Wednesday, November 24, 2010

ENTRY PALING PANJANG DALAM SEJARAH PERADABAN SENDIRI

Di suatu senja semusim yang lalu, sedang aku bersama seorang kenalan bermain pondok pondok, beliau lantas bertanyakan benda ini kepada aku,

Kau ni kan, senang betul dapat pakwe kan? Apa rahsia ekk?” beliau bertanya sambil tangan menggilis-gilis daun bunga morning glory yang dipetikcuri dari laman rumah mak midah seperti menggilis puri lada saja lagaknya.

Jawapan aku telah dialu-alukan dengan sedikit carutan manja terhadap beliau. Sesungguhnya walau bertahun beliau membesar bersama, mandi bersama, makan bersama, tidur bersama, poo-poo bersama aku, beliau masih lagi kuraaaang memahami prinsipal hidup aku mengenai lelaki. Ya, setakat ini, mengikut perangkaan sebanyak tujuh insan maskulin telah jatuh ke tangan aku. Hahahaha. Gelak angkuh di situ. Kepala hotakk anda.

Cinta pertama aku bermula seawal usia 12. Kepala hotakk anda untuk mengatakan itu cinta. Masing- masing baru melepasi fasa mumayiz dan belum baligh lagi. Tapi sudah pandai bermain cinta. Biarlah, kanak-kanak. Kepala hotakk anda lagi sekali. Cinta itu bertahan selama...tak berapa lama sebenarnya. Sekejap ada dan sekejap tiada. Nama pun kanak-kanak. Beliau bernama Kamarul. Muka persis Nicky Westlife sememangnya memenuhi cita rasa kebaratan aku yang mahukan lelaki berbatang hidung tinggi. Ouh beliau handsome? Ya, sangat sangat untuk seorang kanak-kanak. Sekarang ini? Lagi lah. Akan tetapi cinta pasang surut itu betul- betul menemui kegagalan kerana aku yang meminta pelepasan. Ouh, tragis. Tak berapa sangatla. Alasannya, beliau tidak boleh berbahasa inggeris walaupun muka mat saleh sangat sangat melelehkan liur. Kedengaran sangat konkrit bukan?

Cinta kedua di usia 15 bersama lelaki berkacukan cina. Sesungguhnya nafsu terhadap lelaki true malay blood masih belum wujud ketika itu. Beliau bernama Amirul. Cinta ini sekadar suka-suka. Bagi aku bukan bagi dia rasanya. Mengikut sejarah yang aku reka, beliau yang mungkin menyukai aku dan aku layankan saja. Sesungguhnya trend berLEPAK (sila baca terbalik) adalah sangat in ketika itu. Dan aku tak mahu dikatakan out-of-date. Kepala hotakk anda. Tiada dating-datingan, hanya saling memandang dari hujung kelas ke hujung kelas kerana kami sekelas. Cinta ini bertahan selama 3 bulan dan berkesinambungan dengan cinta berikutnya.

Cinta ketiga di usia 15 juga. Kali ini hati aku terbuka untuk menerima lelaki melayu atau lebih tepat lagi dipanggil jawa. Beliau bernama Johari. Sangat romeo, muka seperti Yusry KRU oooh laa laa dan bercinta dengannya rasa seperti menjadi Maya Karin dalam filem Mr. Cinderella 2. Sila percaya. Perhubungan ini tidak direstui oleh rakan-rakan kerana beliau sangat playboayaa dan sedang berkasih-kasihan bersama teman baik aku juga ketika itu. Tapi aku peduli apa. Hahaha. Cinta ini menjadi cinta rahasia selama beberapa bulan sebelum dikantoikan oleh penceramah motivasi untuk kem bina semangat pelajar PMR. Ouh malu malu bila di'kahwin'kan di khalayak ramai. Rasa nak mencarik-carik diri sendiri sehingga tinggal cebisan dan terbang lalalalala di tiup angen La Nina. Hiperbola di situ. Ouh Amirul sangat berduka cita kerana Johari adalah sahabat baiknya dan tidak menyangka akan di tikambelakang sedemikian rupa. Akan tetapi, cinta ini berakhir juga dengan alasan beliau sangat sangat sangat sangat sangat kuasa 18 KONTROL. Kontrol macho, juga kontrol aku. Ouh rimas rimas. Hahaha macam bodoh bila aku dan kawan-kawan pempuanku yang lain terjerit-jerit nyanyi lagu Fabulous Cats ini di dalam kelas yang ditujukan khas untuk beliau. Akibatnya, haambek aku lelasan rotan Ustaz Sam yang besawww itu di telapak tangan (al-Fatihah untuk ustaz).

