko lagho nih. tapi sobonar eh dah lamo dah ceghito nih. tetibo pulok den ghaso macam baghu nakkk kuchiwa gilo gilo. 

alah terbelit ah lidah aku. kalau dah jawa tu jawa jugak.

selepas berjaya mengatasi segala perasaan gundah gulana jiwa batinku meronta oh oh oh, aku kembali sebagai manusia wanita yang kurang berperasaan. mintak maap kepada sesiapa yang memintak kapel tu. aku dah tak ada perasaan dah. salahkan dia. ye. dia. dialah. yang tu. tu.  hahahaha.

bila dah single@bujang, apekah aktiviti yang maha best di alam fana ini selain dapat berpeleseran ke sana sini tanpa perlu memikirkan "ALAMAK, MALAM NI BF AII AJAK YM. TAK BOLEHLA NAK JOIN DIORANG OVERNYTE." ataupun "ALAPAK, KREDIT DAH HABES NI. MACAM MANA NAK MESEJ NI.. MACAM MANA NI?? MACAM MANA NI??" cis, bagi kaki nak?

sesungguhnya kawan kawan adalah the best cure in the whole world. macam cik saidah pondan ni, 24/7 tampo jomu dok ngadap muko den ni ha. siap bawak aku ke kampung halaman beliau yang penuh dengan makanan *oh heaven* tu. gila ah. 3 hari aku dudok macam dah berjaya menambah 30kilo berat badan yang already made berat. mana bole jadi? aku baru bercita cita nak kawen same lelaki nogori. kalau aku kawen nanti kerja makan je oh abeslah bentuk badan ideal aii nih macam mana nak entertain hubby aii dengan penuh berhemah lagi berhikmah *kepala hotakk kauu* kalau dah tak menarik mata lagi?? macam mana? macam mana???


basuh mata kejap. imej terpaksa diblurrkan dengan sengaja.

selain itu,  kesudian si khairol shazwan phewwwiiitttt dan jugak fidos ismail *dua dua nama muka buku* menjadik drebar kepada kami si ladies untuk membawa ke mana saja ceruk dunia yang ingin dilawati tak kira detik masanya adalah sangat sangat sangat sangat diappresiasi. sesungguhnya terasa amat menjadi boss apabila kau duduk bersandar bergelimpangan kekenyangan di passenger seat lepas tu drebar di depan tanya, "LEPAS NI NAK KE MANA PULAK??" oh sangat sayang akan kalian. lebih siket kat wan sebab beliaww tak dak awek lagi *ade lagi can nak ngurat*. si fidos dah ada Ida Whuuuupppsss!! *sila baca dengan mimik muka terkejut. ha macam tu la.*

ha dalam sebok sebok kechiwa berpanjangan tuh aku ada kena pergi kursus kepimpinan dekat kuala kubu bharu nuuunnn. oh memang jauh yang amat. malas nak cherita peristiwa sebelum aku pergi sebab sangat sadis oh penat gila bieber taww takk?? ha macam tu la perasaan aku. tapi bila sampai sana ini yang aku rasa, "RAMAINYA MAMAT ENSEM ENSEM BELAKAAAA.." oh niat suci murni syahiraaaahhh yang sedang elok terkesumat dalam sanubari sebelum menjejakkan kaki ke situ pecah berderai praappp prappp prappp. niat sudah terpusing untuk mengkaver chunn sepanjang masa supaya dapat pakwe baruu punyaa yang lagi ensemm punyaa yang lagi hebatt punyaaaaa. tapi tak dapat. nanges sekejap. lepas balik dari camping tuh aku dah tak berapa minat dekat si maskulin maskulin engineer dah sebab aku paranoid dengan "SAYA GAY, SAYA OK". jadi aku switch hormon kegatalan aku ke arah bakal bakal pengganti Remy Ishak dalam Nur Kasih iaitu si pembina atau bahana eh salah, bahasa saintifiknya ARKITEK. ha tak nak cerita lebih lebih. aii malu laaaa... tapi aii nak cakap aii dah terjatuh cinta dengan kegagahan seorang archi-to-be. hahaha. bodohla. sape nak kat kau pendek?


lecturer gay kegemaran ramai. nak mintak nomborrr??? tiba tiba.


ha, lagi satu. bila dah tak dak boipren, hang tak akan sekali kali teragak agak nak add sesapepon manusia maskulin di muka buku, twitt pewwiittt, atau borang spring. tanpa keraguan, segan kemaluan, dan ke-an yang lain aku dah malas nak pikir dah. sebab apa?? sebab kebanyakan perempuan yang berboipren selain aku selalu pikir dua tiga darab sembilan kali kalau nak berkenalan dengan mana mana lelaki bukan muhrim *oh bongok boipren tu muhrim ke??* walauponn mereka sangat sangat sangat laa hawwtttt bak kata budak rempit. sanggup jadik stalker saje sebab takot pakwe marah bila layan lelaki lain *oh aku nak muntah sila bagi tangan anda aku nak muntah di situ*.

