Monday, July 18, 2011

Setelah tiada apa yang boleh diperbuat.

Selamat Sejahtera Kalian Kalian.

Petang petang yang permai mendung malu malu ni, secara tiba tiba aku rasa sayu. Kawan baik aku nak fly pergi UK u olllss. Punyalah terlebih bangga aku rasa. Dulu sama sama study grup sambil gosip gosip artis di samping gosip skandal cekgu-pelajar yang melanda sekolah lama kami. Selain tu kami dah berjanji untuk kawen bersama sama bersanding bersama dengan syarat pelamin diperbuat dari besi keluli yang membina menara KLCC atas sebab kelebihan berat badan yang melanda kami. Keh keh keh.

Aku rasa happy gila untuk dia tapi at the same time, jujur pada tuhan aku cakap, aku green with envy. Pegi google translator sebagai pilihan terakhir kalau noob sangat tak tau ape tu green with envy. Sorry, word of the week is noob.

Kenapa aku boleh nak menjelesi kejayaan orang lain ni? Bukan ke patutnya sama sama senyum gembira bila kawan baik sendiri boleh jejak kaki kat negara omputeh ni. Boleh naek kapal terbang rasa mabuk mabuk perjalanan dekat atas awan semua tu. Boleh rasa apa winter summer spring fall segala bagai.

Kenapa??

Sebab aku pun pernah berpeluang macam tu tapi peluang aku dinafikan.

Aku tak lah nak menyalahkan mak aku sebab tak restu aku nak pergi oversea dengan alasan aku tak cukup matang lagi dengan umur 18 tu. Tapi kadang kadang terasa jugak nak rasa macam tu bhai. Orang selalu cakap mak lagi tau anak dia macam mana. Tapi aku selalu rasa mak aku tak paham aku. Masa membesar aku, masa aku kenal dunia yang sebetulnya, masa aku salah, masa dunia hukum aku sekejamnya, masa aku berjaya, aku cuma rasa doa mak aku je yang ada dengan aku. Aku buat semua sendiri. Simpan semua sendiri. Berangan semua sendiri.

Bila aku cakap, mak aku cuma kata : "Kau ni kerja nak berangan je." Ooo mann, kalau kau tak berangan macam mana kau nak bina cita cita ye dak?

Ok sebut pasal cita cita. Terus terang aku kata buat masa sekarang ni aku dah hilang cita cita aku - ahli psikologi. Bila aku dapat interview course kerja sosial dan psikologi dekat USM dulu, kemaen sukenye aku sebab rasa berbaloi gila dengan research aku buat semua pasal field ni, tekad yang aku tanam, sokongan kawan kawan aku yang selalu kata : "Kau memang boleh jadik, Roy. Don't worry lah.", nasihat cikgu kaunseling aku yang sanggup balik lambat sebab aku berkeras nak buat ujian kerjaya time tu jugak, aku rasa dunia dah memihak pada aku. Aku dah siap buat future lifeline aku kalau memang betul la aku jadi ahli psikologi.

Tapi. Tapi. Tapi. Tapi.

Keluarga aku tak membantu. Kewangan tak membantu. Semua yang ada keliling aku masa tu memperkotak katikkan dan memperkecikkan cecita aku. Bloody hell braaahhh. Pakcik aku, siap kata kalau dalam tentera psikologist tu setakat pegawai2 rendah je. Gaji pung ciput je. Kepala bana beliau. Sapa yang nak jadik tentera? Mak aku, apa lagi percaya lah. Mestilah dia nak anak dia betul betul berjaya, gaji besar, pangkat besar semua tu kan. Takpa, takpa, ada point di situ. Bapak aku? Tak payah lah tanya. Sampai sekarang dia sikit pun tak tau aku dapat USM. Aku pun tak tau kalau dia nak kisah ke tak. Lantak.

Bila results UPU keluar, sikit pun aku tak senyum. Berapa lama aku jadi bisu kat dalam rumah pun aku tak tau. Dengan masalah percintaan lagi. Aku rasa nak gantung diri. Tapi aku rilek, kool kool mann. Kalau aku nak nanges pung adelah kat depan mangkuk jamban ke, dalam gobok ke. Hah tu lah port paling best rasanya.

Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang Tuhan dah bagi dah tetapkan untuk aku tapi bukan itu yang aku nak. In fact aku memang tak nakkkkk gilaaaaaa. Sapa yang pernah sepanjang rekod persekolahan dia result periksa 7A 1D, 8A 1C, 9A 1G? Meh sep sikit sama aku. Naseb baek SPM aku boleh dapat A2. Tu pun balun ngadap dia je siang malam dengan buku tebal kaler hijau ada gambar rerama kat depan. Biology memang badi, angker, horror, serta banyak mendatangkan musibah dalam hidup aku suatu ketika dulu. Cewah. Orang masuk bilik pengetua sebab masalah disiplin, aku sebab masalah 9A 1G. Apa aku nak jawab dengan pengetua yang major dia Biology tu? Saya tak minat nak mampus. Kau nak kena penggal? Dah lah pengetua perempuan. Memang alergi lah aku kan.

