Wednesday, November 24, 2010

ENTRY PALING PANJANG DALAM SEJARAH PERADABAN SENDIRI

Di suatu senja semusim yang lalu, sedang aku bersama seorang kenalan bermain pondok pondok, beliau lantas bertanyakan benda ini kepada aku,

Kau ni kan, senang betul dapat pakwe kan? Apa rahsia ekk?” beliau bertanya sambil tangan menggilis-gilis daun bunga morning glory yang dipetikcuri dari laman rumah mak midah seperti menggilis puri lada saja lagaknya.

Jawapan aku telah dialu-alukan dengan sedikit carutan manja terhadap beliau. Sesungguhnya walau bertahun beliau membesar bersama, mandi bersama, makan bersama, tidur bersama, poo-poo bersama aku, beliau masih lagi kuraaaang memahami prinsipal hidup aku mengenai lelaki. Ya, setakat ini, mengikut perangkaan sebanyak tujuh insan maskulin telah jatuh ke tangan aku. Hahahaha. Gelak angkuh di situ. Kepala hotakk anda.

Cinta pertama aku bermula seawal usia 12. Kepala hotakk anda untuk mengatakan itu cinta. Masing- masing baru melepasi fasa mumayiz dan belum baligh lagi. Tapi sudah pandai bermain cinta. Biarlah, kanak-kanak. Kepala hotakk anda lagi sekali. Cinta itu bertahan selama...tak berapa lama sebenarnya. Sekejap ada dan sekejap tiada. Nama pun kanak-kanak. Beliau bernama Kamarul. Muka persis Nicky Westlife sememangnya memenuhi cita rasa kebaratan aku yang mahukan lelaki berbatang hidung tinggi. Ouh beliau handsome? Ya, sangat sangat untuk seorang kanak-kanak. Sekarang ini? Lagi lah. Akan tetapi cinta pasang surut itu betul- betul menemui kegagalan kerana aku yang meminta pelepasan. Ouh, tragis. Tak berapa sangatla. Alasannya, beliau tidak boleh berbahasa inggeris walaupun muka mat saleh sangat sangat melelehkan liur. Kedengaran sangat konkrit bukan?

Cinta kedua di usia 15 bersama lelaki berkacukan cina. Sesungguhnya nafsu terhadap lelaki true malay blood masih belum wujud ketika itu. Beliau bernama Amirul. Cinta ini sekadar suka-suka. Bagi aku bukan bagi dia rasanya. Mengikut sejarah yang aku reka, beliau yang mungkin menyukai aku dan aku layankan saja. Sesungguhnya trend berLEPAK (sila baca terbalik) adalah sangat in ketika itu. Dan aku tak mahu dikatakan out-of-date. Kepala hotakk anda. Tiada dating-datingan, hanya saling memandang dari hujung kelas ke hujung kelas kerana kami sekelas. Cinta ini bertahan selama 3 bulan dan berkesinambungan dengan cinta berikutnya.

Cinta ketiga di usia 15 juga. Kali ini hati aku terbuka untuk menerima lelaki melayu atau lebih tepat lagi dipanggil jawa. Beliau bernama Johari. Sangat romeo, muka seperti Yusry KRU oooh laa laa dan bercinta dengannya rasa seperti menjadi Maya Karin dalam filem Mr. Cinderella 2. Sila percaya. Perhubungan ini tidak direstui oleh rakan-rakan kerana beliau sangat playboayaa dan sedang berkasih-kasihan bersama teman baik aku juga ketika itu. Tapi aku peduli apa. Hahaha. Cinta ini menjadi cinta rahasia selama beberapa bulan sebelum dikantoikan oleh penceramah motivasi untuk kem bina semangat pelajar PMR. Ouh malu malu bila di'kahwin'kan di khalayak ramai. Rasa nak mencarik-carik diri sendiri sehingga tinggal cebisan dan terbang lalalalala di tiup angen La Nina. Hiperbola di situ. Ouh Amirul sangat berduka cita kerana Johari adalah sahabat baiknya dan tidak menyangka akan di tikambelakang sedemikian rupa. Akan tetapi, cinta ini berakhir juga dengan alasan beliau sangat sangat sangat sangat sangat kuasa 18 KONTROL. Kontrol macho, juga kontrol aku. Ouh rimas rimas. Hahaha macam bodoh bila aku dan kawan-kawan pempuanku yang lain terjerit-jerit nyanyi lagu Fabulous Cats ini di dalam kelas yang ditujukan khas untuk beliau. Akibatnya, haambek aku lelasan rotan Ustaz Sam yang besawww itu di telapak tangan (al-Fatihah untuk ustaz).

