Monday, July 18, 2011

Setelah tiada apa yang boleh diperbuat.

Selamat Sejahtera Kalian Kalian.

Petang petang yang permai mendung malu malu ni, secara tiba tiba aku rasa sayu. Kawan baik aku nak fly pergi UK u olllss. Punyalah terlebih bangga aku rasa. Dulu sama sama study grup sambil gosip gosip artis di samping gosip skandal cekgu-pelajar yang melanda sekolah lama kami. Selain tu kami dah berjanji untuk kawen bersama sama bersanding bersama dengan syarat pelamin diperbuat dari besi keluli yang membina menara KLCC atas sebab kelebihan berat badan yang melanda kami. Keh keh keh.

Aku rasa happy gila untuk dia tapi at the same time, jujur pada tuhan aku cakap, aku green with envy. Pegi google translator sebagai pilihan terakhir kalau noob sangat tak tau ape tu green with envy. Sorry, word of the week is noob.

Kenapa aku boleh nak menjelesi kejayaan orang lain ni? Bukan ke patutnya sama sama senyum gembira bila kawan baik sendiri boleh jejak kaki kat negara omputeh ni. Boleh naek kapal terbang rasa mabuk mabuk perjalanan dekat atas awan semua tu. Boleh rasa apa winter summer spring fall segala bagai.

Kenapa??

Sebab aku pun pernah berpeluang macam tu tapi peluang aku dinafikan.

Aku tak lah nak menyalahkan mak aku sebab tak restu aku nak pergi oversea dengan alasan aku tak cukup matang lagi dengan umur 18 tu. Tapi kadang kadang terasa jugak nak rasa macam tu bhai. Orang selalu cakap mak lagi tau anak dia macam mana. Tapi aku selalu rasa mak aku tak paham aku. Masa membesar aku, masa aku kenal dunia yang sebetulnya, masa aku salah, masa dunia hukum aku sekejamnya, masa aku berjaya, aku cuma rasa doa mak aku je yang ada dengan aku. Aku buat semua sendiri. Simpan semua sendiri. Berangan semua sendiri.

Bila aku cakap, mak aku cuma kata : "Kau ni kerja nak berangan je." Ooo mann, kalau kau tak berangan macam mana kau nak bina cita cita ye dak?

Ok sebut pasal cita cita. Terus terang aku kata buat masa sekarang ni aku dah hilang cita cita aku - ahli psikologi. Bila aku dapat interview course kerja sosial dan psikologi dekat USM dulu, kemaen sukenye aku sebab rasa berbaloi gila dengan research aku buat semua pasal field ni, tekad yang aku tanam, sokongan kawan kawan aku yang selalu kata : "Kau memang boleh jadik, Roy. Don't worry lah.", nasihat cikgu kaunseling aku yang sanggup balik lambat sebab aku berkeras nak buat ujian kerjaya time tu jugak, aku rasa dunia dah memihak pada aku. Aku dah siap buat future lifeline aku kalau memang betul la aku jadi ahli psikologi.

Tapi. Tapi. Tapi. Tapi.

Keluarga aku tak membantu. Kewangan tak membantu. Semua yang ada keliling aku masa tu memperkotak katikkan dan memperkecikkan cecita aku. Bloody hell braaahhh. Pakcik aku, siap kata kalau dalam tentera psikologist tu setakat pegawai2 rendah je. Gaji pung ciput je. Kepala bana beliau. Sapa yang nak jadik tentera? Mak aku, apa lagi percaya lah. Mestilah dia nak anak dia betul betul berjaya, gaji besar, pangkat besar semua tu kan. Takpa, takpa, ada point di situ. Bapak aku? Tak payah lah tanya. Sampai sekarang dia sikit pun tak tau aku dapat USM. Aku pun tak tau kalau dia nak kisah ke tak. Lantak.

Bila results UPU keluar, sikit pun aku tak senyum. Berapa lama aku jadi bisu kat dalam rumah pun aku tak tau. Dengan masalah percintaan lagi. Aku rasa nak gantung diri. Tapi aku rilek, kool kool mann. Kalau aku nak nanges pung adelah kat depan mangkuk jamban ke, dalam gobok ke. Hah tu lah port paling best rasanya.

Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang Tuhan dah bagi dah tetapkan untuk aku tapi bukan itu yang aku nak. In fact aku memang tak nakkkkk gilaaaaaa. Sapa yang pernah sepanjang rekod persekolahan dia result periksa 7A 1D, 8A 1C, 9A 1G? Meh sep sikit sama aku. Naseb baek SPM aku boleh dapat A2. Tu pun balun ngadap dia je siang malam dengan buku tebal kaler hijau ada gambar rerama kat depan. Biology memang badi, angker, horror, serta banyak mendatangkan musibah dalam hidup aku suatu ketika dulu. Cewah. Orang masuk bilik pengetua sebab masalah disiplin, aku sebab masalah 9A 1G. Apa aku nak jawab dengan pengetua yang major dia Biology tu? Saya tak minat nak mampus. Kau nak kena penggal? Dah lah pengetua perempuan. Memang alergi lah aku kan.

Bila masuk asasi, subjek ni still menghantui hidup aku. Kalau aku boleh buat calculus tu 4jam berturut tak benti kecuali nak teberak nak terkucil nak mengunyah, Biologi pulak aku boleh tahan setengah jam je. Sepatah halal aku tak paham ape yang aku baca. Aku rasa aku boleh dapat A masa final exam sebab aku dok hafal je semua essay yang ada dalam notes aku. Kena pulak memang masuk periksa soalan tu. Memang kendurilah aku. Tiba tiba rasa diri kurang berkualiti. Sedih sedih.