Bila masuk asasi, subjek ni still menghantui hidup aku. Kalau aku boleh buat calculus tu 4jam berturut tak benti kecuali nak teberak nak terkucil nak mengunyah, Biologi pulak aku boleh tahan setengah jam je. Sepatah halal aku tak paham ape yang aku baca. Aku rasa aku boleh dapat A masa final exam sebab aku dok hafal je semua essay yang ada dalam notes aku. Kena pulak memang masuk periksa soalan tu. Memang kendurilah aku. Tiba tiba rasa diri kurang berkualiti. Sedih sedih.

Nak tak nak, suka tak suka, rela tak rela, aku kena paksa diri aku terima apa yang datang kat aku ni. Nak sedapkan hati, aku cakap : "Everything happens must come with a good reason.". Tak pun "Verily after each difficulty, there's a relief." Ini pun permainan psikologi bukan?

Tapi aku manusia biasa bhai. Rasa tak ikhlas tu kadang kadang datang jugak mencarik tangkai hati aku. Cewah. Aku memang suka bab bahasa ni. Benda ni memang kau champion masa sekolah dulu. *hampir nak riak ni.

Bila dah dapat offer untuk course ni, datang sekali pakej biasiswa. On the other side, memang aku bersyukur gila. Orang lain kemaen susah nak carik duit, isi borang PTPTN semua, beratur pepanjang aku nengok, yang aku, rilek je tak payah buat apa apa. Tapi, dah dapat offer tu bukan terus dapat der. Kena jugak melanguk lama lama dekat PICC tu nak interview semua bangun subuh subuh buta kena kejar anjing liar sebelom naek bas segala. Pengorbanan bhai. Pengorbanan. Kau ada? Nonnn.


Bila dah dapat biasiswa pulak, bukan sesenang kau kemaen berpeleseran dengan duit kerajaan macam yang aku buat. Aku kena pikir nak bagi sikit kat mak aku jugak. Agak agak dah hujung bulan tu memang aku kena paham paham lah. Walaupun tak selalu aku bagi, at least aku bagi dari yang memang dah ada tanggungjawab nak bagi tapi tak bagi. Ada paham?

Pointer pun bukan senang senang kau menyerah pada takdir berapa aku dapat sem ni kira dah termaktub dalam Luh Mahfuz. Hangguk anda lah. Selama dua sem aku duduk sini pointer aku takat hidung ibarat kau dalam air sedut nafas secoet memang selamat jalan lah awak. Hah macam tu lah keputusan yang aku dapat. Tak pernah nak membanggakan pun. Kesian. Sedih.


Kalau ikut kepala gila aku, memang aku nak tukar course je. Buat apa aku susah payah 3 tahun buat benda yang aku tak suka. Bayangkan, kalau aku tak tukar course, aku kemaen balun 3 tahun, grad ala ala je, qualification nak jadik lecturer pun tak lepas, dah umur 22 dah masa tu. Lepas tu baru aku nak amek course yang aku minat. Peh tak kawen lah aku jawabnya. Dah lah memang cecita aku nak jadik ibu muda yang berkerjaya, kalau benda ni berlaku, punah impian aku yang satu tu.

Tapi kalau ikut kepala rasional aku pulak, aku akan teruskan dengan apa yang aku buat sekarang ni. Mungkin sekarang aku tak nampak apa kebaikannya untuk aku sekarang ni, siapa tau nanti korang semua bukak animal planet nampak muka aku tengah dok maen maen dengan mamalia terpendek ke, reptilia terganas ke, ikan terchomel ke. Kan? Well, everything happens for a good reason ape?

Justifikasinya aku akan teruskan dengan apa yang aku buat ni. Memang banyak halangan yang datang, terutamanya dari iblis syaitonnirrajim. Lahanat betul. Tapi apalah salahnya kalau aku mencabar diri aku memandangkan aku memang meminati cabaran yang hebat hebat belaka ini. *Separuh ikhlas.

Mungkin sapa sapa yang baca entry aku ni akan cakap aku tak bersyukurlah, asyik nak salahkan takdirlah, tak puas hati dengan mak lah. Aku cuma bagi apa yang aku rasa. Sebab as for now, I've no one comfortable enough to talk to. Jangan nak bajek cakap aku macam yang aku cakap tadi sebab kau pun musti selalu rasa apa yang aku rasa kan? I just brave enough to let it out. Chill la der.

Aku dah kool dah sekarang. Macho juga. Okbye.

Hidup bahagia Kalian Kalian. Peace.