Cinta keempat di usia 16 terjadi secara tak sengaja. Kenapa tak sengaja? Kerana aku tak sengaja termain cinta dengan bekas kekasih kawan baik aku sendiri. Beliau bernama Amirul juga. Cinta ini bertahan selama 2minggu sahaja kerana aku tak sanggup nak mengkhianati kawan baik aku sendiri. Ouh kedengaran sungguh mulia di situ tapi sebelum buat tak mahu fikir dahulu. Mari mengetuk kepala saya beramai-ramai. Alasan lain adalah aku tidak tahan bila diasak dengan soalan, “elly cintakan am tak??” eh eh apew tew cintew? Gua minah rempit tak maen lew nak jiwew jiwew new. Aku rasa geli yang teramat amat. Sesungguhnya aku tiada perasaan cinta ketika itu, cuma rasa suka sahaja. Jangan kau nak eksen suci mengatakan kau tidak. Ok, akibat daripada kejadian ini, hampir 2 tahun juga aku tidak bertegur sapa dengan rakanku itu. Tapi syukrann sekarang masing-masing sudah mau mengambil yang jernih. Ehem.

Cinta kelima diusia 17. aku bercinta dengan anak warden asrama. Hahahaha. Ada bran nak kapel dengan anak warden? Aku ada. Hahahaha. Angkuh di situ. Kepala hotak anda. Ketika ini aku mula merasa sesuatu. Cinta kah itu? Aku tak mahu melayan perasaan itu kerana aku rasa tak kool. Aku kelihatan otai ketika itu dan bermain perasaan akan merosakkan kreadibiliti aku. Ehem. Beliau sangat sangat caring ouh aku suka lelaki separa romantik seperti ini. Suara garau garau untuk kejut aku bangun subuh seperti ini, “THIS PART WAS REMOVED.” sesungguhnya akan terus membuntangkan bijik mata aku yang sepet sepet malu ini. Akan tetapi cinta rahasia antara dua darjat ini berkesudahan dengan aku beralasan, “THIS PART WAS REMOVED” Kelihatan muka tidak puas hati di situ tapi aku boleh nampak muka puas hati ibu beliau. Namun tidak sehebat kepuasan melihat keputusan SPM aku yang hampir membanggakan. Ehem.  Tapi tak mengapa, kami masih berkawan sehingga kini. Dan beliau masih melayan aku seperti dulu cuma mungkin masing-masing sudah kurang berperasaan.

Cinta keenam sejurus selepas aku menamatkan cinta aku di atas. Ya, cinta untuk aku memang akan datang dengan segera. Beliau bernama Syahir. Eh yang sebelum ini tak bagi nama ya? Tak apa, rahasia. Mula sebagai suka-suka dan tiada perasaan dan hanya ingin melayan-layan mengada-ngada mula menjadi serius. Beliau lelaki biasa. Tapi masih lagi mengikut landasan kriteria aku, mesti berbatang hidung tinggi. Ya, beliau juga handsome bermuka seperti Sam Bunkface. Sebijik gila. Banyak perkara yang kami lalui bersama tetapi lama kelamaan aku mendapati ada yang kurang disini. Aku rasa seperti tidak menjadi diri aku bila bersama beliau. Kami kurang berbalah kerana aku selalu atau lebih tepat lagi terpaksa bersetuju dengan beliau. Kami tiada perbincangan secara berinformasi kerana beliau tidak ke arah itu. Apa yang beliau mahu bualkan adalah mengenai kami dan kami dan kami dan kami dan kami sekali lagi. Ituuuuuuuuuuuuu saja. Ini bukan aku. Namun aku tak mahu mengecewakan beliau, aku ketepikan rasa aku dan aku terus ikut saja cara beliau. Tapi aku juga punya hati. Untuk dihargai dan dihormati. Diam aku telah disalahgunakan. Beliau menyangka mendapat kuasa veto di situ. Kepala hotakk beliau. Aku bukan bini beliau untuk mengikut kata sedemikian rupa. Akhirnya aku menguatkan tekad dan azam semangat 1Malaysia untuk berkata selamat tinggal. Dan tak semena mena aku merasa bebas sebebas bebasnyaaaaa... whoaaaa... suka suka.

Cinta ketujuh aku, aku tak mahu kata apa-apa mengenai ini. Kerana aku mahu simpan sendiri di dalam kotak hati. Mungkin sampai bila bila. Apa yang aku boleh kata adalah, ini yang aku mahu dari mula. Itu saja. 

Baiklah, berbalik kepada perenggan kedua. Aku senang mendapat cinta kah? Iyakah? Orang lain mungkin melihat begitu tapi tidak aku yang merasa. Aku juga tahu memilih mereka. Apakah kriterianya? Jeng jeng jeng..


Sifat apa? Biar rahasia. Aku yang mahu, jadi aku yang akan menilai.