Nak tak nak, suka tak suka, rela tak rela, aku kena paksa diri aku terima apa yang datang kat aku ni. Nak sedapkan hati, aku cakap : "Everything happens must come with a good reason.". Tak pun "Verily after each difficulty, there's a relief." Ini pun permainan psikologi bukan?

Tapi aku manusia biasa bhai. Rasa tak ikhlas tu kadang kadang datang jugak mencarik tangkai hati aku. Cewah. Aku memang suka bab bahasa ni. Benda ni memang kau champion masa sekolah dulu. *hampir nak riak ni.

Bila dah dapat offer untuk course ni, datang sekali pakej biasiswa. On the other side, memang aku bersyukur gila. Orang lain kemaen susah nak carik duit, isi borang PTPTN semua, beratur pepanjang aku nengok, yang aku, rilek je tak payah buat apa apa. Tapi, dah dapat offer tu bukan terus dapat der. Kena jugak melanguk lama lama dekat PICC tu nak interview semua bangun subuh subuh buta kena kejar anjing liar sebelom naek bas segala. Pengorbanan bhai. Pengorbanan. Kau ada? Nonnn.


Bila dah dapat biasiswa pulak, bukan sesenang kau kemaen berpeleseran dengan duit kerajaan macam yang aku buat. Aku kena pikir nak bagi sikit kat mak aku jugak. Agak agak dah hujung bulan tu memang aku kena paham paham lah. Walaupun tak selalu aku bagi, at least aku bagi dari yang memang dah ada tanggungjawab nak bagi tapi tak bagi. Ada paham?

Pointer pun bukan senang senang kau menyerah pada takdir berapa aku dapat sem ni kira dah termaktub dalam Luh Mahfuz. Hangguk anda lah. Selama dua sem aku duduk sini pointer aku takat hidung ibarat kau dalam air sedut nafas secoet memang selamat jalan lah awak. Hah macam tu lah keputusan yang aku dapat. Tak pernah nak membanggakan pun. Kesian. Sedih.


Kalau ikut kepala gila aku, memang aku nak tukar course je. Buat apa aku susah payah 3 tahun buat benda yang aku tak suka. Bayangkan, kalau aku tak tukar course, aku kemaen balun 3 tahun, grad ala ala je, qualification nak jadik lecturer pun tak lepas, dah umur 22 dah masa tu. Lepas tu baru aku nak amek course yang aku minat. Peh tak kawen lah aku jawabnya. Dah lah memang cecita aku nak jadik ibu muda yang berkerjaya, kalau benda ni berlaku, punah impian aku yang satu tu.

Tapi kalau ikut kepala rasional aku pulak, aku akan teruskan dengan apa yang aku buat sekarang ni. Mungkin sekarang aku tak nampak apa kebaikannya untuk aku sekarang ni, siapa tau nanti korang semua bukak animal planet nampak muka aku tengah dok maen maen dengan mamalia terpendek ke, reptilia terganas ke, ikan terchomel ke. Kan? Well, everything happens for a good reason ape?

Justifikasinya aku akan teruskan dengan apa yang aku buat ni. Memang banyak halangan yang datang, terutamanya dari iblis syaitonnirrajim. Lahanat betul. Tapi apalah salahnya kalau aku mencabar diri aku memandangkan aku memang meminati cabaran yang hebat hebat belaka ini. *Separuh ikhlas.

Mungkin sapa sapa yang baca entry aku ni akan cakap aku tak bersyukurlah, asyik nak salahkan takdirlah, tak puas hati dengan mak lah. Aku cuma bagi apa yang aku rasa. Sebab as for now, I've no one comfortable enough to talk to. Jangan nak bajek cakap aku macam yang aku cakap tadi sebab kau pun musti selalu rasa apa yang aku rasa kan? I just brave enough to let it out. Chill la der.

Aku dah kool dah sekarang. Macho juga. Okbye.

Hidup bahagia Kalian Kalian. Peace.

Friday, June 10, 2011

Monday, April 18, 2011

tapi bukan aku.



can i say :

NEVER JUDGE A PERSON BY A SINGLE PICTURE ? 

btw it was menthol. 

chill lah bro. :)