dan aku pon ada satu tabii dari dulu hingga kini dan mungkin selamanya. aku amat amat jarang sekali nak add orang perempuan sebab aku tak tertarik. ini membuktikan betapa straightnya aku. aku selalunya akan add lelaki yang nama sedap, hidung mancung, rambut spike, muka mat saleh *oh jawa jawa totokk aii tak maenn laaa*. ini membuktikan betapa materialistiknya aku. selalunya nama nama komerSIAL yang aku pilih secara random adalah RAZIF, NAZRI, ZHAFRAN, HARIZ, FAROUQ dan sebagainya. ha sila jaga jaga kalau bapak kaww, abang kaww, adek kaww, even boipren kaww pon aku akan add yang penting nama mereka komerSIAL. lagi sekali, komerSIAL. haha macam best pulak. ha lagi satu, aku cukup mencikk kalau yang add aku tuh budak kechik kechik lesen kereta ponn tak ada lagi apetah lai nak ada HONDA CITY. sila take note, HONDA CITY. itu yang paling chikaii lah yang aku boleh bagi. lepas tuh semua status yang diorang hapdet bunyik bunyik rempit belaka. oh geli seleman gua. malas nak bagi contoh aku taknak mencemar duli belog aku. aku geli. geli. ada dua geli di situ. eh sekarang tiga. 


sengal. teringat DUE DATE. btw, dah tengokk?? :)

ape yang penting?? bukan kerjasama. tapi apa yang penting lepas menjadi awek bujang trangg tangg tangg, dah takde dah aktiviti ni. yang aku selalu buat dulu. macam bodoh jugak rasanya tapi syiookkk maaaaa..

ni ha. romantika de amorr takk?? best kan?? best kan??

alamak alamakkk alamakkkk.. aku dah kering abes dah takde idea buah pikiran *bukan buah ape ape ok* dah nak tulis ape lagi. tiba tiba ada sorang jejaka hensem ngajakk ceting dekat muka buku. misi penguratan akan bermulaaaaa. hahaha. bieber!! eh salah. babaii :D


Monday, December 13, 2010

you're not the only one.

so please understand.

Sunday, December 12, 2010

bahu untuk meleleh

kalau jiwa kacau menghantui hidup aku, aku prefer kawan aku untuk kasi pergi itu kacau instead of puan emak aku. walaupun mak aku kata "mak yang ngandungkan kau, mak tau lah." mintak maap puan emak, anakmu yang paling lawa ini tak pernah merasa begitu. ah, ada benda nak tulis ni tapi rasa bersalah pulak nak bukak cerita macam tu. tak pe, aku simpan sebab aku bole ronggeng cerita sama crying shoulder aku. sape kah? pakwe kah? kepala hotakk anda. aku mana ada pakwe.

dia lah. fatin syahirah shahiruddin.
aku sayang gila gila gila gila gila kat beliau. ouh babe meh ciom siket chup chup. seumur hidup aku she's the most kind people yang pernah wujud dalam hidup aku. ada 1 insiden masa kami hidup dalam zaman kegemilangan dekat PASUM dulu, dia tolong mak cik cleaner angkut sampah yang besar besar tu yang ada sanitary pad semua keluar dari lif tanpa ada siket pon riak jijik dekat muka beliau. ouh aku rasa macam nak peluk beliau dan cakap " babe, aku bangga jadik kawan lu," tapi aku tak pernah cakap sebab aku malu nak berjiwa jiwa dengan dia. >.<

setahun je aku kenal dia kitorang dah boleh built such a strong bond or relationship yang maha best sebab kami gila satu kepala tak pernah aku jumpa orang sehati sejiwa dengan aku kecuali dia. alah, dah macam bercinta pulak. apa ada hal, orang melayu memang paranoid. *tak pasal*

sekarang dia jauh 3238 km dari aku tapi dia melekat menempel je kat hati aku. oh tiba tiba aku rasa sappy. eh janganlah leleh hilang macho. ehem ehem. dia dekat india tengah bergelumang dengan segala medical stuffs to be such a lovable doctor. orang macam ni, kalau jadi doctor memang jadi rebutan patient. she has an amazing capability to listen, to convince, to heal, to cure, to be loved by so many people. biarlah berapa ramai orang yang sayang dia pon tapi sampai bila bila pon dia akan jadi crying shoulder aku. 

 incik drebar, awak ingat awak je yang dapat ni? saya pon ukeh :D



p/s : entry ni ada sebab aku rindu kat dia. oh oh oooohhhhhh..

Saturday, December 11, 2010

pilih

minah : munah, kalau lu kena pilih, lu pilih setan ke lu pilih buaya??

munah : ni teka tekuk spisis ape ni? tok kadi pon tak tanye macam ni.

minah : <carutan manja> gua nak suruh lu pikir la sengal. gua nak bagi tazkirah ni.

munah pikir dalam dalam sambil sedut paip sepam dua. sambil pikir sempat bagi asap "love". munah pikir dari sudut saintifik walaupon cuma mampu tengok rancangan astro Animal Planet kat warung Pak Mat Lempeng hujung kampung nun. lepas tu dari segi agama pulak. munah memang tak boleh pikir lain dah. pasal setan je musti beliau nak pikir pasal neraka. tapi taubat tak nak.

munah : gua pilih buaya la.

minah : apesal?

munah : kalau gua pilih setan kang gua kena ikot beliau masok neraka kang.

minah : lu ni harap je ngaji sampai abes mukaddam. tapi benda ciput pon lu benyai sangat nak pikir.

munah : terkembang kembang idong. apehal pulak lu. abes tu kalau lu handal lu bagitau gua ape yang sepatutnye.