Bila direnung dan selamat beramal, aku rasa aku macam kekurangan perhatian lelaki natijah daripada sifat2 bapak dan abang2 aku. Tiada lelaki yang boleh membuat aku rasa protected and secured. Salahkan mereka. Dan juga keharmonian keluarga yang timbul tenggelam serta istilah HOME SWEET HOME yang samar-samar di pandangan aku membuatkan aku rasa kurangnya bahagia. Senang cerita tiada tempat bermanja dan mengadu domba. Ouh sangat mengada-ngada ya. Walaubagaimanapun, perkara ini telah membuatkan aku seorang yang independent dan berhati waja. Ecececeh. Namun semua itu tak seharusnya menjadi alasan kan? Hidup perlu diteruskan dengan girl power!

KAMI TIGA BERADIK WANITA SUDAH MENJADI SEPERTI INI. AKU COP YANG DI TENGAH. NAMPAK SEPERTI BERKARISMA BUKAN?

Tuesday, November 23, 2010

kata kata seorang pesimis

adalah sangat penat.
untuk kau kata "TIDAK" pada yang kau tak nak.
bila kau menunggu "YA" daripada yang kau nak.
adalah sangat sakit.
untuk kau terpaksa kata "YA".
bila hati kau kata "TIDAK".
adalah sangat susah.
untuk kau mengorak senyum.
bila hati kau menguncup.
adalah sangat lelah.
untuk pergi mengejar sesuatu.
bila kau sebenarnya lari dari itu.
adalah sangat perih.
untuk kau membenarkan.
bila kau sebenarnya tak mengizinkan.
adalah sangat kejam.
untuk kau meninggalkan.
bila ada yang menggantung harapan.


p/s : kalau aku boleh lari, aku akan.

Saturday, November 20, 2010

pertama kali

"peh hati gua macam nak pecah siot.." kata minah sambil gelak.

"apehal lu? sawan babi? gua tengok sengih je.." munah tanya sambil kuis-kuis tanah cari cacing buat umpan puyu.

"gua putus cinta siot.." ketawa minah makin galak. sipi-sipi nak tergolek tersembam ke pampers bernajis di sebelah kanan.

"oh, patutla.. rilek ah lu kan HULK. lu fire je mamat tu. jom pegi paya mat zin. tin dah penuh dek cacing dah ni." munah angkat punggung jalan sambil kandar batang ubi dibuat joran.

"gua tengah rilek ah ni.." minah bangkit dari titi kibas-kibas punggung seluar trek suit sambil kesat mata yang macam basah. dalam hati. "abesla macho gua..."

kurang asam punya laki. tak sampai sejam clash dah terus buat baju promote diri.

p/s : i never felt this way before. this time, it is irreplaceable and devoted for one person only.

Tuesday, November 16, 2010

ehem ehem

i'm on holiday now. ok holiday everybody. a month semester break that has been cut off oh sucks to three weeks only. target untuk menguruskan badan secara konsisten efektif dan juga berdaya saing sangat sangat sangat tipis yeh. oleh yang demikian kita tak perlu berangan angan sampai tujuh petala langit kerana hasutan syaitoooonnnirrajim sangat berleluasa apabila di rumah. maksudnya tidur apabila hampir subuh dan subuh pun terpaksa ehem kadang2 sengaja digoreng dan buka mata kesat kesat buang najis di tubir mata menjelang zuhur. ouh landasan apakah yang beliau ikut. doakan beliau menerima hidayah sebelum menutup mata. sobs.

aku malas nak amek tau cerita cinta orang lain tapi sorangg member tak berapa kamcheng aku tiba tiba datang dengan membawa hati yang lara cakap benda ni :

" i bengang betol ngan bf i tau. he has been so busy with his works rather than me. how shit he is."

aku terkujat. apekah ini??

lepas beliau memceceh ceceh ouh baru aku paham apekah masalah sebenarnye. bila aku renung renungkan dan selamat beramal ouh kadang kadang aku pon ade masalah yang sama jugak. this is what many women worry about their relationship. so do i. aku tak reti nak put this thingy into words because it's complicated ukeh. so much. aku suggest member aku nih READ.THIS.BLOG.AND.REALIZE.GIRL.. hey, you too ukeh.  *credit to the blogger*

well, this holiday will be spent as precious as i can. i wish to have more bitch beach explores even HE is so far away. hey you, i really looking forward for the next beach-ing. eheh.

ehem saya belum.


charlo bete.






Monday, November 15, 2010

rasa

saya rasa saya sedang memendam rasa.
rasanyalah.
saya rasa macam saya saja yang rasa.
rasanyalah.
saya tak nampak apa apa yang boleh dirasa.
rasanyalah.
saya nak rasa rasa itu.
ini saya rasa pasti.
saya nak rasa bagaimana perasaan saya dirasa.
ini saya pasti.
saya nak rasa berasa bila sama sama rasa.
ini saya pasti.
tapi saya tak nak cerita apa yang saya rasa.
saya rasa malu lah.
saya tak nak kata saya kurang rasa.
saya rasa takut lah.
sebab apa?
sebab saya tak nak sampai saya tak rasa apa apa.
sebab apa?
sebab saya suka gila rasa tu.
sebab apa?
sebab saya mahu kami bahagia dengan rasa itu.
itu saja.
saya rasa saya tak minta banyak rasa pun.

terima kasih jika kamu juga rasa apa yang saya rasa.

