Sunday, February 27, 2011

mimpi gua

rasanya lepas ni MamaliaPendek nak guna ganti nama -gua- semula. biarlah orang nak kata apa. 
bajek ganas tapi lembut ka.
eksen style ka.
yang penting gua rasa bila gua guna -gua-, gua rasa lagi jiwang.
lu orang apa tau.

gua tiba tiba perasan jari jemari runcing #eliaawekkhairulfahmi gua macam tembam. oh pembetulan. semakin tembam sebab memang jari2 gua tak pernah kurus walaupun ketulan adipose layer di bahagian tepi punggung gua makin nipis. 

gua sampai solat hajat mintak petunjuk kenapa jari2 gua makin tembam. serius gampang punya tipu.solat5waktu pun gua rongak. 

gua tidur separa nyenyak siang tadi.sebab karen takdak. panas bhai. sengaja nak bagi gua prektis panas2 siket dulu kat dunia. 

gua mimpi belog gua puteh suci takdak conteng canting segala bagai. gampang. mana pergi entry gua yang dikomen aqram tu? entry paling cenonet tu la gua rasa macam entry paling berilmiah dalam sejarah gua.

tiba tiba ada satu tangan bulu balan tarik tangan mulus gua hentak hentak tangan halus gua dekat keyboard Jimmy gua. hentak dia macam lu orang kena paksa tumbok belacan dengan mak lu orang. separa semangat tapi demi melampiaskan amarah lu orang, lu orang kasi ketuk kuat kuat kan?

lepas tu gua lupa apa sambungan mimpi tu. yang gua ingat ada pasal sorang mamat yang gua tengah dalam usaha usha sekarang ni ha.  lmao. bukan mimpi basah basah lembap yaw. gua tak berfantasi sebelum tidur. cuma lupa baca basmalah ja.

rasa cemerlang gila sebab dapat update blog. walaupun gua tak tau apa motif entry ni. biarlah. at least gua tak upload gambar bibir mungil muncung gua yang gua snap berelevesi 30 darjah dari paras atas kepala sekejap tadi.




p/s : nasib baik gua dah tak terlibat dalam arena percintaan. masalah !

Saturday, February 19, 2011

SURAT UNTUK AWEK KELIRU.

HAI AWEK.
BAPAK KAU KAU PANGGIL AYAH.
BUAH HATI KAU KAU PANGGIL PAPA.
TAK KELIRU KAH KAU KAU SEPATUTNYA BERBINTI KAN SIAPA ??


AKU-HANG
GUA-LU


KOOL APA ??

Wednesday, February 16, 2011

SURAT UNTUK AWEK BRUNEI.

HAI KAKAK.
KALAU RASA RAMBUT KAKAK MAHAL.
KEJUNG LURUS SANGAT TAK BOLEH NAK BENGKOK.
WARNA COPPER BURGUNDY RED TU SEMUA ADA.
TAK PAYAH NAK PAKAI TUTUP KEPALA OK ?
TERJULUR KELUAR.
ORANG NAMPAK JUGA.
WALAUPUN ORANG KATA SAYA TAK TAHU HUKUM.
TAPI SAYA TAHU ITU HUKUMNYA SAMA DENGAN HUKUM UNTUK ORANG MACAM SAYA.


OK KAKAK ?


SEKIAN.


PECAH TIN KENA BALING.
SENDIRI MAU INGAT LAH DARLING.

SURAT UNTUK AWAK AWAK.

HAI AWAK. 
JANGAN BUAT BUAT TAK FAHAM BOLEH TAK ?
SAYA SUKA AWAK.


HAI AWAK.
JANGAN NAK SLOW SANGAT BOLEH TAK ?
TAK PAYAH NAK COVER APA APA OK ?
KADANG KADANG SAYA SAKIT DENGAN AWAK. SOMETIMES I'M SICK OF YOU.


HAI AWAK.
DAH ADA PENGGANTI BELUM ?
KALAU DAH ADA BAGUSLAH.
TAPI JANGAN TERLALU SELESA.
NANTI AWAK RASA BIASA.


HAI AWAK.
TAK PAYAH NAK PANDANG SINIS SANGATLAH KAN.
AWAK HEBAT SANGAT KAH ?
HELLO.
MASUK KUBUR SKEMA JAWAPAN KITA SAMA OK.


HAI AWAK.
KENAPALAH MULUT MACAM LONGKANG.
TAHU NAK MENGATA SAJA.
CUBALAH BUAT KALAU AWAK RASA AWAK TAHU.
SERIUS FUCKER LAH AWAK NI KAN.


HAI AWAK.
DALAM MULUT ADA PLATINUM KAH ?
TAK PENAT TUTUP MULUT SAJA ?
MULUT SAYA LENGUH SEBAB TAK BERCAKAP.


HAI AWAK.
JANGAN NAK TOLAK TOLAK PUSH PUSH BOLEH TAK ?
SAYA TAHU KERJA SAYA.
SABARLAH.
KALAU AWAK HEBAT DAN BEST TAK APA LAH.
INI AWAK MACAM HARAM JUGA.