Sunday, April 3, 2011

surat ... dalam botol untuk hafizmohamad

hafizbeegomenginviteakuuntukmensertaicontest abang zamhaishkaumemangsukamintakakumembanggadengankebolehanberbahasaakukanbeegotapinantikejapehbagi akutariknafaspanjangpanjangdalamdalamsebabakujalanpundahtakcukuptanahdahbejalankakikeatastanganmerangkakrangkakkebawahapetahlaginakbernafasmacammanusiabiasamemanglahnonhadoosebabkaupuntakanakumemangsibukgila giladenganhalehwalduniawiakuwalaupunakubukanlahbudakarchimacamkaudenganimronpujaanmalayayangakukecewakansangattukannamunwahnamunuollssszzbahasagittewhahahaoksambungtapiakumemangtakbolehchallengelahkaupunyaentrytanpatitiktukansebabhonestlyakubacaselangduabarissebabakurasakalauakubacapenuhsemangatiltizamsertadedikasipunakutakpahamkaunaksampaikanapasebabkaudahmereperktahitahisekodengsekodengtusemuaakutakbolehnakpahamakukaninnesenlupekekaudenganperkaratukanakudahcakaplamadulukanehadatandasoaltaukatsinilepastunakletaktitikpulakoksambungehehentryakunikiraqualifiedkemasukpertandingantuhahsebabakutakikotspesifikasiyangabangzamkesayanganakutupunyatermadansyaratsebabakurasaakunakjadiraresikitdenganharapandapatlahakuanugerahkhasjurimacamyangakudapatmasapertandingantarianharituhahabangzamkaliniakutakmenangjuaramenarinisebabakurasaakutakdapatlagithebestpartnermacamkaumacamduludulukitameronggengbersamatukanohseriusakurindujelinganmanjakaumasakitabuathelikoptertuwaaahhmasatulahakudahstatjatuhcintasamakautapimalangnyakausukakatoranglainrupanyachoyyykecewatautakakuhahhbanyaktandaserukatsitumenandakanbetapatekanannyaperasaanakudikalamengenangkankisahnanlalucewahcewahhhehhhkenapamasukceritaabangzampulaknidahdahsambungbalikkatbeegoehehehehehhhhhhapenidahtaktaunakcakapapakatbeegoohlupanakcakapterimakasihuntuklinksebabstatakumenunjukkanfollowerakunaeksorangbersourcekanblogkauhahbanggatakkbanggatakksebabsebelumnistatsakubanyaksebabentryniseriusakukecewadanrasakemaluanyanggilasebabentryakudisalahertikanpadaimpressiyangpertamatapikanmustibraderbraderyangsangapperkaraperkaradewasatulagilahkecewagilabilakliklinkblogakuhahpadanlahmukamerekatusemuakandanpadanmukajugakpadaakusebabgatalgatalsesangatnakmenaipmacamnisekarangakudahrasaloyaloyamualsemuanisebabsebelumpublishakukenalahpastikanentryakuyangspeseluntukkauniflawlesssebabkalauadasalahsikitkompemkaubahanakubalikcismencikmenciktaudahkenabacabebanyakkalidahlahperotakukosongjesekarangnibaulautponadelagitertinggalkatlobangidongakunihahsiapadarasaombaksegalabagaisebabakudokberendamdalampantaiportdicksondarisubuhuollssszzmautakhighkepalahotakkejapkanhahnakletaktitikbolehtakdahmualmualdahniaiyoyooomacammananiakurasaakutakmenyahutlagicabarankauuntukcontestabangzamtuhhabeslahmachoakumacamnidahtakjantandahrasaplupplupplupsekiandahtaktahan






nakjugakletaktitik
.

Tuesday, March 29, 2011

Friday, March 18, 2011

after a while



lately.
my life seems to be devoted for this.
dancing.
that's what i call :
AN UNLIMITED PASSION.
and fyi.
i'm crawling to the peak.
best wishes for me.

Wednesday, March 2, 2011

tunggu sekejap lah.

banyak yang datang.
suka sakit sayang.
tapi banyak sakit dari suka.
aku mahu sayang lagi banyak.
itu lagi menenangkan.
itu lagi membungakan.


cacamarba rasa.
aku kasi kepit dalam hati kecik kering.
hampir membuak kini.
zip hati nak terkoyak.
semangat aku bagi mampat dengan henyak.




sekarang masih lagi menahan jiwa.
simpan sakit dengan ketawa.
tutup malu dengan jenaka.
sembunyi sayang dengan mengena.
tahan baran dengan membiar.
sampai bila ya?


aku nak ada.
manusia bertestosteron pinjamkan telinga.
kerana telinga mereka kebal lebar.
nak mereka izin selam hati.
kasi pinjam sikit macho gentle sama gua.
otak juga geliga.
tapi.
susah betul nak ada.
sebab aku dah tak tahu dah.
macam mana suasana bercinta.
ah.
mengadalah.


*picit jerawat kejap. terapi.*


aku nak cakap pada kau dan kau.
hati aku bukan batu.
tulang aku bukan keluli.
urat aku bukan serat besi.
otak aku bukan komputer riba.(?)
yang kau senang guna letak ambik guna.
bila tak nak kau hentak hentak.
sebab apa?
sebab aku manusia biasa.
tahu juga apa itu penat dan lelah.
nasib baik tak asma.


pasti? jangan pernah.
p/s : bawak aku pergi pantai pelis. 

Sunday, February 27, 2011

mimpi gua

rasanya lepas ni MamaliaPendek nak guna ganti nama -gua- semula. biarlah orang nak kata apa. 
bajek ganas tapi lembut ka.
eksen style ka.
yang penting gua rasa bila gua guna -gua-, gua rasa lagi jiwang.
lu orang apa tau.

gua tiba tiba perasan jari jemari runcing #eliaawekkhairulfahmi gua macam tembam. oh pembetulan. semakin tembam sebab memang jari2 gua tak pernah kurus walaupun ketulan adipose layer di bahagian tepi punggung gua makin nipis. 

gua sampai solat hajat mintak petunjuk kenapa jari2 gua makin tembam. serius gampang punya tipu.solat5waktu pun gua rongak. 

gua tidur separa nyenyak siang tadi.sebab karen takdak. panas bhai. sengaja nak bagi gua prektis panas2 siket dulu kat dunia. 

gua mimpi belog gua puteh suci takdak conteng canting segala bagai. gampang. mana pergi entry gua yang dikomen aqram tu? entry paling cenonet tu la gua rasa macam entry paling berilmiah dalam sejarah gua.

tiba tiba ada satu tangan bulu balan tarik tangan mulus gua hentak hentak tangan halus gua dekat keyboard Jimmy gua. hentak dia macam lu orang kena paksa tumbok belacan dengan mak lu orang. separa semangat tapi demi melampiaskan amarah lu orang, lu orang kasi ketuk kuat kuat kan?

lepas tu gua lupa apa sambungan mimpi tu. yang gua ingat ada pasal sorang mamat yang gua tengah dalam usaha usha sekarang ni ha.  lmao. bukan mimpi basah basah lembap yaw. gua tak berfantasi sebelum tidur. cuma lupa baca basmalah ja.

rasa cemerlang gila sebab dapat update blog. walaupun gua tak tau apa motif entry ni. biarlah. at least gua tak upload gambar bibir mungil muncung gua yang gua snap berelevesi 30 darjah dari paras atas kepala sekejap tadi.




p/s : nasib baik gua dah tak terlibat dalam arena percintaan. masalah !