Cinta keempat di usia 16 terjadi secara tak sengaja. Kenapa tak sengaja? Kerana aku tak sengaja termain cinta dengan bekas kekasih kawan baik aku sendiri. Beliau bernama Amirul juga. Cinta ini bertahan selama 2minggu sahaja kerana aku tak sanggup nak mengkhianati kawan baik aku sendiri. Ouh kedengaran sungguh mulia di situ tapi sebelum buat tak mahu fikir dahulu. Mari mengetuk kepala saya beramai-ramai. Alasan lain adalah aku tidak tahan bila diasak dengan soalan, “elly cintakan am tak??” eh eh apew tew cintew? Gua minah rempit tak maen lew nak jiwew jiwew new. Aku rasa geli yang teramat amat. Sesungguhnya aku tiada perasaan cinta ketika itu, cuma rasa suka sahaja. Jangan kau nak eksen suci mengatakan kau tidak. Ok, akibat daripada kejadian ini, hampir 2 tahun juga aku tidak bertegur sapa dengan rakanku itu. Tapi syukrann sekarang masing-masing sudah mau mengambil yang jernih. Ehem.

Cinta kelima diusia 17. aku bercinta dengan anak warden asrama. Hahahaha. Ada bran nak kapel dengan anak warden? Aku ada. Hahahaha. Angkuh di situ. Kepala hotak anda. Ketika ini aku mula merasa sesuatu. Cinta kah itu? Aku tak mahu melayan perasaan itu kerana aku rasa tak kool. Aku kelihatan otai ketika itu dan bermain perasaan akan merosakkan kreadibiliti aku. Ehem. Beliau sangat sangat caring ouh aku suka lelaki separa romantik seperti ini. Suara garau garau untuk kejut aku bangun subuh seperti ini, “THIS PART WAS REMOVED.” sesungguhnya akan terus membuntangkan bijik mata aku yang sepet sepet malu ini. Akan tetapi cinta rahasia antara dua darjat ini berkesudahan dengan aku beralasan, “THIS PART WAS REMOVED” Kelihatan muka tidak puas hati di situ tapi aku boleh nampak muka puas hati ibu beliau. Namun tidak sehebat kepuasan melihat keputusan SPM aku yang hampir membanggakan. Ehem.  Tapi tak mengapa, kami masih berkawan sehingga kini. Dan beliau masih melayan aku seperti dulu cuma mungkin masing-masing sudah kurang berperasaan.

Cinta keenam sejurus selepas aku menamatkan cinta aku di atas. Ya, cinta untuk aku memang akan datang dengan segera. Beliau bernama Syahir. Eh yang sebelum ini tak bagi nama ya? Tak apa, rahasia. Mula sebagai suka-suka dan tiada perasaan dan hanya ingin melayan-layan mengada-ngada mula menjadi serius. Beliau lelaki biasa. Tapi masih lagi mengikut landasan kriteria aku, mesti berbatang hidung tinggi. Ya, beliau juga handsome bermuka seperti Sam Bunkface. Sebijik gila. Banyak perkara yang kami lalui bersama tetapi lama kelamaan aku mendapati ada yang kurang disini. Aku rasa seperti tidak menjadi diri aku bila bersama beliau. Kami kurang berbalah kerana aku selalu atau lebih tepat lagi terpaksa bersetuju dengan beliau. Kami tiada perbincangan secara berinformasi kerana beliau tidak ke arah itu. Apa yang beliau mahu bualkan adalah mengenai kami dan kami dan kami dan kami dan kami sekali lagi. Ituuuuuuuuuuuuu saja. Ini bukan aku. Namun aku tak mahu mengecewakan beliau, aku ketepikan rasa aku dan aku terus ikut saja cara beliau. Tapi aku juga punya hati. Untuk dihargai dan dihormati. Diam aku telah disalahgunakan. Beliau menyangka mendapat kuasa veto di situ. Kepala hotakk beliau. Aku bukan bini beliau untuk mengikut kata sedemikian rupa. Akhirnya aku menguatkan tekad dan azam semangat 1Malaysia untuk berkata selamat tinggal. Dan tak semena mena aku merasa bebas sebebas bebasnyaaaaa... whoaaaa... suka suka.

