Saturday, February 5, 2011

pengepala.

Mana mana belog aku bejalan semua sebok dengan header gempak gempak punya. Tengok header aku. Tak payah bunga bunga pumpang bunga api plup plup tu semua pun senang je orang nak baca nak paham belog aku pasal apa. *JELESSEBENARNYA*

Tapi aku serius respek ah blogger yang genius semart mendesign macam muezangelo ni ha.


 sampai ke sudah aku pikir kenapa nama belog dia macam ni. nak tanya malu. dah lah hensem. *takpasal*. beliau serius rajin gila nak mendesign header untuk ramai belogger yang lain. tapi yang ramainya awek awek. aku kompius sama ada beliau hanya memilih untuk mendesign belog awek awek sahaja atau awek awek yang beriya iya mahukan khidmat beliau kerana sambil menyelam boleh minum air mungkin ??



header yang simple macam enciktikus punya ni ha. 


dengan berprinsip hidup yang simple aku rasa header belog dia lah yang paling simple. dia rasa muka dia macam tikus ke ? rasa macam lotter AF yang ke berapa tu adelah kan. tapi pemilihan Stuart Little yang simple sebagai maskot belog adalah satu pemilihan bijak yang simple kerana Stuart hidup dalam kehidupan manusia yang mewah tapi masih simple.



header yang kiut miut macam hanismanis punya ni ha.



 serius header macam ni tak memerlukan khidmat designer lain cuma memerlukan kekreatipan diri sendiri serta kemahiran yang jitu selain kesabaran yang utuh untuk mem"paint"ing dan mengkaler kaler tanpa perlu mem"browse" mana mana website dan meng"download" mana mana software atau apa jua untuk menjadikan header belog sendiri sechumil ini. HUH. sempot mak nokk.



header yang berpadanan dengan nama belog macam fuadasrimuda punya ni ha.


struktur dan posisi kaki si pemilik mungkin yang teragak kengkang semasa menunggu ketibaan tren mingkin sangat mencerminkan idea asal nama belog ini dicipta. sangat berpadanan dan barpatutan sekali yeh. dinasihatkan agar tidak menukar header picture ini kerana dikhuatiri gambar lain akan menyumbang kepada isu politik pula seperti "KAKI TAK SHAVE", "KAKI TAK SABUN", dan banyak lagi.



header yang gagah macam khairulfarhan punya ni ha.

 
wanita yang kata tak gagah tu maknanya anda bernafsu songsang ya. lihatlah brader berbaju hitam bertocang kuda dan berstokin hijau itu. lihatlah betisnya. sangat mencerminkan kehidupan sehat ya. dan juga peluh yang membasahi dada sasa brader berbaju biru bercekak pinggang itu. sangat menerujakan ya. dan tidak lupa juga kepada manusia yang sedang terbang itu. sekiranya sekarang sudah gemookkk sila fit fit kan badan supaya boleh terbang lagi ya.



hah setakat ni tu je lah aku rasa yang boleh menangkap mata aku.
tak menangkap mata kau?? 
aku peduli apa ?? 
lain mata lain pandang kan ?? 



 

4 comments:

  1. haha. buat header tu kejap je. serious.

    tak kisah lah buruk ke, lawa ke, kalau buat sendiri, puas hati oh.

    effort tu penting. kan?

    btw thanks!!! weeeeeeeeeeee.

    ReplyDelete
  2. haha jeles jugak sebab aku buat dah bekurun lama tak jadik2 pon macam mana nak bagi lawa belog ni pon aku tak tau lah huhuhu. welkam welkam :)

    ReplyDelete
  3. Haha. Itu boleh dikira sebagai header ke aku punya tu? Itu sekeping gambar jelah. Sebab aku tak kreatif. aku letak je gambar tu. Tapi aku tahu yang paling menarik perhatian adalah yang tengah terbang tu kan? Thanks

    ReplyDelete
  4. ape ape yang ada pada permulaan dan di atas adalah boleh dikira sebagai header. takkan nak kata tu penutop pulakk. btw yang menarik adalah orang yang mampu mengambik gambo orang yang terbang dan bukan orang yang terbang tu yang menarekkkk. wek !

    ReplyDelete