Saturday, February 19, 2011

SURAT UNTUK AWEK KELIRU.

HAI AWEK.
BAPAK KAU KAU PANGGIL AYAH.
BUAH HATI KAU KAU PANGGIL PAPA.
TAK KELIRU KAH KAU KAU SEPATUTNYA BERBINTI KAN SIAPA ??


AKU-HANG
GUA-LU


KOOL APA ??

Wednesday, February 16, 2011

SURAT UNTUK AWEK BRUNEI.

HAI KAKAK.
KALAU RASA RAMBUT KAKAK MAHAL.
KEJUNG LURUS SANGAT TAK BOLEH NAK BENGKOK.
WARNA COPPER BURGUNDY RED TU SEMUA ADA.
TAK PAYAH NAK PAKAI TUTUP KEPALA OK ?
TERJULUR KELUAR.
ORANG NAMPAK JUGA.
WALAUPUN ORANG KATA SAYA TAK TAHU HUKUM.
TAPI SAYA TAHU ITU HUKUMNYA SAMA DENGAN HUKUM UNTUK ORANG MACAM SAYA.


OK KAKAK ?


SEKIAN.


PECAH TIN KENA BALING.
SENDIRI MAU INGAT LAH DARLING.

SURAT UNTUK AWAK AWAK.

HAI AWAK. 
JANGAN BUAT BUAT TAK FAHAM BOLEH TAK ?
SAYA SUKA AWAK.


HAI AWAK.
JANGAN NAK SLOW SANGAT BOLEH TAK ?
TAK PAYAH NAK COVER APA APA OK ?
KADANG KADANG SAYA SAKIT DENGAN AWAK. SOMETIMES I'M SICK OF YOU.


HAI AWAK.
DAH ADA PENGGANTI BELUM ?
KALAU DAH ADA BAGUSLAH.
TAPI JANGAN TERLALU SELESA.
NANTI AWAK RASA BIASA.


HAI AWAK.
TAK PAYAH NAK PANDANG SINIS SANGATLAH KAN.
AWAK HEBAT SANGAT KAH ?
HELLO.
MASUK KUBUR SKEMA JAWAPAN KITA SAMA OK.


HAI AWAK.
KENAPALAH MULUT MACAM LONGKANG.
TAHU NAK MENGATA SAJA.
CUBALAH BUAT KALAU AWAK RASA AWAK TAHU.
SERIUS FUCKER LAH AWAK NI KAN.


HAI AWAK.
DALAM MULUT ADA PLATINUM KAH ?
TAK PENAT TUTUP MULUT SAJA ?
MULUT SAYA LENGUH SEBAB TAK BERCAKAP.


HAI AWAK.
JANGAN NAK TOLAK TOLAK PUSH PUSH BOLEH TAK ?
SAYA TAHU KERJA SAYA.
SABARLAH.
KALAU AWAK HEBAT DAN BEST TAK APA LAH.
INI AWAK MACAM HARAM JUGA.


HAI AWAK.
TOLONG HORMAT KERJA ORANG LAIN BOLEH TAK ?
TAHU NAK RASA TAK PUAS HATI SAJA.
BILA BUAT KERJA MENGGELABAH PULA.
PENGHILANG LOSER BETUL LAH AWAK NI.


HAI AWAK.
WALAU APA PUN PANDANGAN DAN IDEOLOGI KITA.
KITA TETAP SAMA OK.
JANGAN PANDANG SAYA MACAM SAYA TAK BERBAJU PULA.
BILA ORANG MACAM SAYA MASUK MUSOLLAH NAK SOLAT BERJEMAAH.
ITU RUKUN ISLAM YANG KEDUA.
AWAK LAGI TAHU KAN ?




HAI AWAK AWAK. 
SAYA SELALU BERSENTUHAN TOUCHING AKHIR AKHIR INI. 
SAYA SENYUM SAYA GELAK TAPI DALAM HATI SAYA AWAK TAHU KAH ?
TAK PERNAH AKAN. 

Saturday, February 12, 2011

sepuluh sebab kenapa.

lepas memuhasabah diri, baru ku sadari sebab musabab gapo eh belog aku ni hah folower dia cenonet secoet je hah.


satu. aku free hair. AKU TAK PAKAI SHAWLS. aku tak jadi ikutan.

dua. walaupun aku free hair, aku tak ada rambut dan muka yang lawa macam HANIS ZALIKHA. tak menangkap mata lelaki.


tiga. belog aku tak ada gambar mulut burung.

 

macam ni lah.


empat. boipren pun tak ada, apatah lagi nak ada boipren pemain bola sepak atau lebih spesifik lagi penjaga gawang atau lebih spesifik lagi penjaga gawang pasukan bola sepak kebangsaan dan kelantan atau lebih spesifik lagi penjaga gawang bernama Khairul Fahmi Che Mat. fuh. aku tak ada.


lima. template kaler kali memang bukan menjadi pilihan aku. apetah lagi nak bagi salju salji ke, pemandangan tasik ke, haiwan peliharaan ke, yuna ke, atau pun SHAWLS lagi sekali. puteh sudehhh.


enam. aku mempunyai kemaluan yang menebal untuk kata "ai folo yu, yu folo ai ok :)" dekat mana mana belog yang aku hinggap. 


tujuh. belog aku tak ada lagu lagu yang boleh lembapkan peloadingan segenap pembaca. aku tak ada. masing masing ada real player/media player/GOM dalam pc/laptop memaseng kan ? pasanglah sendiri. ok dulu aku memang letak lagu tapi lepas tu aku rasa loser.