Cinta ketujuh aku, aku tak mahu kata apa-apa mengenai ini. Kerana aku mahu simpan sendiri di dalam kotak hati. Mungkin sampai bila bila. Apa yang aku boleh kata adalah, ini yang aku mahu dari mula. Itu saja. 

Baiklah, berbalik kepada perenggan kedua. Aku senang mendapat cinta kah? Iyakah? Orang lain mungkin melihat begitu tapi tidak aku yang merasa. Aku juga tahu memilih mereka. Apakah kriterianya? Jeng jeng jeng..


Sifat apa? Biar rahasia. Aku yang mahu, jadi aku yang akan menilai.

Bila direnung dan selamat beramal, aku rasa aku macam kekurangan perhatian lelaki natijah daripada sifat2 bapak dan abang2 aku. Tiada lelaki yang boleh membuat aku rasa protected and secured. Salahkan mereka. Dan juga keharmonian keluarga yang timbul tenggelam serta istilah HOME SWEET HOME yang samar-samar di pandangan aku membuatkan aku rasa kurangnya bahagia. Senang cerita tiada tempat bermanja dan mengadu domba. Ouh sangat mengada-ngada ya. Walaubagaimanapun, perkara ini telah membuatkan aku seorang yang independent dan berhati waja. Ecececeh. Namun semua itu tak seharusnya menjadi alasan kan? Hidup perlu diteruskan dengan girl power!

KAMI TIGA BERADIK WANITA SUDAH MENJADI SEPERTI INI. AKU COP YANG DI TENGAH. NAMPAK SEPERTI BERKARISMA BUKAN?

Tuesday, November 23, 2010

kata kata seorang pesimis

adalah sangat penat.
untuk kau kata "TIDAK" pada yang kau tak nak.
bila kau menunggu "YA" daripada yang kau nak.
adalah sangat sakit.
untuk kau terpaksa kata "YA".
bila hati kau kata "TIDAK".
adalah sangat susah.
untuk kau mengorak senyum.
bila hati kau menguncup.
adalah sangat lelah.
untuk pergi mengejar sesuatu.
bila kau sebenarnya lari dari itu.
adalah sangat perih.
untuk kau membenarkan.
bila kau sebenarnya tak mengizinkan.
adalah sangat kejam.
untuk kau meninggalkan.
bila ada yang menggantung harapan.


p/s : kalau aku boleh lari, aku akan.

Saturday, November 20, 2010

pertama kali

"peh hati gua macam nak pecah siot.." kata minah sambil gelak.

"apehal lu? sawan babi? gua tengok sengih je.." munah tanya sambil kuis-kuis tanah cari cacing buat umpan puyu.

"gua putus cinta siot.." ketawa minah makin galak. sipi-sipi nak tergolek tersembam ke pampers bernajis di sebelah kanan.

"oh, patutla.. rilek ah lu kan HULK. lu fire je mamat tu. jom pegi paya mat zin. tin dah penuh dek cacing dah ni." munah angkat punggung jalan sambil kandar batang ubi dibuat joran.

"gua tengah rilek ah ni.." minah bangkit dari titi kibas-kibas punggung seluar trek suit sambil kesat mata yang macam basah. dalam hati. "abesla macho gua..."

kurang asam punya laki. tak sampai sejam clash dah terus buat baju promote diri.

p/s : i never felt this way before. this time, it is irreplaceable and devoted for one person only.

