Wednesday, November 24, 2010

ENTRY PALING PANJANG DALAM SEJARAH PERADABAN SENDIRI

Di suatu senja semusim yang lalu, sedang aku bersama seorang kenalan bermain pondok pondok, beliau lantas bertanyakan benda ini kepada aku,

Kau ni kan, senang betul dapat pakwe kan? Apa rahsia ekk?” beliau bertanya sambil tangan menggilis-gilis daun bunga morning glory yang dipetikcuri dari laman rumah mak midah seperti menggilis puri lada saja lagaknya.

Jawapan aku telah dialu-alukan dengan sedikit carutan manja terhadap beliau. Sesungguhnya walau bertahun beliau membesar bersama, mandi bersama, makan bersama, tidur bersama, poo-poo bersama aku, beliau masih lagi kuraaaang memahami prinsipal hidup aku mengenai lelaki. Ya, setakat ini, mengikut perangkaan sebanyak tujuh insan maskulin telah jatuh ke tangan aku. Hahahaha. Gelak angkuh di situ. Kepala hotakk anda.

Cinta pertama aku bermula seawal usia 12. Kepala hotakk anda untuk mengatakan itu cinta. Masing- masing baru melepasi fasa mumayiz dan belum baligh lagi. Tapi sudah pandai bermain cinta. Biarlah, kanak-kanak. Kepala hotakk anda lagi sekali. Cinta itu bertahan selama...tak berapa lama sebenarnya. Sekejap ada dan sekejap tiada. Nama pun kanak-kanak. Beliau bernama Kamarul. Muka persis Nicky Westlife sememangnya memenuhi cita rasa kebaratan aku yang mahukan lelaki berbatang hidung tinggi. Ouh beliau handsome? Ya, sangat sangat untuk seorang kanak-kanak. Sekarang ini? Lagi lah. Akan tetapi cinta pasang surut itu betul- betul menemui kegagalan kerana aku yang meminta pelepasan. Ouh, tragis. Tak berapa sangatla. Alasannya, beliau tidak boleh berbahasa inggeris walaupun muka mat saleh sangat sangat melelehkan liur. Kedengaran sangat konkrit bukan?

Cinta kedua di usia 15 bersama lelaki berkacukan cina. Sesungguhnya nafsu terhadap lelaki true malay blood masih belum wujud ketika itu. Beliau bernama Amirul. Cinta ini sekadar suka-suka. Bagi aku bukan bagi dia rasanya. Mengikut sejarah yang aku reka, beliau yang mungkin menyukai aku dan aku layankan saja. Sesungguhnya trend berLEPAK (sila baca terbalik) adalah sangat in ketika itu. Dan aku tak mahu dikatakan out-of-date. Kepala hotakk anda. Tiada dating-datingan, hanya saling memandang dari hujung kelas ke hujung kelas kerana kami sekelas. Cinta ini bertahan selama 3 bulan dan berkesinambungan dengan cinta berikutnya.

Cinta ketiga di usia 15 juga. Kali ini hati aku terbuka untuk menerima lelaki melayu atau lebih tepat lagi dipanggil jawa. Beliau bernama Johari. Sangat romeo, muka seperti Yusry KRU oooh laa laa dan bercinta dengannya rasa seperti menjadi Maya Karin dalam filem Mr. Cinderella 2. Sila percaya. Perhubungan ini tidak direstui oleh rakan-rakan kerana beliau sangat playboayaa dan sedang berkasih-kasihan bersama teman baik aku juga ketika itu. Tapi aku peduli apa. Hahaha. Cinta ini menjadi cinta rahasia selama beberapa bulan sebelum dikantoikan oleh penceramah motivasi untuk kem bina semangat pelajar PMR. Ouh malu malu bila di'kahwin'kan di khalayak ramai. Rasa nak mencarik-carik diri sendiri sehingga tinggal cebisan dan terbang lalalalala di tiup angen La Nina. Hiperbola di situ. Ouh Amirul sangat berduka cita kerana Johari adalah sahabat baiknya dan tidak menyangka akan di tikambelakang sedemikian rupa. Akan tetapi, cinta ini berakhir juga dengan alasan beliau sangat sangat sangat sangat sangat kuasa 18 KONTROL. Kontrol macho, juga kontrol aku. Ouh rimas rimas. Hahaha macam bodoh bila aku dan kawan-kawan pempuanku yang lain terjerit-jerit nyanyi lagu Fabulous Cats ini di dalam kelas yang ditujukan khas untuk beliau. Akibatnya, haambek aku lelasan rotan Ustaz Sam yang besawww itu di telapak tangan (al-Fatihah untuk ustaz).

Cinta keempat di usia 16 terjadi secara tak sengaja. Kenapa tak sengaja? Kerana aku tak sengaja termain cinta dengan bekas kekasih kawan baik aku sendiri. Beliau bernama Amirul juga. Cinta ini bertahan selama 2minggu sahaja kerana aku tak sanggup nak mengkhianati kawan baik aku sendiri. Ouh kedengaran sungguh mulia di situ tapi sebelum buat tak mahu fikir dahulu. Mari mengetuk kepala saya beramai-ramai. Alasan lain adalah aku tidak tahan bila diasak dengan soalan, “elly cintakan am tak??” eh eh apew tew cintew? Gua minah rempit tak maen lew nak jiwew jiwew new. Aku rasa geli yang teramat amat. Sesungguhnya aku tiada perasaan cinta ketika itu, cuma rasa suka sahaja. Jangan kau nak eksen suci mengatakan kau tidak. Ok, akibat daripada kejadian ini, hampir 2 tahun juga aku tidak bertegur sapa dengan rakanku itu. Tapi syukrann sekarang masing-masing sudah mau mengambil yang jernih. Ehem.