lapan. aku amat amat jarang sekali nak share setiap segala segenap entry yang aku buat dekat pesbuk mahupun twitter. setakat ini seingat aku baru dua kali. bukan setiap entry. sebab ? aku rasa itu macam instant popularity. popular kah ? sila kuncupkan kedua dua tangan dan letak di bahu dengan diiringi bebola mata ke atas. mulut kalau boleh cebik sikit. hah macam tu.


sembilan. disebabkan aku tak ada boipren, aku tak boleh lah nak update pasal kisah kasih sayang antara aku dan dia dekat setiap entry aku kan. sila take note. setiap entry. dan secara normalnya akan diiringi gambar gambar percutian indah kami. euww kami ? bila masa lah pulak ? senang cerita, bagi aku, ni belog aku. bukan belog boipren aku. i mean bakal. 


sepuluh. belog aku tak best. orang menyampah. shit. motherfather lah lu. 

Friday, February 11, 2011

aaahh, aaahhh. aaahhh.

wah. akhir akhir kelenjar peluh aku aktif betul. baru satu round dance aku dah mandi dah. baru lima minit jalan dah menitik nitik dah. 

kadang kadang rasa tak selesa. bukan sebab bau yaw. aku tak pernah ada bau badan. ingat aku obese ? pelislah.

tapi takpelah. peluh aku peluh sehat.

bukan peluh orang yang selebret Vday tu kan kan y'alls ? kan ? kan ?

LOL.


kasihan. dah lama tak berpeluh/k kan ?

leg-hand.

bila tanya.

"benda ni pun nak tanya ke ? "

bila tak tanya.

"kalau tak tau tanya. jangan nak pandai pandai. "

lupalah. 

sepatutnya tahu.

kakitangan kerajaan memang begitu. 

button "Kami Mesra Pelanggan" mungkin buat kasi rapat kocek koyak.

frame falsafah kerja saja saja gantung ikut petua feng-shui barangkali.

peti aduan pelanggan memenuhi piawai akreditasi cuma mungkin.

haih.

kenapalah macam tu.

kata negara demokrasi. *tak pasal*

oh lupa lah.

stress barangkali.

*tahi kau*



urusan dunia.




Tuesday, February 8, 2011

dah in relationship dah.

akhir akhir ni aku cepat betul mengalah.


mana pergi semangat Vince Akademi Fantasia Satu ? 

Saturday, February 5, 2011

pengepala.

Mana mana belog aku bejalan semua sebok dengan header gempak gempak punya. Tengok header aku. Tak payah bunga bunga pumpang bunga api plup plup tu semua pun senang je orang nak baca nak paham belog aku pasal apa. *JELESSEBENARNYA*

Tapi aku serius respek ah blogger yang genius semart mendesign macam muezangelo ni ha.


 sampai ke sudah aku pikir kenapa nama belog dia macam ni. nak tanya malu. dah lah hensem. *takpasal*. beliau serius rajin gila nak mendesign header untuk ramai belogger yang lain. tapi yang ramainya awek awek. aku kompius sama ada beliau hanya memilih untuk mendesign belog awek awek sahaja atau awek awek yang beriya iya mahukan khidmat beliau kerana sambil menyelam boleh minum air mungkin ??



header yang simple macam enciktikus punya ni ha. 


dengan berprinsip hidup yang simple aku rasa header belog dia lah yang paling simple. dia rasa muka dia macam tikus ke ? rasa macam lotter AF yang ke berapa tu adelah kan. tapi pemilihan Stuart Little yang simple sebagai maskot belog adalah satu pemilihan bijak yang simple kerana Stuart hidup dalam kehidupan manusia yang mewah tapi masih simple.



header yang kiut miut macam hanismanis punya ni ha.



 serius header macam ni tak memerlukan khidmat designer lain cuma memerlukan kekreatipan diri sendiri serta kemahiran yang jitu selain kesabaran yang utuh untuk mem"paint"ing dan mengkaler kaler tanpa perlu mem"browse" mana mana website dan meng"download" mana mana software atau apa jua untuk menjadikan header belog sendiri sechumil ini. HUH. sempot mak nokk.



header yang berpadanan dengan nama belog macam fuadasrimuda punya ni ha.


struktur dan posisi kaki si pemilik mungkin yang teragak kengkang semasa menunggu ketibaan tren mingkin sangat mencerminkan idea asal nama belog ini dicipta. sangat berpadanan dan barpatutan sekali yeh. dinasihatkan agar tidak menukar header picture ini kerana dikhuatiri gambar lain akan menyumbang kepada isu politik pula seperti "KAKI TAK SHAVE", "KAKI TAK SABUN", dan banyak lagi.



header yang gagah macam khairulfarhan punya ni ha.

 
wanita yang kata tak gagah tu maknanya anda bernafsu songsang ya. lihatlah brader berbaju hitam bertocang kuda dan berstokin hijau itu. lihatlah betisnya. sangat mencerminkan kehidupan sehat ya. dan juga peluh yang membasahi dada sasa brader berbaju biru bercekak pinggang itu. sangat menerujakan ya. dan tidak lupa juga kepada manusia yang sedang terbang itu. sekiranya sekarang sudah gemookkk sila fit fit kan badan supaya boleh terbang lagi ya.



hah setakat ni tu je lah aku rasa yang boleh menangkap mata aku.
tak menangkap mata kau?? 
aku peduli apa ?? 
lain mata lain pandang kan ?? 



 

cuak.