Tuesday, November 16, 2010

ehem ehem

i'm on holiday now. ok holiday everybody. a month semester break that has been cut off oh sucks to three weeks only. target untuk menguruskan badan secara konsisten efektif dan juga berdaya saing sangat sangat sangat tipis yeh. oleh yang demikian kita tak perlu berangan angan sampai tujuh petala langit kerana hasutan syaitoooonnnirrajim sangat berleluasa apabila di rumah. maksudnya tidur apabila hampir subuh dan subuh pun terpaksa ehem kadang2 sengaja digoreng dan buka mata kesat kesat buang najis di tubir mata menjelang zuhur. ouh landasan apakah yang beliau ikut. doakan beliau menerima hidayah sebelum menutup mata. sobs.

aku malas nak amek tau cerita cinta orang lain tapi sorangg member tak berapa kamcheng aku tiba tiba datang dengan membawa hati yang lara cakap benda ni :

" i bengang betol ngan bf i tau. he has been so busy with his works rather than me. how shit he is."

aku terkujat. apekah ini??

lepas beliau memceceh ceceh ouh baru aku paham apekah masalah sebenarnye. bila aku renung renungkan dan selamat beramal ouh kadang kadang aku pon ade masalah yang sama jugak. this is what many women worry about their relationship. so do i. aku tak reti nak put this thingy into words because it's complicated ukeh. so much. aku suggest member aku nih READ.THIS.BLOG.AND.REALIZE.GIRL.. hey, you too ukeh.  *credit to the blogger*

well, this holiday will be spent as precious as i can. i wish to have more bitch beach explores even HE is so far away. hey you, i really looking forward for the next beach-ing. eheh.

ehem saya belum.


charlo bete.






Monday, November 15, 2010

rasa

saya rasa saya sedang memendam rasa.
rasanyalah.
saya rasa macam saya saja yang rasa.
rasanyalah.
saya tak nampak apa apa yang boleh dirasa.
rasanyalah.
saya nak rasa rasa itu.
ini saya rasa pasti.
saya nak rasa bagaimana perasaan saya dirasa.
ini saya pasti.
saya nak rasa berasa bila sama sama rasa.
ini saya pasti.
tapi saya tak nak cerita apa yang saya rasa.
saya rasa malu lah.
saya tak nak kata saya kurang rasa.
saya rasa takut lah.
sebab apa?
sebab saya tak nak sampai saya tak rasa apa apa.
sebab apa?
sebab saya suka gila rasa tu.
sebab apa?
sebab saya mahu kami bahagia dengan rasa itu.
itu saja.
saya rasa saya tak minta banyak rasa pun.

terima kasih jika kamu juga rasa apa yang saya rasa.

Friday, November 12, 2010

imam muda

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. ehem ehem. sambil betulkan selendang batik.

entry ini untuk bercerita mengenai lelaki lelaki muda trang tang tang yang sangat sangat alim dan budiman dan tawaduk dan zuhud dan mencaiiiiirrkan hati wanita wanita mencari cahaya seperti saya ni.
seperti ini >>>>>>>> 
IMAM MUDA ASYRAF. kenapa dah kawin?kenapa? melepas saya =.='

haish haish. mula mula aku tak berapa setuju dengan rancangan Imam Muda dekat Astro tu. seperti yang semua sedia maklum Astro sangat suka bagi program2 mengarut lagi melalaikan tapi nak tengok jugak dewasa ini. Marilah Marilah Menari tu aku tak tau ape motif mereka. akan datang ada Kau&Aku siri baru oh oh akanku haramkan remote control biru itu dipicit ke arah 104.

ukeh pasal imam muda nih. aku tengok episod pertama dengan episod last je. aku memng jaki gila gila tahap gaban dengan rancangan realiti TV tak kira apa pun. ouh sangat stereotaip di situ. tapi One In A Million yang ada Faizal Tahir dulu mendapat pengecualian. rasa nak jerit jerit bukak baju tunjuk 'S' di dada. bole tak? okeh tegak ke titik straight to the point sebelum ni aku memang agak ketinggalan pasal isu semasa sebab keparanoidan aku pada surat khabar dengan alasan surat khabar banyak kerenah birokrasi mengampu kerajaan, penuh pembunuhan, perogolan, perculikan yang sangat auta. hanya berita sukan mempamer fakta. tapi sekarang tak lagi.ok melalut lagi. terus ke titik. 