Cinta kelima diusia 17. aku bercinta dengan anak warden asrama. Hahahaha. Ada bran nak kapel dengan anak warden? Aku ada. Hahahaha. Angkuh di situ. Kepala hotak anda. Ketika ini aku mula merasa sesuatu. Cinta kah itu? Aku tak mahu melayan perasaan itu kerana aku rasa tak kool. Aku kelihatan otai ketika itu dan bermain perasaan akan merosakkan kreadibiliti aku. Ehem. Beliau sangat sangat caring ouh aku suka lelaki separa romantik seperti ini. Suara garau garau untuk kejut aku bangun subuh seperti ini, “THIS PART WAS REMOVED.” sesungguhnya akan terus membuntangkan bijik mata aku yang sepet sepet malu ini. Akan tetapi cinta rahasia antara dua darjat ini berkesudahan dengan aku beralasan, “THIS PART WAS REMOVED” Kelihatan muka tidak puas hati di situ tapi aku boleh nampak muka puas hati ibu beliau. Namun tidak sehebat kepuasan melihat keputusan SPM aku yang hampir membanggakan. Ehem.  Tapi tak mengapa, kami masih berkawan sehingga kini. Dan beliau masih melayan aku seperti dulu cuma mungkin masing-masing sudah kurang berperasaan.

Cinta keenam sejurus selepas aku menamatkan cinta aku di atas. Ya, cinta untuk aku memang akan datang dengan segera. Beliau bernama Syahir. Eh yang sebelum ini tak bagi nama ya? Tak apa, rahasia. Mula sebagai suka-suka dan tiada perasaan dan hanya ingin melayan-layan mengada-ngada mula menjadi serius. Beliau lelaki biasa. Tapi masih lagi mengikut landasan kriteria aku, mesti berbatang hidung tinggi. Ya, beliau juga handsome bermuka seperti Sam Bunkface. Sebijik gila. Banyak perkara yang kami lalui bersama tetapi lama kelamaan aku mendapati ada yang kurang disini. Aku rasa seperti tidak menjadi diri aku bila bersama beliau. Kami kurang berbalah kerana aku selalu atau lebih tepat lagi terpaksa bersetuju dengan beliau. Kami tiada perbincangan secara berinformasi kerana beliau tidak ke arah itu. Apa yang beliau mahu bualkan adalah mengenai kami dan kami dan kami dan kami dan kami sekali lagi. Ituuuuuuuuuuuuu saja. Ini bukan aku. Namun aku tak mahu mengecewakan beliau, aku ketepikan rasa aku dan aku terus ikut saja cara beliau. Tapi aku juga punya hati. Untuk dihargai dan dihormati. Diam aku telah disalahgunakan. Beliau menyangka mendapat kuasa veto di situ. Kepala hotakk beliau. Aku bukan bini beliau untuk mengikut kata sedemikian rupa. Akhirnya aku menguatkan tekad dan azam semangat 1Malaysia untuk berkata selamat tinggal. Dan tak semena mena aku merasa bebas sebebas bebasnyaaaaa... whoaaaa... suka suka.

Cinta ketujuh aku, aku tak mahu kata apa-apa mengenai ini. Kerana aku mahu simpan sendiri di dalam kotak hati. Mungkin sampai bila bila. Apa yang aku boleh kata adalah, ini yang aku mahu dari mula. Itu saja. 

Baiklah, berbalik kepada perenggan kedua. Aku senang mendapat cinta kah? Iyakah? Orang lain mungkin melihat begitu tapi tidak aku yang merasa. Aku juga tahu memilih mereka. Apakah kriterianya? Jeng jeng jeng..


Sifat apa? Biar rahasia. Aku yang mahu, jadi aku yang akan menilai.

Bila direnung dan selamat beramal, aku rasa aku macam kekurangan perhatian lelaki natijah daripada sifat2 bapak dan abang2 aku. Tiada lelaki yang boleh membuat aku rasa protected and secured. Salahkan mereka. Dan juga keharmonian keluarga yang timbul tenggelam serta istilah HOME SWEET HOME yang samar-samar di pandangan aku membuatkan aku rasa kurangnya bahagia. Senang cerita tiada tempat bermanja dan mengadu domba. Ouh sangat mengada-ngada ya. Walaubagaimanapun, perkara ini telah membuatkan aku seorang yang independent dan berhati waja. Ecececeh. Namun semua itu tak seharusnya menjadi alasan kan? Hidup perlu diteruskan dengan girl power!

KAMI TIGA BERADIK WANITA SUDAH MENJADI SEPERTI INI. AKU COP YANG DI TENGAH. NAMPAK SEPERTI BERKARISMA BUKAN?

4 comments:

  1. apsal haa pakwe kau kan weyh muka sume gempak2?haha..pandai cari ni.kencang!! =)

    ReplyDelete
  2. encik farah, orang tak cantik pasangannye mustilah yang cantik cantik tak gitu??hahaha..
    jadi orang cantik macam kau kena redha kalau dapat yang kurang kencang.hahahahaha

    ReplyDelete
  3. roy..ngek la ko..aku bru twu kot..pndai ko smpn kn :)

    ReplyDelete
  4. non, ape? ape yang aku simpan???hahahahaha

    ReplyDelete