Lepas ni aku rasa aku nak tulis sesuatu yang berilmiah. Apa yang aku nampak aku dengar aku rasa aku tau aku trenselet secara berilmiah. Entry kasi padat sikit tapi tak sekontot status pesbuk. Entry mushey terlebih ni mungkin akan jadi entry kasi muntah sawan babi yang terakhir. RASANYA. Tapi, aku cuak takut tak boleh buat entry yang berilmiah. OK aku dah setat rasa tekanan nak menyampaikan sesuatu yang berilmiah. 


ok sebenonye entry ni pasal kebingungan kegusaran kebimbangan aku pasal masa depan aku yang telah dipaksa rela dibentuk untuk menjadi seorang lecturer. aku cuak. 



   berilmiah sangat lah tu heh.

Thursday, February 3, 2011

wiwwitt.

aku suka.
aku juga rasa kau suka.

aku takut nak kata YA.
aku juga rasa kau takut nak kata YA.

kerana apa?
kerana aku pernah merana.
kerana kau juga pernah derita.

cerita kau aku hampir sama.
cuma beza aktif pasifnya.

aku risau dikecewa lagi.
kau bimbang mengecewa lagi.

bukan salah kita.
kalau dah ada rasa.
dia datang tak ada siapa yang paksa.
bukan aku, kau, dia atau mereka.


tapi kalau sampai masa.
kau tiba-tiba meminta.
atau aku yang mengusul cara.
agak-agaklah.
bahagiakah ??





**faiz, maybe I was just not good enough for you. Very much thank you for letting me to feel those sort of feelings. Though it ended sucks but the short life time relationship taught me a lot. The meaning of missing, loving, appreciating, caring, and also hurting. Yes you hurt me but nevermind, I know someone that good enough that suit you enough, that understand you enough, that love you enough is waiting for you somewhere, someday. and so do I. Terima kasih kerana buat saya takut untuk bercinta. Terima kasih. **









***akujatuhcintatapitakutuntukbercinta***

Thursday, January 27, 2011

perasan/perasaan.

Satu. Sila baca in sense of metaphore. Kenapa setiap kali aku masuk dalam jamban aku kena flush taik orang ? Kenapa ??

Dua. Ada ke orang profesional nak gebang gebang dia tu profesional ?? Kalau kau profesional kau tahu handle all sorts of feelings in any circumstances right ??

Tiga. Serius aku rasa mamat sorang tu memang sabi gila. Aku tak habis habis cakap kau tu perangai macam syaitan. Kalau tak suka cakap tak suka weh. Aku pun tak payah kejar-kejarkan kau dulu. Memang macam haram lah kau kan.

Empat. Kawan suka kau boleh dapat merata-rata. Tapi kawan sedu sedan tak semestinya boleh selalu ada nak tepuk tepuk bahu gonyoh gonyoh kepala kau bila kau dah lost control dan lost macho. Tak ramai.

Lima. Aku rasa aku dah jumpa life aku. Terkinja kinja ke hulu ke hilir tu memang life aku. Oi sengal. Bukan menggedik lah syial. Tapi menari. Serius high kalau menari even menari boria je pon. =.='

Enam. Satu pergi ramai mari. Memang aku puas hati. Kau pun kan ?? ^..^

Friday, January 21, 2011

fuhh !!

Entry ini dibuat setelah menjelesi entry Kak Dah .

Hidup aku terumbang ambing gantung tak bertali bercerai mati disebabkan ini.
Kaki aku berjalan tak cukup tanah tapi sempat terpijak najis kucing disebabkan ini.
Nafas aku tarik tak cukup oksigen terlebih ammonia disebabkan ini.
Tidur aku mengigau singa bergaduh buaya disebabkan ini.
Duit aku mengalir keluar derasss punya sedar sedar dah tinggal 5posen disebabkan ini.
Bilik aku bau kain kepam simpan stok seminggu punya disebabkan ini.
Mak aku kecik hati sebab rindu tak berbalas panggilan disebabkan ini.

 
 FESTIVAL KAJAI 2011
21-23 JANUARI 2011
9.00 PAGI - 11.00 MALAM
DATARAN PANGGUNG SENI UKM BANGI

saje bagi efek beso. bagi kau terjojol mata menengoknye.


GERAI DAN PAMERAN
>> Ada dua. Pameran dan Demonstrasi JPA3 *google sendiri kalau benyai sangat tak tau mende ape* dengan Pameran Kebudayaan Kajai. Pameran JPA3 tu aku tak ambik port sangat memula sebab bukan aku yang handle tapi sebab aku terminat Najib brader yang handle tu, aku terambik port yang demonstrasi menyelamat ke hape yang dia nak buat tu akan buat masa hari Sabtu pukul satu tengah hari bukan malam kalau malam kau nampak demonstrasi memanggil hantu syaitonn yang bergelandangan disitu. Pameran Kebud ada pameran busana tradisi, karikatur dari brader bluepipestudio dengan permainan menguji minda. kalau nak tau kau ni lembab skala berapa, sila datang ke pameran tersebut ok. 



SUKAN RAKYAT
>> Ada banyak. Dam Aji Gergasi. Gergasi spisis ape aku tak pasti. Yang penting bukan kuku besi. Congkak ada tapi tak gergasi cuma jangan pandang belakang dia je nanti kau jadi zombie. Batu seremban ada di bawa khas dari negeri sembilan. Baling selipar sesuai masuk bersama musuh terketat supaya dapat membalas dendam dengan cara terhalus dengan membaling selipar paling tinggi pressure supaya tersontot beliau. Galah panjang tidak membenarkan orang orang kurang panjang untuk menyertai demi mengelakkan kalah malu. Cuma main tiang je tak ada. 