HAI AWAK.
TOLONG HORMAT KERJA ORANG LAIN BOLEH TAK ?
TAHU NAK RASA TAK PUAS HATI SAJA.
BILA BUAT KERJA MENGGELABAH PULA.
PENGHILANG LOSER BETUL LAH AWAK NI.


HAI AWAK.
WALAU APA PUN PANDANGAN DAN IDEOLOGI KITA.
KITA TETAP SAMA OK.
JANGAN PANDANG SAYA MACAM SAYA TAK BERBAJU PULA.
BILA ORANG MACAM SAYA MASUK MUSOLLAH NAK SOLAT BERJEMAAH.
ITU RUKUN ISLAM YANG KEDUA.
AWAK LAGI TAHU KAN ?




HAI AWAK AWAK. 
SAYA SELALU BERSENTUHAN TOUCHING AKHIR AKHIR INI. 
SAYA SENYUM SAYA GELAK TAPI DALAM HATI SAYA AWAK TAHU KAH ?
TAK PERNAH AKAN. 

Saturday, February 12, 2011

sepuluh sebab kenapa.

lepas memuhasabah diri, baru ku sadari sebab musabab gapo eh belog aku ni hah folower dia cenonet secoet je hah.


satu. aku free hair. AKU TAK PAKAI SHAWLS. aku tak jadi ikutan.

dua. walaupun aku free hair, aku tak ada rambut dan muka yang lawa macam HANIS ZALIKHA. tak menangkap mata lelaki.


tiga. belog aku tak ada gambar mulut burung.

 

macam ni lah.


empat. boipren pun tak ada, apatah lagi nak ada boipren pemain bola sepak atau lebih spesifik lagi penjaga gawang atau lebih spesifik lagi penjaga gawang pasukan bola sepak kebangsaan dan kelantan atau lebih spesifik lagi penjaga gawang bernama Khairul Fahmi Che Mat. fuh. aku tak ada.


lima. template kaler kali memang bukan menjadi pilihan aku. apetah lagi nak bagi salju salji ke, pemandangan tasik ke, haiwan peliharaan ke, yuna ke, atau pun SHAWLS lagi sekali. puteh sudehhh.


enam. aku mempunyai kemaluan yang menebal untuk kata "ai folo yu, yu folo ai ok :)" dekat mana mana belog yang aku hinggap. 


tujuh. belog aku tak ada lagu lagu yang boleh lembapkan peloadingan segenap pembaca. aku tak ada. masing masing ada real player/media player/GOM dalam pc/laptop memaseng kan ? pasanglah sendiri. ok dulu aku memang letak lagu tapi lepas tu aku rasa loser.


lapan. aku amat amat jarang sekali nak share setiap segala segenap entry yang aku buat dekat pesbuk mahupun twitter. setakat ini seingat aku baru dua kali. bukan setiap entry. sebab ? aku rasa itu macam instant popularity. popular kah ? sila kuncupkan kedua dua tangan dan letak di bahu dengan diiringi bebola mata ke atas. mulut kalau boleh cebik sikit. hah macam tu.


sembilan. disebabkan aku tak ada boipren, aku tak boleh lah nak update pasal kisah kasih sayang antara aku dan dia dekat setiap entry aku kan. sila take note. setiap entry. dan secara normalnya akan diiringi gambar gambar percutian indah kami. euww kami ? bila masa lah pulak ? senang cerita, bagi aku, ni belog aku. bukan belog boipren aku. i mean bakal. 


sepuluh. belog aku tak best. orang menyampah. shit. motherfather lah lu. 

Friday, February 11, 2011

aaahh, aaahhh. aaahhh.

wah. akhir akhir kelenjar peluh aku aktif betul. baru satu round dance aku dah mandi dah. baru lima minit jalan dah menitik nitik dah. 

kadang kadang rasa tak selesa. bukan sebab bau yaw. aku tak pernah ada bau badan. ingat aku obese ? pelislah.

tapi takpelah. peluh aku peluh sehat.

bukan peluh orang yang selebret Vday tu kan kan y'alls ? kan ? kan ?

LOL.


kasihan. dah lama tak berpeluh/k kan ?

leg-hand.

bila tanya.

"benda ni pun nak tanya ke ? "

bila tak tanya.

"kalau tak tau tanya. jangan nak pandai pandai. "

lupalah. 

sepatutnya tahu.

kakitangan kerajaan memang begitu. 

button "Kami Mesra Pelanggan" mungkin buat kasi rapat kocek koyak.

frame falsafah kerja saja saja gantung ikut petua feng-shui barangkali.

peti aduan pelanggan memenuhi piawai akreditasi cuma mungkin.

haih.

kenapalah macam tu.

kata negara demokrasi. *tak pasal*

oh lupa lah.

stress barangkali.

*tahi kau*



urusan dunia.




Tuesday, February 8, 2011

dah in relationship dah.

akhir akhir ni aku cepat betul mengalah.


mana pergi semangat Vince Akademi Fantasia Satu ? 

Saturday, February 5, 2011

pengepala.

