Hidup aku akhir-akhir ini sering dikelilingi dan diserii dengan kehadiran bayi-bayi chumel chumel hmmmm geram *sila baca dengan nada meneran* bukan dari placenta aku. Dan tak semena-mena juga naluri keibuan aku melonjak-lonjak serta terkinja-kinja dengan sendirinya. Hal ini adalah kerana rancangan kebayian di saluran astro 733 Discovery Home&Health ehem sempat promote seperti "I Didn't Know I Was Pregnant", "Birth Day", "Bringing Home Baby", "Deliver Me" dan tak ketinggalan "Jon&Kate Plus 8". Dalam hati selalu terlintas, “Bila nak ada baby sendiri..” ouh sila sepak manusia-tahu-berangan-saja ini.
alololoooooooo |
Tidak sabar untuk menari kembali. Adrenalin sedang memanjat klimaks. Itu steroid aku yang terbaik sebenarnya. Ouh aspirin yang hebat juga. Selain itu, hasil menari adalah sama dengan melanggan Slim World untuk empat kali rawatan. Sangat efektif dan berdedikasi. Tiada ringgitan yang dilabur cuma sweat gland mungkin agak aktif di kala ini. Orang-orang yang dalam ikhtiar mendapatkan anak patut mencoba untuk menari kerana keaktifan merangsang kesuburan. Sila percaya.
Aku rasa aku ada masalah dengan tabii membeli belah. Aku dapati aku akan diserang sakit kepala yang agak serius sejurus selepas membeli dan pergi belah. Sebagai contoh, baru-baru ini aku telah membeli satu beg hiking berharga tiga jari dan tak semena-mena kepala aku berpusing ligat. Ouh apain sih pusing pusing ini.. Tangan terketar-ketar semasa proses pembayaran dan dipandang aneh oleh brader cashier yang ala-ala sk8ter boy. Ouh malu malu. Cet baru terasa nak menjual minyak setelah sekian lama. Aku rasa itu adalah sejenis fobia. Aku telah namakan fobia yang aku alami ini sebagai SHOPPAPHOBIA kerana aku belum menggoogle lagi mengenai perkara ini. Jadi, simpan dalam pandangan.
beg hiking misteri dari silver planet. kopak aku nak dapatkan kaww. |
THIS PART WAS REMOVED BY THE BLOGGER.
Kalau kita buat ibu kita kecik hati kita berdosa kan? Macam mana pulak kalau ibu kita buat kita kecik hati? Gila gila punya. Beliau berdosa tak ekk?? Aku sedang was-was untuk berkecil hati sekarang ini. Dekat TV tu suruh anggap kelakuan ibu yang mengecilkan hati itu sebagai khayalan saja. kalau macam tu, aku ni akan selalu berkhayal la yeh? ouh ok ok.
Akhir-akhir ini aku makin sayangkan akak dan adik aku. Yelah, kami kan Pawer Pap Gel. Jadi kami mestilah bersatu padu kan? yeah. ehem ehem.
Nafsu untuk menggedik, mengurat dan bermain mata dengan insan insan maskulin sudah hilang ditelan perasaan dan masa. Haish rasa macam dah menopous pula. Eh mana mungkin. Menstruasi baru saja berlaku. Isk isk isk.
Aku rasa bangga kerana dapat memaintainkan kredit celcom aku yang aku tambah nilai RM10 lebih sebulan yang lalu sehingga kini. Buktinya, beberapa saat lepas aku mengcheck baki akaun aku ada lagi RM2.26 dan akan luput pada 30/08/2017. Mungkin ini adalah kelebihan orang yang tak ada teman ehem ehem dan juga skandal yang bertaburan di alam semesta. Wah, bagus juga!
Sering mendapat mesej dan panggilan yang tidak ditunggu. Mesej dan panggilan yang ditunggu tidak dapat pula. Ouh sangat kasihan akan daku.
ape ni? ape ni? |
Drama Lagenda Budak Setan yang secara tiba-tiba diminati itu banyak betul bersetting di pantai. Saja nak bagi aku menjelesi mereka lah tu. Huh. Biarkan.
Oleh yang demikian, AKU RINDU NAK KE PANTAI.
Aku seperti mahu memboikot semua cuti cuti yang memungkinkan aku berada di rumah. Sesungguhnya cuti semester adalah cuti yang menggemukkan macamlah sebelum ini tak demookkk =.=' haish haish. Walaupun makanan yang hendak dimakan tidak selalu ada tapi makanan untuk dimakan akan selalu ada. Jadi mulut saya akan selalu bersenam dan bahagian tubuh yang lain akan berehat rehat sahaja. Sila paham.
yes. pencarian lelaki chomel pula selepas ini. |
Sebetulnya ribuan lagi perkara yang berlari lari anak di dalam cerebelum cerebrum serata medulla oblongata ini tapi jari yang gemuk tembam macam dah mengah untuk berjoging lagi. Jadi sila berhenti di sini.
hihi tak pernah dapat. |
p/s : please forgive me. i can't stop loving you.
No comments:
Post a Comment