SUARA SENSASI :
>> Demi menyenangkan tugas juri, hanya manusia yang mempunyai suara yang sensasi sahaja digalakkan menyertai. Suara spisis spisis Dafi nyanyi sahaja di kamar mandi. Oh ya, juara suara sensasi akan membuat persembahan semasa malam penutup festival ini. Malam itu mungkin ada Ajai, M. Nasir, Adibah Noor dan sebagainya yang sedang duduk berehat rehat bersama insan tersayang di rumah yang secara tiba2 mendapat panggilan, "Eh, gua jumpa bakat baru dekat UKM. Lu nak sign dia tak?" Jadi jangan lepaskan peluang lu boleh jadi artis bhaii.



BANYAK LAGI AKU DAH TAK LARAT NAK TULIS LAGI SEBAB DAH PUKUL 7 PAGI NI HAH DAN KALI TERAKHIR AKU TIDUR ADALAH DUA BELAS JAM YANG LEPAS. PRINCESS MACAM AKU KENA JAGA ASET MATA YANG BERHARGA KALAU DAH MACAM PANDA LARILAH PEMINAT AKU SEMUA. SENANG CERITA,
HANG PA DATANG LAH BERBONDONG BONDONG KE FESTIVAL INI KALAU NAK TAU BETAPA FESTIVALNYA IA OK.



eh eh eh ehhhh lupa nak cakappp !!!!

Crew2 MyTV3 dan Roverz akan berada di UKM Bangi sempena Festival Kajai (MEFeK) pada hari Sabtu dan Ahad ini (22-23 Januari) dr jam 10.00pg-5.00ptg. Juga temui Adeline Tsen & Irma Hasmie di sana. MyTV3 juga akan mengadakan shooting untuk segmen MyTV3RoverzChallenge & Kasi Teka Skettt. Jadi, yang belum mendaftar sebagai ahli MyTV3, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar sebagai ahli MyTV3 di sana !!!

Akhir sekali,

 
 
Macam yang korang baca, ini adalah untuk malam penutup. Jangan tanya, eh sapew tue?? Datang kalau nak tau ok ??


pssstt : Selalunya malam last ni ada sale secara berlebihan. Jadi, wanita wanita $_$ berlilit lilitan sekalian, rebutlah peluang untuk menambah koleksi shawls anda sekaranggg !!!


p/s : ada artis baru yang terbaik punya masa malam sabtu. nantikan kemunculan beliau ke arena seni suara. semestinya suara beliau sangat sensasi. 

 

Friday, January 14, 2011

perempuan.akhir.zaman.

Munah : Kau ingat kau sembahyang doa doa tu semua Tuhan nak kabulkan ke kalau kau togel macam tu ??

Minah : Besar mandat kau nak tau Tuhan kabulkan ke tak doa aku?? Dari kau tu terbelit sana berguli sini tapi sembahyang doa doa tu pon rongak kau tak nak cerita pulak kan??

Munah : At least aku tutup. Dari kau ??

Minah : Kau memang tutup 'at-the-least' pon ok. Serabai.


**tiadakenamengenabersangkutpautdenganmanamanapihakdansesungguhnyabukanuntukmencaripublisitisekadarbelajarmenjadisarkastikmacamadasorangbradertusebabmacambestjeok


_____________________________________________________________________________

Tikar Merah Anugerah Juara Lagu Itu. 


Yang aku rasa awesome#1 :


Marsha Londoh. Tak payah bulu kilat barat bagai kalau dah chun kau chun jugak ok sekarang aku jeles dengan kau. Ciss.


Yang aku rasa awesome#2 : 

Fauziah Gauze Ghous. Kasut dia inspirasi malam dinner. Hihihi.


Yang aku rasa awesome#3 : 

Irma Hasmie. Pernah ke kau serabai ?? Pernah ke??


Yang aku rasa disaster#1 : 


*SAPEKAH KAU??* Lelaki dan shoulder pad Rihanna adalah satu kelakuan jenayah fesyen. Ini mesti baru balek dari tengok Tron. Silau mata tak hilang hilang.


Yang aku rasa disaster#2 : 


Konfius. Semakin disaster. *Err tough nye akak spek ni*


Yang aku rasa disaster#3 :


Ifa Raziah. Cantiklah tu eh ??
Mata aku cekap : 



 Datuk Siti sedang berusaha menutup kelebihan yang ada. Syabas Syabas. *KELIK KAT SITU KALAU RABUN AYAM TAK NAMPAK TAK PAHAM PAHAM*



*pictures were taken from beautifulnara


Sunday, January 9, 2011

burit ?

Hai kawan kawan sekalian apekah khabar anda sekalian diharapkan anda sekalian sehat sehat sahaja disamping keluarga anda sekalian dan tidak lupa juga semoga anda sekalian berbahagia di samping kapel kapel anda sekalian yang sangat mengasihi anda sekalian tak macam saya dulu ada pakwe tetapi sangat tak mengasihi saya oh kesian.


Sebetulnya terlalu banyak idea idea saya yang mencurah ke lurah ladang saya untuk menaip naip di dalam MamaliaPendekCakap ini walaupon sekadar beberapa coet sahaja yang akan membacanya akan tetapi saya tidak begitu kesah sebab saya pun tidak membaca belog orang sangat melainkan yang saya senaraikan di sebelah kanan ini >>>>> dan kalau anda sekalian juga berminat dengan mereka belog mereka itu bolehlah melakukan aktiviti yang sehat jasmani rohani iaitu melakukan perjalanan di belog.


Oleh sebab saya terrrrrsangat *sila getarkan lidah anda sekalian ke langit langit mulot anda sekalian ha begitu ya anda sekalian* cebok eh salah sebok dewasa ini makanya saya amatlah jarang untuk menaip naip tulisan baru kerana menaip naip untuk Majlis Eksekutif Festival Kajai 2011 (MEFeK) adalah perkara yang paaaaaaling *sila ngangakan mulot anda sekalian dalam kiraan tiga hah begitu bijak juga anda sekalian ini* diberi keperdanaan dalam saat saat kritikal ini ya anda sekalian.


Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, aktiviti melakukan perjalanan di belog merupakan salah satu aktiviti yang menjadi habitat eh salah habit saya dewasa ini kerana idea idea belogger belogger lama yang sudah otai otai dan berkarisma lagi berkaliber itu sedikit sebanyak menyumbang idea beras eh salah bernas kepada saya untuk menghasilkan tulisan tulisan untuk tatapan anda sekalian juga di samping menzahirkan isi hati saya yang tersirat di dalam lubuk hati yang paling dalam.

Setelah puas melakukan repekan di atas, sekarang saya nyatakan tujuan sebenar saya menulis tulisan ini di samping menolong anda sekalian melakukan latihan meregangkan otot pipi supaya bergetar getar kerana mengikut nasihat Kevin Zahri seorang yang saya tidak kenali sangat, meregangkan otot pipi mampu memberikan impak keputihan kepada gigi anda sekalian ya jadi sila bersedia untuk meregangkan pipi anda sekalian kalau tidak gigi anda kuning kuning eh ada lada terselit dekat gigi rabbit you tu lah.

Baiklah, saya telah melakukan aktiviti perjalanan belog di parlimen ini dan setelah saya amati dan teliti saya dapati beliau sedang mempunyai masalah besar punya iaitu tidak mengetahui apakah itu BURIT dan saya rasa saya juga hampir samar samar mengenai status sebenar BURIT itu dalam Kamus Bergambar milik saya ini kerana saya tidak menjumpai apa apa gambaran yang tepat dan strategik lagi jitu untuk saya lebih memahami apakah itu BURIT ya anda sekalian.


Sebenarnya saya tahu tapi saya sekadar mahu berlagak suci di situ.


Selepas berpenat lelah fuh fuh fuh semput mengah tersedu sedu dan sebagainya, sambil mengesat tangisan gembira di tubir mata dan juga menolak nolak pipi kiri kanan yang penuh berlemak dan sedap untuk dipicit dan dicubit menggunakan lidah yang kental ini  saya bertanyakan kepada Kak Dah (KD) dengan soalan yang berbunyi seperti ini :


MPC : Beb kau tahu tak apa tu burit ?? Bertanya sambil sengih sengih ala ala lesbian.
KD : Burit ?? Tu benda yang untuk ukur ukur tu kan ?? Penuh yakin dan saksama memberi jawapan.
MPC : Hah ?? Rasa tidak percaya telah membuntangkan biji mata besar punya.
KD : Yelah tu burette kan ?? Penuh yakin dan saksama sekali lagi tanpa rasa bersalah.
MPCMenangis kegembiraan lagi sekali. Rasa terfaktab dengan soalan sendiri.





Baiklah besar kemungkinan inilah BURIT yang dicari cari ya anda sekalian.


p/s : Mungkin ini tidak mampu untuk merengangkan pipi mungil anda sekalian oleh yang demikian jika mahu lagi regang regangan sila cari insiatif anda sendiri kerana yang ini sudah cukup bagi saya ya anda sekalian.
Terima kasih ya Kak Dah kerana selalu membantu mengempiskan pipi gemuk saya.

Friday, January 7, 2011

hmm.


we need a break Kak Non.

p/s : kalau cik Manis berkesudian nak menjoin pon ape salahnye.

:)
ah kusutlah.

ekzosted.


aku dah macam ni dah sekarang.
kadang2 rambut tak sikat.
sebab guna jari pon bole.
kepala lutut aku dah asek pikir MEFeK je ni.
apekebendenyetuuuuuhhh??
esok lusa aku rasa dah takde kerja aku cherita.
sekarang nih banyak benda.
yang jadik.
aku kusut dah.
hati aku dupdapdupdap dah.
dagdigdug pon ye.
otak aku dah meronta ronta mintak waktu untuk berpeleseran.
aku penat.
tu je.

Tuesday, January 4, 2011

ehem.

kau suka buat ni ?
pukul orang.
tak pasal pasal kau pukul orang.
orang tak bersalah.
sebab kau rasa kau kuat.
kau ada kuasa.
kuasa pinjaman ultraman mungkin.
lasernya dekat mulut kau.
bodoh.
kuasa tu kau pinjam je la.

kau selalu macam ni ?


sembunyikan tangan.
bila orang susah datang mintak barang sebutir dua beras kau.
kau kata,
"tak ada."
sedangkan kau kemam nasik sampai nak basi.
dalam mulut longkang kau.
sebab kau takut.
takut harta kau habis.
bodoh.
tu kau pinjam je la. 

kau  pernah buat ni ?


memekik dekat mak kau.
tak puas hati dekat dia?
mintak balik duit rm2 kau yang dia guna buat beli benang.
jahit seluar terkoyak kelengkang kau.
kau nak tak?
kalau mak kau list kan.
hutang kau dari kau kecik macam anak tekak kau yang memekik tu.
sampai kau besar macam decible kau memekik tu?
nak?
bodoh.
mak kau pun kau pinjam sebenarnya.

kau tahu akibatnya ?


  kau mati nanti tak ada sape nak ziarah kubur kau.
kau mati nanti tak ada sape bersihkan kubur kau.
kau mati nanti tak ada sape nak ingat kau.

takut tak kalau tak ada orang nak bacakan Yaasin sedekah Al-Fatihah pada kau?
takut tak masa nak jawab soalan periksa kat dalam tu?

baru terfikir nak mintak maaf kat orang yang kau balun ye?
baru terfikir nak bagi berkampit kampit beras pada orang susah ye?
baru terfikir nak peluk cium mintak ampun kat mak kau ye?



DAH TERLAMBAT DAH.