Friday, November 12, 2010

imam muda

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. ehem ehem. sambil betulkan selendang batik.

entry ini untuk bercerita mengenai lelaki lelaki muda trang tang tang yang sangat sangat alim dan budiman dan tawaduk dan zuhud dan mencaiiiiirrkan hati wanita wanita mencari cahaya seperti saya ni.
seperti ini >>>>>>>> 
IMAM MUDA ASYRAF. kenapa dah kawin?kenapa? melepas saya =.='

haish haish. mula mula aku tak berapa setuju dengan rancangan Imam Muda dekat Astro tu. seperti yang semua sedia maklum Astro sangat suka bagi program2 mengarut lagi melalaikan tapi nak tengok jugak dewasa ini. Marilah Marilah Menari tu aku tak tau ape motif mereka. akan datang ada Kau&Aku siri baru oh oh akanku haramkan remote control biru itu dipicit ke arah 104.

ukeh pasal imam muda nih. aku tengok episod pertama dengan episod last je. aku memng jaki gila gila tahap gaban dengan rancangan realiti TV tak kira apa pun. ouh sangat stereotaip di situ. tapi One In A Million yang ada Faizal Tahir dulu mendapat pengecualian. rasa nak jerit jerit bukak baju tunjuk 'S' di dada. bole tak? okeh tegak ke titik straight to the point sebelum ni aku memang agak ketinggalan pasal isu semasa sebab keparanoidan aku pada surat khabar dengan alasan surat khabar banyak kerenah birokrasi mengampu kerajaan, penuh pembunuhan, perogolan, perculikan yang sangat auta. hanya berita sukan mempamer fakta. tapi sekarang tak lagi.ok melalut lagi. terus ke titik. 

bila dah abes dah Imam Muda tu aku usha usha cerita arab kat Oasis denagn harapan dapat mencuci mata dengat makhluk2 berhidung tajam mematuk. kejap lagi, ouh Asyraf dah ada rancangan sendiri dah rupenye. ape tah nama dia tapi aku tak fokus cuma fokus pada Ustaz Asyraf saja. ouh aku macam tak percaya boleh dengar nama ustaz yang moden seperti Ustaz Asyraf. selama ni terutamanya dekat felda nama ustaz yang aku bole dengar dan hampir bosan. dari kecik bebi sampai dah boleh nikah ni adalah Ustaz "ustad" Mat Din, Ustaz Nordin, Ustaz Zuraini dan mereka adalah legasi legasi terdahulu yang patotnye dah ada pelapis baru untuk jawatan bilal, imam dekat masjid Al-Falah tu. barulah ramai budak2 muda nak pergi masjid kan? takdelah lepak tepi tangga masjid ngurat aku budak2 pempuan balik ngaji tuisyen atau dating. ok melalut ke laut lagi. memang tak bole jalan tegak.haish.

para peserta. tangan mesti tunjuk tunjuk ke? haish.
peranan insan insan terpilih seperti mereka di atas dalam penstabilan sosialisasi kemasyarakatan negara ehem dah lama tak test power sekarang nih saaaaangatla tak terperi pentingnya. tak kira lah agama apa walaupun kecenderungan mereka menjurus ke arah keagamaan atau keislaman yang makin menipis dalam kalangan orang muda kena batang idung sendiri dengan ayat sendiri. aku tengok forum perdana ehwal islam yang mana Imam Muda Asyraf jadi panel dengan tajuk Integriti. selamba aje die persoalkan penggunaan integriti tu. ni la yang kita perlukan. keberanian untuk bersuara secara demokrasi dan aman ayat hubungan etnik terhadap ketidakpuasan hati tentang sesuatu isu berbangkit. oleh orang muda.  orang tua banyak menjaga hati dengan harapan ingin dipuji. mungkin sesetengah saja. tak semua orang baik itu cukup baik, tak semua orang jahat itu terlalu kukuh kejahatan mereka. ok? ehem ehem.

sebenarnya apa yang aku nak cakap mula mula tadi adalah layak tak perempuan macam aku dapat lelaki macam ni? tapi "perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik" saja. tapi kita hidup berpasangan kan mesti saling compliment each other. mana saya kurang awak tambah mana awak bocor saya tampalkan kan?? 

ada satu scene masa kekaseh lama tengah dalam proses pengushaan semula, dia cakap :
"dah berapa banyak lelaki awak kecewakan? awak tinggalkan? awak nak lelaki macam mana lagi? tak cukup ke saya ni?"