bila dah abes dah Imam Muda tu aku usha usha cerita arab kat Oasis denagn harapan dapat mencuci mata dengat makhluk2 berhidung tajam mematuk. kejap lagi, ouh Asyraf dah ada rancangan sendiri dah rupenye. ape tah nama dia tapi aku tak fokus cuma fokus pada Ustaz Asyraf saja. ouh aku macam tak percaya boleh dengar nama ustaz yang moden seperti Ustaz Asyraf. selama ni terutamanya dekat felda nama ustaz yang aku bole dengar dan hampir bosan. dari kecik bebi sampai dah boleh nikah ni adalah Ustaz "ustad" Mat Din, Ustaz Nordin, Ustaz Zuraini dan mereka adalah legasi legasi terdahulu yang patotnye dah ada pelapis baru untuk jawatan bilal, imam dekat masjid Al-Falah tu. barulah ramai budak2 muda nak pergi masjid kan? takdelah lepak tepi tangga masjid ngurat aku budak2 pempuan balik ngaji tuisyen atau dating. ok melalut ke laut lagi. memang tak bole jalan tegak.haish.

para peserta. tangan mesti tunjuk tunjuk ke? haish.
peranan insan insan terpilih seperti mereka di atas dalam penstabilan sosialisasi kemasyarakatan negara ehem dah lama tak test power sekarang nih saaaaangatla tak terperi pentingnya. tak kira lah agama apa walaupun kecenderungan mereka menjurus ke arah keagamaan atau keislaman yang makin menipis dalam kalangan orang muda kena batang idung sendiri dengan ayat sendiri. aku tengok forum perdana ehwal islam yang mana Imam Muda Asyraf jadi panel dengan tajuk Integriti. selamba aje die persoalkan penggunaan integriti tu. ni la yang kita perlukan. keberanian untuk bersuara secara demokrasi dan aman ayat hubungan etnik terhadap ketidakpuasan hati tentang sesuatu isu berbangkit. oleh orang muda.  orang tua banyak menjaga hati dengan harapan ingin dipuji. mungkin sesetengah saja. tak semua orang baik itu cukup baik, tak semua orang jahat itu terlalu kukuh kejahatan mereka. ok? ehem ehem.

sebenarnya apa yang aku nak cakap mula mula tadi adalah layak tak perempuan macam aku dapat lelaki macam ni? tapi "perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik" saja. tapi kita hidup berpasangan kan mesti saling compliment each other. mana saya kurang awak tambah mana awak bocor saya tampalkan kan?? 

ada satu scene masa kekaseh lama tengah dalam proses pengushaan semula, dia cakap :
"dah berapa banyak lelaki awak kecewakan? awak tinggalkan? awak nak lelaki macam mana lagi? tak cukup ke saya ni?"

aku tarik nafas dalam dalam hirup angen danga bay campur tengik singapore. dalam hati aku mencarut jugak dekat laki ni. tapi aku menten kekoolan aku. sekali nafas aku jawab : 
"saya mencari lelaki yang boleh jadi imam solat saya sampai akhir masa."

aku macam geli dengan ayat buku aku tu tapi aku betul2 maksudkan benda tu. rasa bangga sebab dapat buat beliau tertelan anak tekak. asyik nak kondem aku je kau tu hebat sangat?  

oh memang perempuan yang baik untuk lelaki yang baik sahaja. nanges kejap. sobs.

p/s : tiada lagi gua-lu selepas ini. aku rasa tak ayu sopan.


sadaqallahul 'azim. wassalam.

Thursday, November 11, 2010

.

tiba tiba gua rasa macam dah ada perasaan wanita sejati.

macam ni yeh rasanya?


sakit mencucuk-cucuk rupanya.

baru gua tau.


charlo bete.