minah : patut lu pilih setan.

munah : weh lu ni dah sesat ni. apekejadah pulak nak ikot setan? lu dah syirik ni. tiba tiba je munah tau sebut benda keagamaan selain neraka.

minah : dey, kalau lu pilih buaya, lu bau bunga ke bau taik ke, tak sempat lu nak ngucap kompom lu da kena sambar. tapi kalau lu pilih setan, lu bagi bau bau bunga ayat Quran siket lu sembur kat die abes la die terbakor nun. selamat la lu nanti. tak terus kena ngap. kire lu sempat taubat ape.

munah : oooo macam tu eh? abes kalau orang tak tau nak bunga bunga ayat Quran macam lu tu? lu nak sembur pakai ape? asap paip?

minah : err.. yang tu nanti gua buat tazkirah lain.

munah : $*&&(_)^%*@!

kalu buaya sekool ni gua rase macam nak ajak lepak mapley je tiap minggu.

Wednesday, December 8, 2010

TIADA





just go.

banyak benda nak cakap


Hidup aku akhir-akhir ini sering dikelilingi dan diserii dengan kehadiran bayi-bayi chumel chumel hmmmm geram *sila baca dengan nada meneran* bukan dari placenta aku. Dan tak semena-mena juga naluri keibuan aku melonjak-lonjak serta terkinja-kinja dengan sendirinya. Hal ini adalah kerana rancangan kebayian di saluran astro 733 Discovery Home&Health ehem sempat promote seperti "I Didn't Know I Was Pregnant", "Birth Day", "Bringing Home Baby", "Deliver Me" dan tak ketinggalan "Jon&Kate Plus 8". Dalam hati selalu terlintas, “Bila nak ada baby sendiri..” ouh sila sepak manusia-tahu-berangan-saja ini.
alololoooooooo


Tidak sabar untuk menari kembali. Adrenalin sedang memanjat klimaks. Itu steroid aku yang terbaik sebenarnya. Ouh aspirin yang hebat juga. Selain itu, hasil menari adalah sama dengan melanggan Slim World untuk empat kali rawatan. Sangat efektif dan berdedikasi. Tiada ringgitan yang dilabur cuma sweat gland mungkin agak aktif di kala ini. Orang-orang yang dalam ikhtiar mendapatkan anak patut mencoba untuk menari kerana keaktifan merangsang kesuburan. Sila percaya.

Aku rasa aku ada masalah dengan tabii membeli belah. Aku dapati aku akan diserang sakit kepala yang agak serius sejurus selepas membeli dan pergi belah. Sebagai contoh, baru-baru ini aku telah membeli satu beg hiking berharga tiga jari dan tak semena-mena kepala aku berpusing ligat. Ouh apain sih pusing pusing ini.. Tangan terketar-ketar semasa proses pembayaran dan dipandang aneh oleh brader cashier yang ala-ala sk8ter boy. Ouh malu malu. Cet baru terasa nak menjual minyak setelah sekian lama. Aku rasa itu adalah sejenis fobia. Aku telah namakan fobia yang aku alami ini sebagai SHOPPAPHOBIA kerana aku belum menggoogle lagi mengenai perkara ini. Jadi, simpan dalam pandangan.
beg hiking misteri dari silver planet. kopak aku nak dapatkan kaww.

THIS PART WAS REMOVED BY THE BLOGGER.

Kalau kita buat ibu kita kecik hati kita berdosa kan? Macam mana pulak kalau ibu kita buat kita kecik hati? Gila gila punya. Beliau berdosa tak ekk?? Aku sedang was-was untuk berkecil hati sekarang ini. Dekat TV tu suruh anggap kelakuan ibu yang mengecilkan hati itu sebagai khayalan saja. kalau macam tu, aku ni akan selalu berkhayal la yeh? ouh ok ok. 

Akhir-akhir ini aku makin sayangkan akak dan adik aku. Yelah, kami kan Pawer Pap Gel. Jadi kami mestilah bersatu padu kan? yeah. ehem ehem.

Nafsu untuk menggedik, mengurat dan bermain mata dengan insan insan maskulin sudah hilang ditelan perasaan dan masa. Haish rasa macam dah menopous pula. Eh mana mungkin. Menstruasi baru saja berlaku. Isk isk isk. 

Aku rasa bangga kerana dapat memaintainkan kredit celcom aku yang aku tambah nilai RM10 lebih sebulan yang lalu sehingga kini. Buktinya, beberapa saat lepas aku mengcheck baki akaun aku ada lagi RM2.26 dan akan luput pada 30/08/2017. Mungkin ini adalah kelebihan orang yang tak ada teman ehem ehem dan juga skandal yang bertaburan di alam semesta. Wah, bagus juga!

Sering mendapat mesej dan panggilan yang tidak ditunggu. Mesej dan panggilan yang ditunggu tidak dapat pula. Ouh sangat kasihan akan daku.
ape ni? ape ni?

Drama Lagenda Budak Setan yang secara tiba-tiba diminati itu banyak betul bersetting di pantai. Saja nak bagi aku menjelesi mereka lah tu. Huh. Biarkan. 

Oleh yang demikian, AKU RINDU NAK KE PANTAI.