aku tarik nafas dalam dalam hirup angen danga bay campur tengik singapore. dalam hati aku mencarut jugak dekat laki ni. tapi aku menten kekoolan aku. sekali nafas aku jawab : 
"saya mencari lelaki yang boleh jadi imam solat saya sampai akhir masa."

aku macam geli dengan ayat buku aku tu tapi aku betul2 maksudkan benda tu. rasa bangga sebab dapat buat beliau tertelan anak tekak. asyik nak kondem aku je kau tu hebat sangat?  

oh memang perempuan yang baik untuk lelaki yang baik sahaja. nanges kejap. sobs.

p/s : tiada lagi gua-lu selepas ini. aku rasa tak ayu sopan.


sadaqallahul 'azim. wassalam.

Thursday, November 11, 2010

.

tiba tiba gua rasa macam dah ada perasaan wanita sejati.

macam ni yeh rasanya?


sakit mencucuk-cucuk rupanya.

baru gua tau.


charlo bete. 

Wednesday, November 10, 2010

mak ayam

penghantar mesej : "weh kau sebok tak? aku nak tanya sesuatu ni."

penerima mesej : "kalau untuk kau aku memang takde mase. kau nak ape samdol?"

penghantar mesej : " kau ada minah munah cun tak nak bagi kat aku? aku perlukan wanita untuk membimbing aku ke jalan yang benar di samping dapat mencuci mata.hehehehehe"

penerima mesej : "$^*#.carutan terpaksa disensed. lu pikir gua mak ayam??? lu nak wanita membimbing lu mane mazhab lu pakai pempuan bimbing laki?? lu bercinta dengan mak lu sudah la. mencarut lagi sekali." 

lu nak cari perempuan mulia macam ni. lu cukup mulia??


charlo bete. 

Tuesday, November 9, 2010

orang chantek

sepanjang hidup gua, dari kecik comel lote seperti ini rujuk gambar menyentuh perasaan di sebelah sampai dah boleh jadi ibu a.k.a mummy a.k.a mama ni, gua sentiasa dikelilingi wanita-wanita chantek chantek bak kata altimet. keadaan ini telah mengundang sikap low self-esteem yang tinggi lagi menebal dalam diri gua. tersedu kejap di situ. tsk tsk tsk. ouh memang benar. dari member2 maen gadoh gadoh ol-ol olok-olok sampai member bajek kamceng semua stok ayu ayu mintak buat menantu. agak malang sebab gua tak tergolong dalam grup itu. sobs. ape yang gua bole buat adalah menolong orang menekel tackle mengusha mengurat yang merupakan satu tabii yang paling gua tak minati. gua rasa mau tembak kawan kawan laki gua dulu yang suka mempersendakan gua. gua rasa kalau mamat mamat tersebut menengok keadaan gua yang dah boleh tahan lawa sekarang sila sepak dulu sebelum muntah kompem mereka mereka mau berkapel dan berskandal dengan gua. gua dah try usha pakwe lame gua yang gua kapel mase gua still mandi mandi paya mat zin lagi. ternyata beliau sangat tekezut oh mak kau melihat perbedaan gua dulu dan sekarang. buktinya beliau terus memintak nombor tipon baru gua dan name pesbuk gua dan sebok2 nak usha gua balek. oh lelaki, anda memang tutt yeh. gua nak tanye, tengok sini gua malas nak buat ayat tanya. ouh ouh ni bukan point gua sebenarnya. gua memang tak lawa gua tau dan sedar hakikat tu gua cuma nak bagi feeling2 siket pada diri sendiri. nak membina balik self esteem gua yang selalu diranappunahkan oleh kawan kawan wanita yang gua kenal. 

gua senaraikan kaum wanita di sekeliling gua yang gua sangat menjelesi bahasa macam haremm kelawaan mereka : 

beliau yang bertudung ijo. abaikan insan kerdil ditengah dan insan hot berbaju melayu *ouh khairol shazwan*



1)  wan nurul 'ain kawan baru gua  kat sini. sama kolej, sama jurusan eheh, sama kelas, sama kesukaan insan botak, sama... sama sama pegi kelas hari hari tanpa jemu. isk. berdarah kacuk melayu kelantan memang gua tak boleh cakap yang beliau ni cantik biasa2 je macam zafri cakap. buta ke ape kau zafri? theeee.. gua dah puas dah menatap wajah beliau. kerat jari gua cakap beliau tak cantik. gua nak nyanyi kejap pipi pauh dilayang alis matanya lentik sekali mataku memandang hati tertawannn.hanya boleh dinyanyikan oleh lelaki2 maskulin. wanita bila menyanyi lagu ini dah macam L word. selalu bila berjalan berdua kecantikan beliau sangat menyilaukan pandangan sehingga menutup kecomelan gua. adeh adeh =.=' gua rasa ni satu satunya pempuan yang gua pernah jumpa yang cantik semulajadi secara ekosistem motif? tanpa tempekan bedak asas. kosmetik yang beliau selalu gunakan ialah bedak carrie junior perasa cherrie yang berbotol kuning. kalau orang-orang yang berkenaan tak nak ngan beliau nih gua kerat jari ramai yang beratur nak kan beliau. got it?

