Friday, January 21, 2011

fuhh !!

Entry ini dibuat setelah menjelesi entry Kak Dah .

Hidup aku terumbang ambing gantung tak bertali bercerai mati disebabkan ini.
Kaki aku berjalan tak cukup tanah tapi sempat terpijak najis kucing disebabkan ini.
Nafas aku tarik tak cukup oksigen terlebih ammonia disebabkan ini.
Tidur aku mengigau singa bergaduh buaya disebabkan ini.
Duit aku mengalir keluar derasss punya sedar sedar dah tinggal 5posen disebabkan ini.
Bilik aku bau kain kepam simpan stok seminggu punya disebabkan ini.
Mak aku kecik hati sebab rindu tak berbalas panggilan disebabkan ini.

 
 FESTIVAL KAJAI 2011
21-23 JANUARI 2011
9.00 PAGI - 11.00 MALAM
DATARAN PANGGUNG SENI UKM BANGI

saje bagi efek beso. bagi kau terjojol mata menengoknye.


GERAI DAN PAMERAN
>> Ada dua. Pameran dan Demonstrasi JPA3 *google sendiri kalau benyai sangat tak tau mende ape* dengan Pameran Kebudayaan Kajai. Pameran JPA3 tu aku tak ambik port sangat memula sebab bukan aku yang handle tapi sebab aku terminat Najib brader yang handle tu, aku terambik port yang demonstrasi menyelamat ke hape yang dia nak buat tu akan buat masa hari Sabtu pukul satu tengah hari bukan malam kalau malam kau nampak demonstrasi memanggil hantu syaitonn yang bergelandangan disitu. Pameran Kebud ada pameran busana tradisi, karikatur dari brader bluepipestudio dengan permainan menguji minda. kalau nak tau kau ni lembab skala berapa, sila datang ke pameran tersebut ok. 



SUKAN RAKYAT
>> Ada banyak. Dam Aji Gergasi. Gergasi spisis ape aku tak pasti. Yang penting bukan kuku besi. Congkak ada tapi tak gergasi cuma jangan pandang belakang dia je nanti kau jadi zombie. Batu seremban ada di bawa khas dari negeri sembilan. Baling selipar sesuai masuk bersama musuh terketat supaya dapat membalas dendam dengan cara terhalus dengan membaling selipar paling tinggi pressure supaya tersontot beliau. Galah panjang tidak membenarkan orang orang kurang panjang untuk menyertai demi mengelakkan kalah malu. Cuma main tiang je tak ada. 


SUARA SENSASI :
>> Demi menyenangkan tugas juri, hanya manusia yang mempunyai suara yang sensasi sahaja digalakkan menyertai. Suara spisis spisis Dafi nyanyi sahaja di kamar mandi. Oh ya, juara suara sensasi akan membuat persembahan semasa malam penutup festival ini. Malam itu mungkin ada Ajai, M. Nasir, Adibah Noor dan sebagainya yang sedang duduk berehat rehat bersama insan tersayang di rumah yang secara tiba2 mendapat panggilan, "Eh, gua jumpa bakat baru dekat UKM. Lu nak sign dia tak?" Jadi jangan lepaskan peluang lu boleh jadi artis bhaii.



BANYAK LAGI AKU DAH TAK LARAT NAK TULIS LAGI SEBAB DAH PUKUL 7 PAGI NI HAH DAN KALI TERAKHIR AKU TIDUR ADALAH DUA BELAS JAM YANG LEPAS. PRINCESS MACAM AKU KENA JAGA ASET MATA YANG BERHARGA KALAU DAH MACAM PANDA LARILAH PEMINAT AKU SEMUA. SENANG CERITA,
HANG PA DATANG LAH BERBONDONG BONDONG KE FESTIVAL INI KALAU NAK TAU BETAPA FESTIVALNYA IA OK.



eh eh eh ehhhh lupa nak cakappp !!!!

Crew2 MyTV3 dan Roverz akan berada di UKM Bangi sempena Festival Kajai (MEFeK) pada hari Sabtu dan Ahad ini (22-23 Januari) dr jam 10.00pg-5.00ptg. Juga temui Adeline Tsen & Irma Hasmie di sana. MyTV3 juga akan mengadakan shooting untuk segmen MyTV3RoverzChallenge & Kasi Teka Skettt. Jadi, yang belum mendaftar sebagai ahli MyTV3, jangan lepaskan peluang untuk mendaftar sebagai ahli MyTV3 di sana !!!

Akhir sekali,

 
 
Macam yang korang baca, ini adalah untuk malam penutup. Jangan tanya, eh sapew tue?? Datang kalau nak tau ok ??


pssstt : Selalunya malam last ni ada sale secara berlebihan. Jadi, wanita wanita $_$ berlilit lilitan sekalian, rebutlah peluang untuk menambah koleksi shawls anda sekaranggg !!!


p/s : ada artis baru yang terbaik punya masa malam sabtu. nantikan kemunculan beliau ke arena seni suara. semestinya suara beliau sangat sensasi. 

 

1 comment:

  1. teater!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! cepat lah habis benda ni. sampai dah tak larat nak berblog. damn. heee.

    ReplyDelete