Aku seperti mahu memboikot semua cuti cuti yang memungkinkan aku berada di rumah. Sesungguhnya cuti semester adalah cuti yang menggemukkan macamlah sebelum ini tak demookkk =.=' haish haish. Walaupun makanan yang hendak dimakan tidak selalu ada tapi makanan untuk dimakan akan selalu ada. Jadi mulut saya akan selalu bersenam dan bahagian tubuh yang lain akan berehat rehat sahaja. Sila paham.
yes. pencarian lelaki chomel pula selepas ini.

Sebetulnya ribuan lagi perkara yang berlari lari anak di dalam cerebelum cerebrum serata medulla oblongata ini tapi jari yang gemuk tembam macam dah mengah untuk berjoging lagi. Jadi sila berhenti di sini. 
hihi tak pernah dapat.

p/s : please forgive me. i can't stop loving you.

Wednesday, November 24, 2010

ENTRY PALING PANJANG DALAM SEJARAH PERADABAN SENDIRI

Di suatu senja semusim yang lalu, sedang aku bersama seorang kenalan bermain pondok pondok, beliau lantas bertanyakan benda ini kepada aku,

Kau ni kan, senang betul dapat pakwe kan? Apa rahsia ekk?” beliau bertanya sambil tangan menggilis-gilis daun bunga morning glory yang dipetikcuri dari laman rumah mak midah seperti menggilis puri lada saja lagaknya.

Jawapan aku telah dialu-alukan dengan sedikit carutan manja terhadap beliau. Sesungguhnya walau bertahun beliau membesar bersama, mandi bersama, makan bersama, tidur bersama, poo-poo bersama aku, beliau masih lagi kuraaaang memahami prinsipal hidup aku mengenai lelaki. Ya, setakat ini, mengikut perangkaan sebanyak tujuh insan maskulin telah jatuh ke tangan aku. Hahahaha. Gelak angkuh di situ. Kepala hotakk anda.

Cinta pertama aku bermula seawal usia 12. Kepala hotakk anda untuk mengatakan itu cinta. Masing- masing baru melepasi fasa mumayiz dan belum baligh lagi. Tapi sudah pandai bermain cinta. Biarlah, kanak-kanak. Kepala hotakk anda lagi sekali. Cinta itu bertahan selama...tak berapa lama sebenarnya. Sekejap ada dan sekejap tiada. Nama pun kanak-kanak. Beliau bernama Kamarul. Muka persis Nicky Westlife sememangnya memenuhi cita rasa kebaratan aku yang mahukan lelaki berbatang hidung tinggi. Ouh beliau handsome? Ya, sangat sangat untuk seorang kanak-kanak. Sekarang ini? Lagi lah. Akan tetapi cinta pasang surut itu betul- betul menemui kegagalan kerana aku yang meminta pelepasan. Ouh, tragis. Tak berapa sangatla. Alasannya, beliau tidak boleh berbahasa inggeris walaupun muka mat saleh sangat sangat melelehkan liur. Kedengaran sangat konkrit bukan?

Cinta kedua di usia 15 bersama lelaki berkacukan cina. Sesungguhnya nafsu terhadap lelaki true malay blood masih belum wujud ketika itu. Beliau bernama Amirul. Cinta ini sekadar suka-suka. Bagi aku bukan bagi dia rasanya. Mengikut sejarah yang aku reka, beliau yang mungkin menyukai aku dan aku layankan saja. Sesungguhnya trend berLEPAK (sila baca terbalik) adalah sangat in ketika itu. Dan aku tak mahu dikatakan out-of-date. Kepala hotakk anda. Tiada dating-datingan, hanya saling memandang dari hujung kelas ke hujung kelas kerana kami sekelas. Cinta ini bertahan selama 3 bulan dan berkesinambungan dengan cinta berikutnya.

Cinta ketiga di usia 15 juga. Kali ini hati aku terbuka untuk menerima lelaki melayu atau lebih tepat lagi dipanggil jawa. Beliau bernama Johari. Sangat romeo, muka seperti Yusry KRU oooh laa laa dan bercinta dengannya rasa seperti menjadi Maya Karin dalam filem Mr. Cinderella 2. Sila percaya. Perhubungan ini tidak direstui oleh rakan-rakan kerana beliau sangat playboayaa dan sedang berkasih-kasihan bersama teman baik aku juga ketika itu. Tapi aku peduli apa. Hahaha. Cinta ini menjadi cinta rahasia selama beberapa bulan sebelum dikantoikan oleh penceramah motivasi untuk kem bina semangat pelajar PMR. Ouh malu malu bila di'kahwin'kan di khalayak ramai. Rasa nak mencarik-carik diri sendiri sehingga tinggal cebisan dan terbang lalalalala di tiup angen La Nina. Hiperbola di situ. Ouh Amirul sangat berduka cita kerana Johari adalah sahabat baiknya dan tidak menyangka akan di tikambelakang sedemikian rupa. Akan tetapi, cinta ini berakhir juga dengan alasan beliau sangat sangat sangat sangat sangat kuasa 18 KONTROL. Kontrol macho, juga kontrol aku. Ouh rimas rimas. Hahaha macam bodoh bila aku dan kawan-kawan pempuanku yang lain terjerit-jerit nyanyi lagu Fabulous Cats ini di dalam kelas yang ditujukan khas untuk beliau. Akibatnya, haambek aku lelasan rotan Ustaz Sam yang besawww itu di telapak tangan (al-Fatihah untuk ustaz).