Mana mana belog aku bejalan semua sebok dengan header gempak gempak punya. Tengok header aku. Tak payah bunga bunga pumpang bunga api plup plup tu semua pun senang je orang nak baca nak paham belog aku pasal apa. *JELESSEBENARNYA*

Tapi aku serius respek ah blogger yang genius semart mendesign macam muezangelo ni ha.


 sampai ke sudah aku pikir kenapa nama belog dia macam ni. nak tanya malu. dah lah hensem. *takpasal*. beliau serius rajin gila nak mendesign header untuk ramai belogger yang lain. tapi yang ramainya awek awek. aku kompius sama ada beliau hanya memilih untuk mendesign belog awek awek sahaja atau awek awek yang beriya iya mahukan khidmat beliau kerana sambil menyelam boleh minum air mungkin ??



header yang simple macam enciktikus punya ni ha. 


dengan berprinsip hidup yang simple aku rasa header belog dia lah yang paling simple. dia rasa muka dia macam tikus ke ? rasa macam lotter AF yang ke berapa tu adelah kan. tapi pemilihan Stuart Little yang simple sebagai maskot belog adalah satu pemilihan bijak yang simple kerana Stuart hidup dalam kehidupan manusia yang mewah tapi masih simple.



header yang kiut miut macam hanismanis punya ni ha.



 serius header macam ni tak memerlukan khidmat designer lain cuma memerlukan kekreatipan diri sendiri serta kemahiran yang jitu selain kesabaran yang utuh untuk mem"paint"ing dan mengkaler kaler tanpa perlu mem"browse" mana mana website dan meng"download" mana mana software atau apa jua untuk menjadikan header belog sendiri sechumil ini. HUH. sempot mak nokk.



header yang berpadanan dengan nama belog macam fuadasrimuda punya ni ha.


struktur dan posisi kaki si pemilik mungkin yang teragak kengkang semasa menunggu ketibaan tren mingkin sangat mencerminkan idea asal nama belog ini dicipta. sangat berpadanan dan barpatutan sekali yeh. dinasihatkan agar tidak menukar header picture ini kerana dikhuatiri gambar lain akan menyumbang kepada isu politik pula seperti "KAKI TAK SHAVE", "KAKI TAK SABUN", dan banyak lagi.



header yang gagah macam khairulfarhan punya ni ha.

 
wanita yang kata tak gagah tu maknanya anda bernafsu songsang ya. lihatlah brader berbaju hitam bertocang kuda dan berstokin hijau itu. lihatlah betisnya. sangat mencerminkan kehidupan sehat ya. dan juga peluh yang membasahi dada sasa brader berbaju biru bercekak pinggang itu. sangat menerujakan ya. dan tidak lupa juga kepada manusia yang sedang terbang itu. sekiranya sekarang sudah gemookkk sila fit fit kan badan supaya boleh terbang lagi ya.



hah setakat ni tu je lah aku rasa yang boleh menangkap mata aku.
tak menangkap mata kau?? 
aku peduli apa ?? 
lain mata lain pandang kan ?? 



 

cuak.

Lepas ni aku rasa aku nak tulis sesuatu yang berilmiah. Apa yang aku nampak aku dengar aku rasa aku tau aku trenselet secara berilmiah. Entry kasi padat sikit tapi tak sekontot status pesbuk. Entry mushey terlebih ni mungkin akan jadi entry kasi muntah sawan babi yang terakhir. RASANYA. Tapi, aku cuak takut tak boleh buat entry yang berilmiah. OK aku dah setat rasa tekanan nak menyampaikan sesuatu yang berilmiah. 


ok sebenonye entry ni pasal kebingungan kegusaran kebimbangan aku pasal masa depan aku yang telah dipaksa rela dibentuk untuk menjadi seorang lecturer. aku cuak. 



   berilmiah sangat lah tu heh.

Thursday, February 3, 2011

wiwwitt.

aku suka.
aku juga rasa kau suka.

aku takut nak kata YA.
aku juga rasa kau takut nak kata YA.

kerana apa?
kerana aku pernah merana.
kerana kau juga pernah derita.

cerita kau aku hampir sama.
cuma beza aktif pasifnya.

aku risau dikecewa lagi.
kau bimbang mengecewa lagi.

bukan salah kita.
kalau dah ada rasa.
dia datang tak ada siapa yang paksa.
bukan aku, kau, dia atau mereka.


tapi kalau sampai masa.
kau tiba-tiba meminta.
atau aku yang mengusul cara.
agak-agaklah.
bahagiakah ??





**faiz, maybe I was just not good enough for you. Very much thank you for letting me to feel those sort of feelings. Though it ended sucks but the short life time relationship taught me a lot. The meaning of missing, loving, appreciating, caring, and also hurting. Yes you hurt me but nevermind, I know someone that good enough that suit you enough, that understand you enough, that love you enough is waiting for you somewhere, someday. and so do I. Terima kasih kerana buat saya takut untuk bercinta. Terima kasih. **









***akujatuhcintatapitakutuntukbercinta***