yang bertudung itam.
2) yasmin yahya kenalan baru gua yang sama kelas inggeris kat sini. budak kedah. first time gua tengok beliau benda yang gua tengok adalah idong beliau. apekah motif?? gua pun tak tau. tapi tarikan beliau gua rasa ada kat mata beliau. nampak jujur dan mengkeceburkan air ke ati yang panas. maksudnya sejuk mata memandang. gua tak berapa rapat sangat dengan beliau tapi kejernihan wajah beliau telah dipersetujui oleh wan nurul 'ain. jadi gua tak bertepuk sebelah tangan apekah?motif?





 
3) azila zollkafri @ mimi azila bekas romate gua selama sebulan di kajai. sekarang menetap di india untuk bergelumang dengan mayat2 untuk menjadik dokter. ouh ouh gua jeles. beliau memang lawa. muke comel mintak kena tumbok. hahahaha. ni ada orang cakap dengan gua. bukan gua yang reka2.  haish kalau tak lawa rase nak sepak, dah lawa nak tumbok pulak. lelakiiiiiiii......... =.='






***  entry ini bakal bersambung. kepelbagaian biologi a.k.a biodiversity sedang menghantui hidup gua di kala ini. kang orang lawa2 gua tengok macam hagfish atau lampreys kang. =.='

megan fox. jadi kuntilanak pon menten lawa lagi minah nih. ok larged-lips, tapered-chin menjadi kegilaan lelaki.



charlo bete.

 

Thursday, November 4, 2010

godaan

gua macam ada benda nak tulis ni. tapi benda tu macam kontroversi pulak. jadi gua rasa baik gua simpan dalam hati. lagi selamat. oh ya, tajuk memang tak ada kena mengena dengan entry. blog gua. suka ati gua la nak tulis ape kan? dush!dush!

p/s : gua dah tak sabar sebenarnya nak balik kajai. tekak gua dah terasa mee bandung berlendiaq pak cik kafe yang masak pakai kaki. badan gua lagi sedap landing atas tilam kajai gua yang keras kebatun. mandi gua lagi fresh bertenaga dan mendatangkan kebanggaan dengan air shower kuning air kencing dekat bilik air kajai. ouh ouh serius gua rindu kajai.

Monday, November 1, 2010

Allah Peliharakan Sultan

peh bile masuk tol skudai tak semena mena gua rasa macam sebak nak nanges sampai ilang macho gua. lu punye cite macam lu macho abes kan. mampos. gua memang rindu gile kat udara johor bahru yang indah permai nih. rase nak nyanyi lagu Johor kejap :

Allah Peliharakan Sultan
Anugerahkan Dia Segala Kehormatan
Sihat Dan Ria
Kekal Dan Makmur
Luaskan Kuasa
Menaungkan Kami 
Rakyat Dipimpini
Berzaman Lagi 
Dengan Merdeka 
Bersatu Hati 
Allah Berkati Johor
Allah Selamatkan Suuuuuuuuuulllltaaaaaaannnn....

peh sentap sentap siott. gua still lepak lagi kat terminal bas dan pasar awam larkin nih. peh seumur hidup gua menjadi warga johor gua tak pernah sebut nama penuh tempat ni. dah maju dah sekarang. dah ada 7E. dulu tak dak. dulu ada McD je. sekarang dah ada Pizza Hut gabung ngn KFC. peh serius gua bangga menjadi anak johor. UMNO sini bole pecaya siket. bole pakai. tak macam UMNO tempat laen gebang je lebih. serius gua bangga. dah banyak kali gua cakap nih, kalau si botak dengo kompem beliau da luku pale otak gua yang besa ni. gua pedulik ape kan. gua anak jati johor. 


ahha! bendera kebanggaan. simple je senang nak ingat.