Cinta keempat di usia 16 terjadi secara tak sengaja. Kenapa tak sengaja? Kerana aku tak sengaja termain cinta dengan bekas kekasih kawan baik aku sendiri. Beliau bernama Amirul juga. Cinta ini bertahan selama 2minggu sahaja kerana aku tak sanggup nak mengkhianati kawan baik aku sendiri. Ouh kedengaran sungguh mulia di situ tapi sebelum buat tak mahu fikir dahulu. Mari mengetuk kepala saya beramai-ramai. Alasan lain adalah aku tidak tahan bila diasak dengan soalan, “elly cintakan am tak??” eh eh apew tew cintew? Gua minah rempit tak maen lew nak jiwew jiwew new. Aku rasa geli yang teramat amat. Sesungguhnya aku tiada perasaan cinta ketika itu, cuma rasa suka sahaja. Jangan kau nak eksen suci mengatakan kau tidak. Ok, akibat daripada kejadian ini, hampir 2 tahun juga aku tidak bertegur sapa dengan rakanku itu. Tapi syukrann sekarang masing-masing sudah mau mengambil yang jernih. Ehem.

Cinta kelima diusia 17. aku bercinta dengan anak warden asrama. Hahahaha. Ada bran nak kapel dengan anak warden? Aku ada. Hahahaha. Angkuh di situ. Kepala hotak anda. Ketika ini aku mula merasa sesuatu. Cinta kah itu? Aku tak mahu melayan perasaan itu kerana aku rasa tak kool. Aku kelihatan otai ketika itu dan bermain perasaan akan merosakkan kreadibiliti aku. Ehem. Beliau sangat sangat caring ouh aku suka lelaki separa romantik seperti ini. Suara garau garau untuk kejut aku bangun subuh seperti ini, “THIS PART WAS REMOVED.” sesungguhnya akan terus membuntangkan bijik mata aku yang sepet sepet malu ini. Akan tetapi cinta rahasia antara dua darjat ini berkesudahan dengan aku beralasan, “THIS PART WAS REMOVED” Kelihatan muka tidak puas hati di situ tapi aku boleh nampak muka puas hati ibu beliau. Namun tidak sehebat kepuasan melihat keputusan SPM aku yang hampir membanggakan. Ehem.  Tapi tak mengapa, kami masih berkawan sehingga kini. Dan beliau masih melayan aku seperti dulu cuma mungkin masing-masing sudah kurang berperasaan.

Cinta keenam sejurus selepas aku menamatkan cinta aku di atas. Ya, cinta untuk aku memang akan datang dengan segera. Beliau bernama Syahir. Eh yang sebelum ini tak bagi nama ya? Tak apa, rahasia. Mula sebagai suka-suka dan tiada perasaan dan hanya ingin melayan-layan mengada-ngada mula menjadi serius. Beliau lelaki biasa. Tapi masih lagi mengikut landasan kriteria aku, mesti berbatang hidung tinggi. Ya, beliau juga handsome bermuka seperti Sam Bunkface. Sebijik gila. Banyak perkara yang kami lalui bersama tetapi lama kelamaan aku mendapati ada yang kurang disini. Aku rasa seperti tidak menjadi diri aku bila bersama beliau. Kami kurang berbalah kerana aku selalu atau lebih tepat lagi terpaksa bersetuju dengan beliau. Kami tiada perbincangan secara berinformasi kerana beliau tidak ke arah itu. Apa yang beliau mahu bualkan adalah mengenai kami dan kami dan kami dan kami dan kami sekali lagi. Ituuuuuuuuuuuuu saja. Ini bukan aku. Namun aku tak mahu mengecewakan beliau, aku ketepikan rasa aku dan aku terus ikut saja cara beliau. Tapi aku juga punya hati. Untuk dihargai dan dihormati. Diam aku telah disalahgunakan. Beliau menyangka mendapat kuasa veto di situ. Kepala hotakk beliau. Aku bukan bini beliau untuk mengikut kata sedemikian rupa. Akhirnya aku menguatkan tekad dan azam semangat 1Malaysia untuk berkata selamat tinggal. Dan tak semena mena aku merasa bebas sebebas bebasnyaaaaa... whoaaaa... suka suka.

Cinta ketujuh aku, aku tak mahu kata apa-apa mengenai ini. Kerana aku mahu simpan sendiri di dalam kotak hati. Mungkin sampai bila bila. Apa yang aku boleh kata adalah, ini yang aku mahu dari mula. Itu saja. 

Baiklah, berbalik kepada perenggan kedua. Aku senang mendapat cinta kah? Iyakah? Orang lain mungkin melihat begitu tapi tidak aku yang merasa. Aku juga tahu memilih mereka. Apakah kriterianya? Jeng jeng jeng..


Sifat apa? Biar rahasia. Aku yang mahu, jadi aku yang akan menilai.

Bila direnung dan selamat beramal, aku rasa aku macam kekurangan perhatian lelaki natijah daripada sifat2 bapak dan abang2 aku. Tiada lelaki yang boleh membuat aku rasa protected and secured. Salahkan mereka. Dan juga keharmonian keluarga yang timbul tenggelam serta istilah HOME SWEET HOME yang samar-samar di pandangan aku membuatkan aku rasa kurangnya bahagia. Senang cerita tiada tempat bermanja dan mengadu domba. Ouh sangat mengada-ngada ya. Walaubagaimanapun, perkara ini telah membuatkan aku seorang yang independent dan berhati waja. Ecececeh. Namun semua itu tak seharusnya menjadi alasan kan? Hidup perlu diteruskan dengan girl power!

