entry ini untuk bercerita mengenai lelaki lelaki muda trang tang tang yang sangat sangat alim dan budiman dan tawaduk dan zuhud dan mencaiiiiirrkan hati wanita wanita mencari cahaya seperti saya ni.
seperti ini >>>>>>>>
IMAM MUDA ASYRAF. kenapa dah kawin?kenapa? melepas saya =.=' |
haish haish. mula mula aku tak berapa setuju dengan rancangan Imam Muda dekat Astro tu. seperti yang semua sedia maklum Astro sangat suka bagi program2 mengarut lagi melalaikan tapi nak tengok jugak dewasa ini. Marilah Marilah Menari tu aku tak tau ape motif mereka. akan datang ada Kau&Aku siri baru oh oh akanku haramkan remote control biru itu dipicit ke arah 104.
ukeh pasal imam muda nih. aku tengok episod pertama dengan episod last je. aku memng jaki gila gila tahap gaban dengan rancangan realiti TV tak kira apa pun. ouh sangat stereotaip di situ. tapi One In A Million yang ada Faizal Tahir dulu mendapat pengecualian. rasa nak jerit jerit bukak baju tunjuk 'S' di dada. bole tak? okeh tegak ke titik straight to the point sebelum ni aku memang agak ketinggalan pasal isu semasa sebab keparanoidan aku pada surat khabar dengan alasan surat khabar banyak kerenah birokrasi mengampu kerajaan, penuh pembunuhan, perogolan, perculikan yang sangat auta. hanya berita sukan mempamer fakta. tapi sekarang tak lagi.ok melalut lagi. terus ke titik.
bila dah abes dah Imam Muda tu aku usha usha cerita arab kat Oasis denagn harapan dapat mencuci mata dengat makhluk2 berhidung tajam mematuk. kejap lagi, ouh Asyraf dah ada rancangan sendiri dah rupenye. ape tah nama dia tapi aku tak fokus cuma fokus pada Ustaz Asyraf saja. ouh aku macam tak percaya boleh dengar nama ustaz yang moden seperti Ustaz Asyraf. selama ni terutamanya dekat felda nama ustaz yang aku bole dengar dan hampir bosan. dari kecik bebi sampai dah boleh nikah ni adalah Ustaz "ustad" Mat Din, Ustaz Nordin, Ustaz Zuraini dan mereka adalah legasi legasi terdahulu yang patotnye dah ada pelapis baru untuk jawatan bilal, imam dekat masjid Al-Falah tu. barulah ramai budak2 muda nak pergi masjid kan? takdelah lepak tepi tangga masjid ngurat
para peserta. tangan mesti tunjuk tunjuk ke? haish. |
sebenarnya apa yang aku nak cakap mula mula tadi adalah layak tak perempuan macam
ada satu scene masa kekaseh lama tengah dalam proses pengushaan semula, dia cakap :
"dah berapa banyak lelaki awak kecewakan? awak tinggalkan? awak nak lelaki macam mana lagi? tak cukup ke saya ni?"
aku tarik nafas dalam dalam hirup angen danga bay campur tengik singapore. dalam hati aku mencarut jugak dekat laki ni. tapi aku menten kekoolan aku. sekali nafas aku jawab :
"saya mencari lelaki yang boleh jadi imam solat saya sampai akhir masa."
aku macam geli dengan ayat buku aku tu tapi aku betul2 maksudkan benda tu. rasa bangga sebab dapat buat beliau tertelan anak tekak. asyik nak kondem aku je kau tu hebat sangat?
oh memang perempuan yang baik untuk lelaki yang baik sahaja. nanges kejap. sobs. |
p/s : tiada lagi gua-lu selepas ini. aku rasa tak
sadaqallahul 'azim. wassalam.
No comments:
Post a Comment