peh jata negeri kebanggaan. 
pak belang tuuuu... kancil pe barang. hahahahaha

pejalanan kali nih memang nak bengkokkan pelvic girdle aku. dari terminal 1 somban pukol 1.45 sampai terminal larkin jb pukol 6.15. jap gua kire bape lame ................................ lamo bonar eh ekau ngiro?? peh 4jam setengah kot. macam dari puduraya dah ni. pakcik drebar tu memang bawak sipot gile. musti die da fobia dengan segala kes kemalangan maut melibatkan bab ekspress  yang banyak berlaku akhir2 ini.ayat buletin utama. gua sebenornye nampak semangat johorian di situ malas bebenor lagi sekali nak balik umah ni ha. gua ingat nak stay kajai tercinta nak study konon. tapi bile gua pikir masak2 dengan segala hasutan puan emak dan rakan2, gua buat keputusan nak balik. kafe kajai yang masak pakai kaki tu tak bukak kot mase raye keling. ape gua nak makan selama seminggu nanti? takkan gua nak delivery pizza je ari2? kopak ah gua siot. lagipon gua sekarang tengah dalam proses pengkurusan. eheh. mane bole makan makanan berkalori karbohidrat berlemak. gua kena kurangkan adipose layer dalam badan gua nih. gua tak demokkk sangat tapi si botak komplen lebih. gua tumbok lu kang. 

ok tadi gua berdepan dengan insiden yang mencuakkan. takde la cuak sangat. minah tu je lebih. tadi bas gua lepak masok perhentian yong peng kejap. gua pikir separuh masak jugak ah nak turun ke tak sebab gua bawak bag laptop nih. kang kalau jimmy gua ilang mau nanges mendayu dayu gua. gua tekan abdomen bawah badan gua. gua rase macam geli geli. ni nak terkucil ah ni. gua gerak turun. semart semart gua turun tangga bus bus tu gerak. gua cuak tapi gua rilek sebab gua pikir takkan ah drebar tu nak tinggalkan passengers pulak kan. lagi pon dah ramai dah yang turon. gua pegi jamban lepas ape yang patot gua kua ah. jap gi ade sorang passenger pempuan india nih wat gua gempak cuak. die seboleh boleh nak carik bus tu. tapi tak dak. muke die da nak nanges dah. takot kena tinggal bus. dalam pikiran beliau mungkin dah terbayang segala muruku yang beliau bawa untuk amma tercinta dah tertinggal dalam bus yang telah meninggalkan beliau. gua pon macam nak ikot cuak jugak sebab budak lelaki berjersey chelsea yang gua jadikan sebagai penanda aras sebab budak tu sorang je yang macam merket dalam bus. eheh. tak kelihatan. minachi tadi dah nanges ammaaaa appaaaa kulakulikkulakulik ada siket unsur penipuan di situ. brader yang tengah sedut skl barangkali bang bagi sepam dua boleh? *bu^o* cume melihat tanpa belas ihsan. gua tak sampai ati nak bagi minachi tersebut risaukan muruku dia. gua dengan macho pegi kat dia cakap "miss jangan risau  bus pegi isi air je, kejap lagi dia sampai ok? " peh dengan nada romantik gua pujuk beliau. tiba2 gua rasa macam ada testosteron. hahahahahahahahaha.. ok ok tu je cerita dia. tak lah cuak mane pon. tapi kalau gua lah kan kena tinggal bus, gua tak tunjuk sangat gua cuak. gua memang macam tu ah. nak bajek kool je peh tapi dalam ati gua dah nanges2 sobsobsob dah tu. haish.

gua rase gua dah kena gerak dah ni. tadi incik abah tersayang =.=' dah menelepon dengan suara penyayang seorang bapa cakap "abah dah dekat bas sten masai dah ni." gua siket pon tak tersentuh hati. kental. gua ekceli malas nak naik gedek gedek beliau tuh. penat ouh. dahla gua penat naek bas berjam jam sampai bengkok pelvic girdle ulna radius semua jap lagi nak balun gedek gedek beliau pulak. peh rajen gila vavi ah di situ kan. oh ye, gedek gedek incik abah gua kaler biru, panjang. brand toyota. bapak lu ade transport toyota? bapak gua ade. tapi gua tak bangga pon. =.=' gua dah lepak gile dah ni. tak sabor masuk kandang kambing mengembek ok nak berpelukan nyanyi nyanyi kat puan emak gua yang gua rindu. peh kompem seminggu nih puan emak gua layan gua macam princess. harap harap lah. 

gua nak usha bus balek masai. sesungguhnya gua budak yang berdikari. tak de maknenye gua nak menelepon pakwe suruh amek kat larkin ah ape lah. macam ada sorang budak tuh. *jeles* gua chow. 

charlo bete. 