KAMI TIGA BERADIK WANITA SUDAH MENJADI SEPERTI INI. AKU COP YANG DI TENGAH. NAMPAK SEPERTI BERKARISMA BUKAN?

Tuesday, November 23, 2010

kata kata seorang pesimis

adalah sangat penat.
untuk kau kata "TIDAK" pada yang kau tak nak.
bila kau menunggu "YA" daripada yang kau nak.
adalah sangat sakit.
untuk kau terpaksa kata "YA".
bila hati kau kata "TIDAK".
adalah sangat susah.
untuk kau mengorak senyum.
bila hati kau menguncup.
adalah sangat lelah.
untuk pergi mengejar sesuatu.
bila kau sebenarnya lari dari itu.
adalah sangat perih.
untuk kau membenarkan.
bila kau sebenarnya tak mengizinkan.
adalah sangat kejam.
untuk kau meninggalkan.
bila ada yang menggantung harapan.


p/s : kalau aku boleh lari, aku akan.

Saturday, November 20, 2010

pertama kali

"peh hati gua macam nak pecah siot.." kata minah sambil gelak.

"apehal lu? sawan babi? gua tengok sengih je.." munah tanya sambil kuis-kuis tanah cari cacing buat umpan puyu.

"gua putus cinta siot.." ketawa minah makin galak. sipi-sipi nak tergolek tersembam ke pampers bernajis di sebelah kanan.

"oh, patutla.. rilek ah lu kan HULK. lu fire je mamat tu. jom pegi paya mat zin. tin dah penuh dek cacing dah ni." munah angkat punggung jalan sambil kandar batang ubi dibuat joran.

"gua tengah rilek ah ni.." minah bangkit dari titi kibas-kibas punggung seluar trek suit sambil kesat mata yang macam basah. dalam hati. "abesla macho gua..."

kurang asam punya laki. tak sampai sejam clash dah terus buat baju promote diri.

p/s : i never felt this way before. this time, it is irreplaceable and devoted for one person only.

Tuesday, November 16, 2010

ehem ehem

i'm on holiday now. ok holiday everybody. a month semester break that has been cut off oh sucks to three weeks only. target untuk menguruskan badan secara konsisten efektif dan juga berdaya saing sangat sangat sangat tipis yeh. oleh yang demikian kita tak perlu berangan angan sampai tujuh petala langit kerana hasutan syaitoooonnnirrajim sangat berleluasa apabila di rumah. maksudnya tidur apabila hampir subuh dan subuh pun terpaksa ehem kadang2 sengaja digoreng dan buka mata kesat kesat buang najis di tubir mata menjelang zuhur. ouh landasan apakah yang beliau ikut. doakan beliau menerima hidayah sebelum menutup mata. sobs.

aku malas nak amek tau cerita cinta orang lain tapi sorangg member tak berapa kamcheng aku tiba tiba datang dengan membawa hati yang lara cakap benda ni :

" i bengang betol ngan bf i tau. he has been so busy with his works rather than me. how shit he is."

aku terkujat. apekah ini??

lepas beliau memceceh ceceh ouh baru aku paham apekah masalah sebenarnye. bila aku renung renungkan dan selamat beramal ouh kadang kadang aku pon ade masalah yang sama jugak. this is what many women worry about their relationship. so do i. aku tak reti nak put this thingy into words because it's complicated ukeh. so much. aku suggest member aku nih READ.THIS.BLOG.AND.REALIZE.GIRL.. hey, you too ukeh.  *credit to the blogger*

well, this holiday will be spent as precious as i can. i wish to have more bitch beach explores even HE is so far away. hey you, i really looking forward for the next beach-ing. eheh.

ehem saya belum.


charlo bete.






Monday, November 15, 2010

rasa

saya rasa saya sedang memendam rasa.
rasanyalah.
saya rasa macam saya saja yang rasa.
rasanyalah.
saya tak nampak apa apa yang boleh dirasa.
rasanyalah.
saya nak rasa rasa itu.
ini saya rasa pasti.
saya nak rasa bagaimana perasaan saya dirasa.
ini saya pasti.
saya nak rasa berasa bila sama sama rasa.
ini saya pasti.
tapi saya tak nak cerita apa yang saya rasa.
saya rasa malu lah.
saya tak nak kata saya kurang rasa.
saya rasa takut lah.
sebab apa?
sebab saya tak nak sampai saya tak rasa apa apa.
sebab apa?
sebab saya suka gila rasa tu.
sebab apa?
sebab saya mahu kami bahagia dengan rasa itu.
itu saja.
saya rasa saya tak minta banyak rasa pun.

terima kasih jika kamu juga rasa apa yang saya rasa.

Friday, November 12, 2010

imam muda

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. ehem ehem. sambil betulkan selendang batik.

entry ini untuk bercerita mengenai lelaki lelaki muda trang tang tang yang sangat sangat alim dan budiman dan tawaduk dan zuhud dan mencaiiiiirrkan hati wanita wanita mencari cahaya seperti saya ni.
seperti ini >>>>>>>> 
IMAM MUDA ASYRAF. kenapa dah kawin?kenapa? melepas saya =.='

haish haish. mula mula aku tak berapa setuju dengan rancangan Imam Muda dekat Astro tu. seperti yang semua sedia maklum Astro sangat suka bagi program2 mengarut lagi melalaikan tapi nak tengok jugak dewasa ini. Marilah Marilah Menari tu aku tak tau ape motif mereka. akan datang ada Kau&Aku siri baru oh oh akanku haramkan remote control biru itu dipicit ke arah 104.

ukeh pasal imam muda nih. aku tengok episod pertama dengan episod last je. aku memng jaki gila gila tahap gaban dengan rancangan realiti TV tak kira apa pun. ouh sangat stereotaip di situ. tapi One In A Million yang ada Faizal Tahir dulu mendapat pengecualian. rasa nak jerit jerit bukak baju tunjuk 'S' di dada. bole tak? okeh tegak ke titik straight to the point sebelum ni aku memang agak ketinggalan pasal isu semasa sebab keparanoidan aku pada surat khabar dengan alasan surat khabar banyak kerenah birokrasi mengampu kerajaan, penuh pembunuhan, perogolan, perculikan yang sangat auta. hanya berita sukan mempamer fakta. tapi sekarang tak lagi.ok melalut lagi. terus ke titik. 

bila dah abes dah Imam Muda tu aku usha usha cerita arab kat Oasis denagn harapan dapat mencuci mata dengat makhluk2 berhidung tajam mematuk. kejap lagi, ouh Asyraf dah ada rancangan sendiri dah rupenye. ape tah nama dia tapi aku tak fokus cuma fokus pada Ustaz Asyraf saja. ouh aku macam tak percaya boleh dengar nama ustaz yang moden seperti Ustaz Asyraf. selama ni terutamanya dekat felda nama ustaz yang aku bole dengar dan hampir bosan. dari kecik bebi sampai dah boleh nikah ni adalah Ustaz "ustad" Mat Din, Ustaz Nordin, Ustaz Zuraini dan mereka adalah legasi legasi terdahulu yang patotnye dah ada pelapis baru untuk jawatan bilal, imam dekat masjid Al-Falah tu. barulah ramai budak2 muda nak pergi masjid kan? takdelah lepak tepi tangga masjid ngurat aku budak2 pempuan balik ngaji tuisyen atau dating. ok melalut ke laut lagi. memang tak bole jalan tegak.haish.

para peserta. tangan mesti tunjuk tunjuk ke? haish.
peranan insan insan terpilih seperti mereka di atas dalam penstabilan sosialisasi kemasyarakatan negara ehem dah lama tak test power sekarang nih saaaaangatla tak terperi pentingnya. tak kira lah agama apa walaupun kecenderungan mereka menjurus ke arah keagamaan atau keislaman yang makin menipis dalam kalangan orang muda kena batang idung sendiri dengan ayat sendiri. aku tengok forum perdana ehwal islam yang mana Imam Muda Asyraf jadi panel dengan tajuk Integriti. selamba aje die persoalkan penggunaan integriti tu. ni la yang kita perlukan. keberanian untuk bersuara secara demokrasi dan aman ayat hubungan etnik terhadap ketidakpuasan hati tentang sesuatu isu berbangkit. oleh orang muda.  orang tua banyak menjaga hati dengan harapan ingin dipuji. mungkin sesetengah saja. tak semua orang baik itu cukup baik, tak semua orang jahat itu terlalu kukuh kejahatan mereka. ok? ehem ehem.

sebenarnya apa yang aku nak cakap mula mula tadi adalah layak tak perempuan macam aku dapat lelaki macam ni? tapi "perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik" saja. tapi kita hidup berpasangan kan mesti saling compliment each other. mana saya kurang awak tambah mana awak bocor saya tampalkan kan?? 

ada satu scene masa kekaseh lama tengah dalam proses pengushaan semula, dia cakap :
"dah berapa banyak lelaki awak kecewakan? awak tinggalkan? awak nak lelaki macam mana lagi? tak cukup ke saya ni?"

aku tarik nafas dalam dalam hirup angen danga bay campur tengik singapore. dalam hati aku mencarut jugak dekat laki ni. tapi aku menten kekoolan aku. sekali nafas aku jawab : 
"saya mencari lelaki yang boleh jadi imam solat saya sampai akhir masa."

aku macam geli dengan ayat buku aku tu tapi aku betul2 maksudkan benda tu. rasa bangga sebab dapat buat beliau tertelan anak tekak. asyik nak kondem aku je kau tu hebat sangat?  

oh memang perempuan yang baik untuk lelaki yang baik sahaja. nanges kejap. sobs.

p/s : tiada lagi gua-lu selepas ini. aku rasa tak ayu sopan.


sadaqallahul 'azim. wassalam.

Thursday, November 11, 2010

.

tiba tiba gua rasa macam dah ada perasaan wanita sejati.

macam ni yeh rasanya?


sakit mencucuk-cucuk rupanya.

baru gua tau.


charlo bete. 