  

balek kampooong

koordinat : dalam bas starship quest sdn. bhd
altitud : terminal 1 seremban
waktu menggoreng : 1328

gua dah nak balek jb sempena raya makhluk hitam nih. hahahaha. agak rasis di situ. pedulikan. gua tido lambat pukol 4 lebih baru gua tido bangun pukol lapan gua golek golek pukol sepuloh jugak ah gua bangun. macam biase ah gua siap2 macam puteri li po siket kasi tachap muke mate lebam panda gua angkat beg cabot dari kajai. ouh sebelom tu gua cabot cadar katil gua dulu. kang ade gak yang tumpang tido kat katil gua sepanjang pemergian gua.

pejalanan dari stesen ukm sampai seremban rase kejap ouh. ke gua yang terlebuh i mean terlebih tido sepanjang pejalanan? gua rase gua tido2 ayam je sebab mate gua asyik tengok awek cun muke macam natasha dalam spaQ tu. lawa dowh. jap g yang teman die pengkid. apekah? kesian jantan2 teruna kat malaysia nih terlepas awek cun cenggitu. naseb baek gua wanita sejati. kalau tak gua pon melepas. tak pon gua berebut ngan pengkid tu nak dapatkan awek natasha yang cun tersebut.  nauzubillah. kau nak kena azab ke samdolll??
\
gua sampai terminal 1 dengan star syeta *ni name pesbuk beliau.aku memang panggil orang dengan name pesbuk.sebab aku jeles name pesbuk aku name ic* gua salam2 dengan die, die pon blah sebab die nak naek bas lompat2. gua mule2 tak paham buat muke kelam tapi gua menten bajek tau je tapi pas beliau cerita2 ouh gua dah paham. gua malas nak eksplen lu orang kompom lagi tau sambil gelak2 maki gua yang tak tau ape tu bas lompat2. ok dah.

gua beli tiket kol 12.45 pastu dapat tiket kol 1.30. gua pon rilek ah tunggu kat depan platform tuh jap gih sepanjang tak sampai sejam tu ade 3 bas nak pegi jb on time. cilakak. gua maki2 siket akak ngandung buyung tu siket dalam ati. apsal die tak suroh aku naek bas yang kompom2 nak gerak dah. nak untung punye pasal. nii la melayu. meniaga tak iklas. gua anti betol. naseb baek kau ngandong kak, kalau tak aku da karate kau belah dua tiga perempat setengah. 

gua pon malas ah nak bunyik. gua buat muke kool berdiri tepacak kat situ. naseb baek gua tak lawa kalau tak bosan jugak gua nak melayan gangguan2 mental dari lelaki2 kurang kachak. dahla tak ensem nak suwiit suwooott pulak. gua pandang lelaki gagah hidung mancung kulit kuning langsat sawo matang je. kalo kering meleking muke macam pendatang haremmm gua agak rajen gila vavi ah nak layan kan. 

sepanjang gua melanguk tuh macam2 benda gua nampak. antaranya :

1) kapel kapel kapel dan kapel lagi
>>> gua macam pelik ah ati nih senin kan diorang sume dating2 tak keje ke? gua tak jeles tapi gua meleleh betol ah tengok kapel2 nih. depan orang kot.  rilek sudah. kau beriya sangat apesal? ok gua malas nak tulis kompem sume paham. tapi gua jeles siket.hahaha botak lu tunggu gua balek eh kite jalan pertama carik kasut lu ngan kasut gua.kompem lu rindu gile kat gua kan mase tu. hahahaha

2) awek
>>> gua kalau kat mane2 gua memang suke tengok pempuan. tak kirela lawa ke tak. kalau lawa gua puji tengok tak lepas. selebet gua pandang usha lame2 pastu gua bagi pandangan jijik siket. bajek lu lawa ah kan? syaitan betul. kalau tengok pempuan gua tengok kaki je. gua tak tau ah apesal. sebab kaki gua tak lawa kot. tu yang gua tengok je. tapi gua tengok takde ah nak bernafsu ke ape. gua pon pempuan kottt =.='

3) awek tudung
>>> ha yang ni musti gua akan buat bile gua kat tempat ramai orang. gua tengok pempuan pakai tudung. gua tak pakai tudung. gua tengok pempuan malaysia nih pakai tudung dah macam ape tah. pakai tudung tapi baju lengan pendek sampai ketiak nampak bulu. pakai tudung tapi pakai leggings kalau kaki kau lawa tak pe la ni kaki macam kaki badak kau nak bangga bajek lawa macam fauziah ghous jugak. muntah kejap gua. aku rase pakai leggings tu macam tak pakai seluar. rase free je. entahla gua tak penah pakai sebab kaki gua tak lawa gua takot dan risau ah nanti orang kutuk2 gua macam gua kutuk orang.jatuh ah reputasi gua.   macam ah ada reputasi. reputaik adela. 

**ouh gua dah pening sebab bas dah jalan. line wifi pon dah tak de ni ha. name je starship. gua takde rase macam kat kapal angkasa pon. takde astronout ensem cam dr. sheikh pon. pakcik sebelah gua odong mancung tapi gua bet dia da kawen da. anak die pon entah da same baye ngan gua. gua tak minat sangat. macam dia minat kau?? gua dah tak tahan dah ni ha. susu kultur kiwi yang gua minom buat gua rase nak terberak. jangan terkincit dahla. ok charlo bete. sampai gua sambung.