Wednesday, November 10, 2010

mak ayam

penghantar mesej : "weh kau sebok tak? aku nak tanya sesuatu ni."

penerima mesej : "kalau untuk kau aku memang takde mase. kau nak ape samdol?"

penghantar mesej : " kau ada minah munah cun tak nak bagi kat aku? aku perlukan wanita untuk membimbing aku ke jalan yang benar di samping dapat mencuci mata.hehehehehe"

penerima mesej : "$^*#.carutan terpaksa disensed. lu pikir gua mak ayam??? lu nak wanita membimbing lu mane mazhab lu pakai pempuan bimbing laki?? lu bercinta dengan mak lu sudah la. mencarut lagi sekali." 

lu nak cari perempuan mulia macam ni. lu cukup mulia??


charlo bete. 

Tuesday, November 9, 2010

orang chantek

sepanjang hidup gua, dari kecik comel lote seperti ini rujuk gambar menyentuh perasaan di sebelah sampai dah boleh jadi ibu a.k.a mummy a.k.a mama ni, gua sentiasa dikelilingi wanita-wanita chantek chantek bak kata altimet. keadaan ini telah mengundang sikap low self-esteem yang tinggi lagi menebal dalam diri gua. tersedu kejap di situ. tsk tsk tsk. ouh memang benar. dari member2 maen gadoh gadoh ol-ol olok-olok sampai member bajek kamceng semua stok ayu ayu mintak buat menantu. agak malang sebab gua tak tergolong dalam grup itu. sobs. ape yang gua bole buat adalah menolong orang menekel tackle mengusha mengurat yang merupakan satu tabii yang paling gua tak minati. gua rasa mau tembak kawan kawan laki gua dulu yang suka mempersendakan gua. gua rasa kalau mamat mamat tersebut menengok keadaan gua yang dah boleh tahan lawa sekarang sila sepak dulu sebelum muntah kompem mereka mereka mau berkapel dan berskandal dengan gua. gua dah try usha pakwe lame gua yang gua kapel mase gua still mandi mandi paya mat zin lagi. ternyata beliau sangat tekezut oh mak kau melihat perbedaan gua dulu dan sekarang. buktinya beliau terus memintak nombor tipon baru gua dan name pesbuk gua dan sebok2 nak usha gua balek. oh lelaki, anda memang tutt yeh. gua nak tanye, tengok sini gua malas nak buat ayat tanya. ouh ouh ni bukan point gua sebenarnya. gua memang tak lawa gua tau dan sedar hakikat tu gua cuma nak bagi feeling2 siket pada diri sendiri. nak membina balik self esteem gua yang selalu diranappunahkan oleh kawan kawan wanita yang gua kenal. 

gua senaraikan kaum wanita di sekeliling gua yang gua sangat menjelesi bahasa macam haremm kelawaan mereka : 

beliau yang bertudung ijo. abaikan insan kerdil ditengah dan insan hot berbaju melayu *ouh khairol shazwan*



1)  wan nurul 'ain kawan baru gua  kat sini. sama kolej, sama jurusan eheh, sama kelas, sama kesukaan insan botak, sama... sama sama pegi kelas hari hari tanpa jemu. isk. berdarah kacuk melayu kelantan memang gua tak boleh cakap yang beliau ni cantik biasa2 je macam zafri cakap. buta ke ape kau zafri? theeee.. gua dah puas dah menatap wajah beliau. kerat jari gua cakap beliau tak cantik. gua nak nyanyi kejap pipi pauh dilayang alis matanya lentik sekali mataku memandang hati tertawannn.hanya boleh dinyanyikan oleh lelaki2 maskulin. wanita bila menyanyi lagu ini dah macam L word. selalu bila berjalan berdua kecantikan beliau sangat menyilaukan pandangan sehingga menutup kecomelan gua. adeh adeh =.=' gua rasa ni satu satunya pempuan yang gua pernah jumpa yang cantik semulajadi secara ekosistem motif? tanpa tempekan bedak asas. kosmetik yang beliau selalu gunakan ialah bedak carrie junior perasa cherrie yang berbotol kuning. kalau orang-orang yang berkenaan tak nak ngan beliau nih gua kerat jari ramai yang beratur nak kan beliau. got it?

yang bertudung itam.
2) yasmin yahya kenalan baru gua yang sama kelas inggeris kat sini. budak kedah. first time gua tengok beliau benda yang gua tengok adalah idong beliau. apekah motif?? gua pun tak tau. tapi tarikan beliau gua rasa ada kat mata beliau. nampak jujur dan mengkeceburkan air ke ati yang panas. maksudnya sejuk mata memandang. gua tak berapa rapat sangat dengan beliau tapi kejernihan wajah beliau telah dipersetujui oleh wan nurul 'ain. jadi gua tak bertepuk sebelah tangan apekah?motif?





 
3) azila zollkafri @ mimi azila bekas romate gua selama sebulan di kajai. sekarang menetap di india untuk bergelumang dengan mayat2 untuk menjadik dokter. ouh ouh gua jeles. beliau memang lawa. muke comel mintak kena tumbok. hahahaha. ni ada orang cakap dengan gua. bukan gua yang reka2.  haish kalau tak lawa rase nak sepak, dah lawa nak tumbok pulak. lelakiiiiiiii......... =.='






***  entry ini bakal bersambung. kepelbagaian biologi a.k.a biodiversity sedang menghantui hidup gua di kala ini. kang orang lawa2 gua tengok macam hagfish atau lampreys kang. =.='

megan fox. jadi kuntilanak pon menten lawa lagi minah nih. ok larged-lips, tapered-chin menjadi kegilaan lelaki.



charlo bete.